Lain anak lain ragamnya. Jika dulu dengan anak perempuan semuanya kelihatan tenang ketika menyusu, namun tidak dengan bayi lelaki.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang cukup kuat minum susu.
Bahkan kata Ayda lagi, berbanding bayi lain, Aali Mateen minum sekitar empat hingga enam auns setiap kali minum sebelum tidur kekeyangan.
“Dulu masa dengan Nayla, bila dia minum susu sekejap je dah tidur. Anak lelaki ni, tak berhenti-henti. Bila nak kenyang dik,” katanya berseloroh.
Ads
Malah melalui perkongsian Ayda di Insta Story, setiap kali anak keduanya, Aali Mateen bangun, dia akan minum susu empat hingga enam oz dan kemudiannya tidur semula.
Malah Ayda juga bimbang stok perahan susu buat anak keduanya tidak mencukupi memandangkan anaknya cukup kuat minum susu.
Ayda bagaimana pun tetap menyusu secara terus demi membuatkan anaknya kenyang sebelum tidur semula.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya gaya ibu anak dua ini berkongsi cerita mengenai kisah Aali Mateen yang kuat minum susu.
Ayda kelihatan ceria dan begitu bersemangat untuk meneruskan penyusuannya. Sudah semestinya dipuji ramai kerana terus berusaha untuk terus menyusukan anak lelakinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Viral! Bila menu ikan singgang dikatakan mampu merawat covid 19, ramai yang google untuk mengetahui resipinya. Namun ada pelbagai versi resipi ikan singgang ni, ada versi Kelantan resipi utara dan resipi versi Terengganu.
Menurut laporan Buletin TV 3 dan akhbar Metro, Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood, menu itu dikatakan sebagai berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.
Ini kerana bahan masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini.
BELUM ADA KAJIAN SAH
Namun, beliau menegaskan supaya jangan keliru bahawa UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.
Apapun tak salah ikhtiar kan. Walaupun menu ini adalah sihat tanpa santan dan banan-bahan ramuannya adalah anti mikrob.
JOM CUBA RESIPI IKAN SINGGANG
Apabila menu ni dah viral, apa kata kita cuba resipi ni. Kepada yang belum tahu cara nak buat menu, boleh cuba. Sebenarnya mudah aje bahan-bahan nak buat ikan singgang ni.
Ikuti perkongsian oleh Myra Suhaimi ini. Jom cuba.
resepi dia bagi
✅ 2ekor ikan kembung
✅ 4cawan air
✅1 ulas bawnag putih
✅5 hiris lengkuas
✅ 3 keping asam keping
✅ 2 cili padi
✅ serbuk kunyit dan garam
campak semua . siap!
VERSI KELANTAN
Tak perlu letak kunyit. Makan dengan budu memang superb!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minat mendalam pada bisnes sudah bercambah lebih awal, namun dia masih tidak mendapat rentak dan petunjuk bidang mana yang menjadi pilihannya. Justeru, hasrat tersebut dipendam terlebih dahulu.
Setahun bekerja dalam sebuah syarikat pembangunan, dia mengambil keputusan untuk berhenti. Usai mendirikan rumah tangga, dia memilih untuk membantu suaminya di pejabat. Namun minat dalam bidang bisnes membuatkan empunya diri yang dikenali sebagai Zurin Zakaria nekad untuk membuka bisnes sendiri.
Sedar persaingan dalam bidang ini bukan semudah yang disangka, sementelah dia sudah punya kerjaya tetap. Namun alah bisa tegal biasa, dek kerana minat dia teruskan jua.
Jujur mengakui butik yang dibuka ini ibarat ‘anak sulungnya. Jelas Zurin, sudah lama dia mengidam untuk memiliki anak perempuan, justeru nama Carrisa menjadi pilihan untuk butiknya.
“Dah lama saya mengidam nak anak perempuan, tetapi belum ada rezeki. Justeru, saya abadikan nama tersebut pada butik. Ia juga ibarat baby saya yang ‘sulung’.
“Awalnya saya tercari-cari apa bisnes yang mahu diceburi. Sehinggalah saya pulang dari mengerjakan umrah, tergerak hati untuk memakai hijab dan suami turut memberi sokongan.
“Jadi saya terfikir ada baiknya jika saya membuka butik menjual tudung dan pakaian. Alhamdulillah suami menyokong pilihan saya ini. Dia banyak membantu terutama dalam pengurusan dan juga modal. Kebetulan saya tidak membuat sebarang pinjaman, segala modal adalah hasil simpanan saya sendiri dan bantuan suami,” jelas Zurin lagi.
Selama 6 bulan dia memulakan bisnes secara online dan dalam masa yang sama turut mencari tapak untuk membuka butik. Cita-cita itu akhirnya terlaksana apabila butik yang diimpikan selama ini berjaya dimiliki pada tahun 2015. Kini Zurin Zakaria mampu tersenyum lebar dengan kejayaan butiknya yang kini terletak di The Strand, Kota Damansara yang menyajikan pilihan buat pelanggannya.
“Walaupun sudah bertapak dalam bidang ini, namun saya mahu pastikan bisnes ini bertapak lama. Saya mahu pastikan apabila sudah naik, saya akan berada di atas. Namun dalam masa yang sama, saya tetap ‘pandang ke belakang’ untuk melihat apa yang terkurang atau perlu diperbaiki.
Perancangan saya, mahu melebarkan sayap sehingga ke luar negara. Dalam masa yang sama, saya pastikan kualiti produk terjamin supaya pelanggan berpuas hati. Harga juga mampu milik dan konsisten setara dengan kualiti yang kami tawarkan.
“Boleh dikatakan kami lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami ada segala-galanya di bawah satu bumbung. Selain hijab, pakaian, kami juga menawarkan kosmetik. Bahkan, staf kami boleh membantu mencadangkan apa jenis kosmetik yang sesuai dengan pilihan busana. Jadi, pelanggan tak perlu pergi ke dua tiga tempat kerana di sini sudah ada segala-galanya,” jelas Zurin yang cukup cerewet dan sentiasa memastikan bahan yang digunakan tidak mendatangkan kesan buruk pada pelanggan.
Ditanya berkenaan pengusaha produk lain yang banyak menggunakan selebriti, akui Zurin mereka juga bakal berbuat demikian. Namun masih dalam proses memilih dan setakat ini dia memilih untuk berkolaborasi dengan juru mekap profesional dalam menggunakan produk Carrisa.
Memiliki staf seramai 5 orang untuk butik, manakala untuk kosmetik pula 3 orang. Selain itu, Carrisa juga memberi fokus kepada online dan website. Terbaru, dia turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen mahupun stokis bagi produk berkenaan. Selain memberi fokus pada ready to wear, Butik Carrisa turut menyediakan blaus, palazo, skirt dan pelbagai jenis selendang yang boleh disuai padan dengan gaya harian wanita. Biarpun setiap rekaan diberi sentuhan, moden namun tidak keterlaluan. Itu yang dititikberatkan oleh Zurin supaya sesuai dengan cita rasa pelanggan.
“Sejujurnya, saya tidak mahir dalam rekaan fesyen kerana latar belakang dalam perniagaan namun minat mendalam menyebabkan saya berusaha untuk belajar. Pengalaman mengendalikan bisnes suami menjadi panduan kepada saya dalam menguruskan bisnes ini. Dalam masa yang sama, saya turut mendapatkan pendapat dan pandangan daripada kawan-kawan yang lebih awal terbabit dalam bidang ini,”ungkap Zurin sebelum mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi tradisi bila tibanya sambutan Hari Raya anak-anak diperantauan akan pulang ke kampung menemui ayah bonda tercinta. Malah detik inilah yang sangat-sangat dinanti setelah sekian lama tidak bersua muka untuk melepaskan rindu di hati.
Namun, dua tahun kebelakangan ini nyata sambutan Aidilfitri untuk anak-anak diperantauan tidak sama seperti kelaziman. Terasa hambar dan sayu, berikutan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Baru-baru ini pula telah tular sebuah perkongsian video milik @matd97 yang berkongsi kesedihan bila menerima pemberian berupa kuih muih, baju raya, samping dan sejadah daripada orang tuanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi rasa yang sama dan turut bersedih memandangkan tahun ini kali kedua tidak dapat pulang ke kampung menyambut lebaran.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.