Sudah menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ramadan, kita semua digalakkan membaca Al Quran. Buat sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu adalah lebih baik. Malah di bulan yang berkat ini, adalah masa untuk mempertingkatkan ibadah dah memperbanyakan amalan

Bagi pelakon Fouziah Gous menjadikan bulan mulia ini sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan sang Pencipta termasuk khatam Al-Quran.

Sebelum ini beliau telah berkongsi di Instagramnya apabila berjaya khatam bacaan al-Quran pada sambutan hari Nuzul al-Quran.

Trendinghttps://www.keluarga.my/pak-azad-makan-sahur-macam-berbuka-cara-eira-santuni-suami-ketika-sahur-tarik-perhatian-warganet/

Hantaran terbaru Instagramnya, Fouziah meluahkan rasa syukur apabila dapat khatam kitab suci tersebut buat kali kedua.

اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ
Segala puji pujian bagi Mu Ya Allah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan(25) dengan izin Allah SWT selesai khatam untuk kali ke 2 di bulan Ramadhan 😭.
Tak pernah saya rasa perasaan syukur seperti ni
اَلْحَمْدُلِلّهِ 🤲😢.

KONGSI KEGEMBIRAN UNTUK JADI KENANGAN 

Menurutnya lagi, perkongsiannya di Instagram ini adalah sekadar untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.

Sebenarnya,saya khatam jam 3 pagi tadi ketika semua sedang tidur. Excited sangat ,terus bagi tahu suami, keluarga dan ustazah. Pada waktu yang sama serba salah nak kongsi di IG.Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kenangan di sini.

Bila ada throwback 5 -10 tahun akan datang sekurang kurangnya buleh la refer di sini untuk di lihat. Saya doakan,semoga kita semua terus istiqomah bersama Al Quran
‎ إن شاء الله

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Trending: http://www.keluarga.my/pam-kiri-kanan-dapat-1-jug-penuh-susu-badan-terlampau-banyak-perkongsian-wanita-ini-tarik-perhatian-warganet/

KONGSI RAHSIA KEJAYAAN- TAK TENGOK TV LANGSUNG

Malah rata-rata warganet teruja dengan kesungguhan beliaun dan ada yang ingin mengetahui tip kejayaan Fouziah buat kali kedua.

Kena korbankan masa hanya utk Al-Quran, tak tengok tv langsung, kurang socmed, setiap kali lepas solat baca setakat mampu tp focus sebelum dan selepas subuh lebih kurang 1-2jam.

Selepas terawikh sambung 1-2jam lagi. InsyaAllah mesti boleh. Tp sy spent kadang2 2-3jam. InsyaAllah kalau kita nak betul nak buat kena betul2 focus. Bila anak-anak tidur time tu la kejar masa. Di office pun cuba selit2. InsyaAllah

“Korban Masa Hanya Untuk Al-Quran, Tak Tengok TV Langsung.” Fouziah Gous Khatam Al-Quran Kali Ke-2,  Warganet Mohon Rahsia Kejayaan.

IKLAN

TAK SALAH KONGSI, NANTI JADI INPIRASI

Dalam pada itu, warganet melahirkan ucapan tahniah atas kejayaanya buat kali kedua dan mahu menjadikan kejayaan beliau sebagai inspirasi.

“Korban Masa Hanya Untuk Al-Quran, Tak Tengok TV Langsung.” Fouziah Gous Khatam Al-Quran Kali Ke-2,  Warganet Mohon Rahsia Kejayaan. “Korban Masa Hanya Untuk Al-Quran, Tak Tengok TV Langsung.” Fouziah Gous Khatam Al-Quran Kali Ke-2,  Warganet Mohon Rahsia Kejayaan. “Korban Masa Hanya Untuk Al-Quran, Tak Tengok TV Langsung.” Fouziah Gous Khatam Al-Quran Kali Ke-2,  Warganet Mohon Rahsia Kejayaan.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA 

Tahukah anda:

Imam Nawawi dalam kitabnya, at-Tibyaan fi Adabi Hamalati al-Quran, menerangkan generasi terdahulu mengkhatamkan kitab suci itu, ada yang lapan kali sehari semalam hingga dua bulan sekali.

IKLAN

Khalifah Islam ketiga dan menantu Rasulullah SAW, Sayidina Uthman Affan RA terkenal sebagai qari yang mengkhatamkan al-Quran setiap hari.

Imam mujtahid dalam mazhab kita, iaitu Imam Shafie RA juga tokoh yang sangat akrab dengan al-Quran hingga beliau mampu menghabiskannya dalam sehari.

Imam Shafie menyelesaikan bacaan al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang Ramadan seperti yang dicatatkan Imam al-Zahabi dalam kitabnya, Siyar A’lam al-Nubala.

Dalam kitab kecil tetapi penting itu juga, Imam Nawawi turut berkongsi amalan seorang tabi’in, Mansur Zaadan yang terkenal sebagai ahli ibadat, berjaya mengkhatamkannya antara waktu Zuhur dengan Asar, sebelum berbuat demikian antara Maghrib dengan Isyak pada Ramadan.

Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi umat Islam yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai makanan rohani setiap hari.

Trending: http://www.keluarga.my/kenangan-tak-dapat-dilupakan-40-tahun-kayuh-basikal-hantar-bekal-biarpun-suami-meninggal-dunia-cinta-ke-hujung-nyawa/

Sumber: fouziahgous  dan berita harian 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI