Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya.
Terbaharu, Remy memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram yang menunjukkan dia dan ahli keluarga sedang menyambut hari ulang tahun kelahiran ibunya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Bin Ishak itu meluahkan rasa syukur apabila ibunya sudah beransur pulih dan boleh menyambut hari ulang tahun bersama dengan ahli keluarga.
“Syukur Alhamdulillah, Mak beransur pulih, tahun ni dapat sambut hari ulang tahun yang ke-64 dengan anak-anak. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Remy turut mengucapkan terima kasih pada kesemua pakar-pakar bedah, doktor dan petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus membantu dan merawat ibunya.
“Jutaan terima kasih buat pakar bedah Mr Ahmadi, Mr Thonas, Mr Suman, doktor-doktor pakar dan semua petugas di Pusat Jantung Hospital Serdang yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mak semasa dan selepas waktu pembedahan. Moga Allah memberi rahmat dunia dan akhirat buat kalian,” ujarnya.
Ads
Tidak terlupa, Remy turut mengucapkan terima kasih pada pengikutnya yang mendoakan kesihatan dan keselamatan ibunya tempoh hari.
“Terima kasih juga pada anda semua yang sama-sama mendoakan untuk mak tempoh hari, moga dirahmati jua.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu tercinta Remy sudah beransur pulih dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Malah, ada juga segelintir yang memuji Remy kerana menyepikan diri dari memuat naik perkongsian di Instagram demi menjaga kesihatan ibunya.
Ads
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang mencabar jika menpunyai anak autisme. Segalanya perlukan dilakukan dengan teratur supaya tidak menjejaskan perkembangannya.
Ini kerana anak autisme memerlukan perhatian sepenuhnya dengan daripada ibu bapa. Malah tidak mustahil ada yang sanggup melakukan pergorbanan demi anak tersayang.
Perkongsian ibu ini sungguh inspirasi di laman facebooknya Asdayati Buang yang berkisah usahanya untuk memberikan terbaik buat anak autisme. Malah lebih membanggakan anaknya menampakkan perubahan positif.
Ramai yang kata saya bernasib baik kerana anak saya cuma mild autisme, tidak perlu banyak intervensi.
Tetapi ramai yang tidak tahu keadaan sebenar Amirul semasa mula-mula didiagnos semasa umur 3 tahun setengah. Saya dan suami berfikir habis-habisan macam mana nak pulihkan Amirul.
Akhirnya kami sepakat untuk buat intervensi Amirul bersama-sama. Kami hadir ke beberapa kelas cara intervensi Amirul dan melakukan intervensi sendiri di rumah.
Saya pinjam buku-buku rakan yang enrtugas sebagai speech dan OT semata-mata untuk tahu lebih lanjut tentang cara intervensi yang berkesan.
Keputusan paling berisiko yang kami ambil ialah suami saya berhenti kerja tanpa ada back up plan kewangan atau pampasan daripada majikan. Semuanya kami lakukan demi Amirul Aiman.
Sekarang Amirul dah 7 tahun. Alhamdulillah banyk perubahan positif yang berlaku pada dirinya. Sehingga ramai yang dah kata Amirul bukan autisme.
Tetapi..
Banyak lagi yang kami perlu buat untuk Amirul Aiman. Masa depan Amirul terletak di tangan kami. Kami tidak boleh leka dengan kejayaan kecil ini.
Betul kawan-kawan semua. Masa depan anak-anak kita bergantung kepada kita. Kita peru bantu mereka untuk mencorakkan masa depan mereka.
Semoga kita semua berjaya bersama anak syurga masing-masing?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bershopping sering dikaitkan dengan kaum wanita. Sebut sahaja awal bulan, tengah atau hujung ada saja benda yang nak dibeli. Hatta menggunung tudung yang ada, masih tidak mencukupi.
Ada sesetengah wanita yang gemar bergaya, jadi setiap bulan tidak boleh tampil dengan pakaian dan aksesori yang sama buat mereka yang bekerjaya. Namun berbeza dengan suami yang cukup simple dan memilih yang seadanya tanpa banyak songeh.
Kadang kala kemeja yang sama dibeli 5 tahun lepas masih elok dipandangan matanya. Malah bukan hanya pakaian, bahkan kasut, selipar, dan sebagainya tidak bertukar ganti selagi masih elok untuk dipakai.
Hadamkan luahan hati saudara Akhtar Syamir yang cukup menyentuh hati ini. Bait-bait kata yang cukup bermakna menggambarkan betapa pengorbanan seorang suami yang lebih mengutamakan keluarga dari keperluan sendiri.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Cukup deep luahan hati suami ini.
Selipar Buruk Suami.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Ada sebabnya kenapa selipar ini menjadi begitu buruk dan ada sebabnya kenapa selipar ini masih dipakai sehingga kini.
Isteri. Betul, lumrah lelaki akan memakai sesuatu sehingga ianya tidak boleh dipakai lagi. Sebagai contoh, dompet, tali pinggang, seluar jeans dan kasut serta selipar. Tetapi itu semua sekadar luaran sahaja. Marilah kita selami lebih dalam sedikit hari ini.
Isteri. Selipar suamimu telah lama rosak. Buruk sangat rupanya. Berkali-kali kamu telah menegur dan mengingatkan dia supaya menukar selipar yang baru. Tetapi sering jawapannya sama sahaja. “Nantilah”.
Isteri. Suamimu setiap hari keluar dengan selipar yang sama. Selipar itu amat berharga baginya. Selipar kulit memang tahan lama. Cuma, apabila suamimu pakai, ia jadi jauh lebih lama dari usia yang sepatutnya.
Isteri. Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting.
Isteri. Seringkali dalam minda suami akan membayangkan dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli selipar baru, boleh digunakan untuk membeli lampin anak, membeli pakai anak dan isteri, membeli barang dapur dan rumah serta membayar duit persekolahan anak. Bukan tidak mampu, tetapi ia menjadi suatu yang tidak perlu walaupun ianya satu keperluan.
Isteri. Selagi daya, suamimu akan memakai selipar itu. Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan.
Isteri. Suamimu seorang sahaja punca pendapatan keluarga. Setiap detik, setiap ketika dia memikirkanmu dan anak-anak. Setiap detik membayangkan bagaimanakah keadaanya jika dia tiada. Tidak sanggup memikirkannya, itulah sebab kenapa dia jarang mengeluh.
Isteri. Suamimu tidak meminta dan tidak juga mengharapkan kamu memberinya apa-apa. Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat dia dan kamu sedang diuji. Cukup sekadar senyuman di wajah manismu.
Isteri. Jika kamu pernah nampak dia mengangkat selipar baru dan kemudiannya meletakkan semula, pada saat itulah, hanya seberapa ketika sahaja di dalam mindanya menolak keperluan dirinya jauh ke bawah.
Isteri. Perlu tahu yang dia jadi begini kerana sayang kepadamu. Dia menghargai apa yang telah kamu lakukan untuk dirinya.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui. Hargailah dia, berterima kasihlah kepadanya.
Sekadar renungan buat semua. Alhamdulillah selipar saya akhirnya telah berganti.
Bukan selalu saya berbicara mengenai suami. Harap tidak membanding-bandingkan antara suami dan isteri. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Buatlah bahagian kita dengan baiknya, In Shaa Allah pasangan kita akan sedar dan menghargainya.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.