Percaya atau tidak, timun jika diamalkan selalu dengan pelbagai cara dan kaedah akan mampu menjadikan seorang wanita itu tampil cantik dan berseri. Malah jika diamalkan sebagai minuman, memberi penjagaan dalam dan sekali gus terpancar ke wajah. Senang cakap, timun ini banyak manfaatnya.
Umum mengetahui timun antara sayuran yang banyak khasiatnya dan sering digunakan dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan wanita. Timun kaya dengan vitamin A, vitamin C dan Asid Folik.
Untuk itu, jom cantik dengan timun!
Body scrub
Bahan-bahan:
Timun
Gula
Cara buat :
Ads
Kisar timun hingga halus.
Masukkan gula dan gaul rata.
Kemudian gunakan adunan tersebut sebagai scrub, selain di wajah sesuai juga untuk dilumurkan pada seluruh tubuh untuk dapatkan kulit yang bersih, lembut dan sihat.
Masker
Bahan-bahan :
Timun
Telur
Cara buat :
Ads
Ambil putih telur dan campurkan dengan timun yang telah dikisar.
2. Gaul rata dan sapukan ramuan tersebut ke seluruh wajah.
3. Biarkan kering dan setelah itu cuci bersih.
Hilangkan lingkaran hitam bawah mata
Ads
Bahan-bahan :
Timun
Kapas muka
Cara Buat :
Timun dikisar terlebih dahulu.
Kemudian rendam kapas muka ke dalam bekas yang berisi timun yang telah dikisar tadi. Biarkan meresep sepenuhnya.
Kemudiam ambil kapas tersebut dan tekap di bahagian mata. Biarkan sehingga kering dan kemudian barulah cuci bersih.
Selain untuk kegunaan luar, timun juga amat bagus juka diamalkan dengan cara menjadikan ia air minuman. Caranya cukup mudah, ambil beberapa hirisan timun dan dicampurkan dengan hirisan oren dan daun pudina. Masukkan semua bahan ke dalam bekas berisi air. Kemudian simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum diminum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penampilan terbaharu isteri Hos dan pelawak, Nabil Ahmad dalam instagramnya dilihat kembali berhijab baru-baru ini meraih perhatian daripada warganet.
Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan menggayakan tudung secara sopan.
Bukan itu sahaja, pengakuan Hos Meletup berkenaan kisahnya yang mengikuti jemaah tabligh mendapat reaksi positif. Dalam perkongsian tersebut, Nabil juga memuat naik video luahan hatinya tentang pengalaman sepanjang mengikuti jemaah tersebut.
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Malah, penghijrahan Nabil tersebut turut dikongsikan oleh seorang bekas pelakon bernama Azuan Mazlan.
Menerusi laman instagramnya, Azuan melahirkan rasa hormat kepada pasangan tersebut kerana mereka dikatakan kini mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.
Malah Azuan turut memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama.
Difahamkan lagi, gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan tersebut menyertai jemaah masturat.
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencuci bilik air mahupun bilik mandi adakalanya mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau ramai anak. Kalau dibiarkan lagi banyak bakteria yang menempel. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Guna bahan di dapur sahaja!
Tip Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas
1) Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.
4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.
Panduan Menghias Bilik Mandi
1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di