Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Ads
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
Ads
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Ads
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Projek hujung minggu apa kata kali ini kita ke dapur bersama-sama anak untuk menyediakan kek mudah ini. Menariknya tentang kek ini melalui perkongsian fb Mohd Nur Salam Harun, katanya terasa sedikit kenyal dan bila dimakan cukup enak. Apatah lagi bila tergigit coklat yang ada di dalam kek tersebut, keenakan rasa yang luar biasa. Jadi usah tunggu lagi, jom rasai sendiri keistimewaan kek kegemaran ramai ini.
Ini perkongsiannya.
Kali ini saya serta satu resepi kek yang pada pendapat saya, bahan dia mudah nak cari dan senang nak dapat.
KEK VANILA CIP COKLAT
Kek ni, tekstur dia kenyal-kenyal sikit dan memang rasa best gila bila tergigit cip coklat tu.
Bahan-bahan untuk buat kek ni pun sebenarnya senang sahaja nak dapatkan di Pasar Raya. Resepi asal kek ni menggunakan cip coklat tapi, memandangkan saya dah ada coklat butang, saya pakai je lah apa yang ada. Kalau pakai cip coklat tu, tak payah nak cincang dah. Masukkan je dalam adunan.
Cumanya, disebabkan kek ni nampak biasa, sedap dibuat kudapkudap sambil tengok tv atau cicah kopi panas. Hari tu masa satu majlis, saya buat kek red velvet , tambah lagi brownies dan kek-kel lain yang dibeli, kek ni orang tak ambil sangat. Tapi bila dah tamat majlis, orang pakat-pakat nak ambil bawa balik.
.
Mungkin sebab rupanya kurang menarik sebab tu dia kalah dengan kek lain, tapi saya jamin, rasa dia memang sedap.
.
* Resepi dalam video tu sebenarnya resepi untuk 2 adunan. Jadi kalau nak buat untuk acuan 9X9 boleh separuhkan resepi dalam video.
* Resepi dalam video ni sebenarnya resepi untuk 2 adunan. Jadi kalau nak buat untuk acuan 9X9 boleh separuhkan resepi dalam video. Resepi Kek Vanila Cip Coklat untuk 1 adunan 1/2 cawan cip coklat 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh garam 1 cawan gula 1/2 cawan minyak sawit 1/2 cawan susu cair 1 sudu teh vanila 2 biji telur
Bila dah datang musim durian ni, hantu durian takkan lepaskan peluang makan raja buah itu bersungguh-sungguh. Maklumlah, buah-buahan bermusim kan? Bila dah datang kenalah manfaat sebaiknya. Hehe.
Dalam dok menikmati durian, pasti anda akan jumpa beberapa buah yang tak berapa elok isinya kan? Mungkin rasanya tawar, atau terlajak lembik. Haaa isi durian begini jangan dibuang pula, sayang tau! Apa kata buat jadi tempoyak. Bila nak makan tinggal masak je ikut menu yang kita suka. Paling tidak, gaul dengan sambal belacan pun sodap!
Yang mana first time nak buat tempoyak tu, boleh cuba cara ni!
RESIPI TEMPOYAK
Bahan-bahan:
Durian
Garam
Cara-cara:
1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
2. Masukkan di dalam penapis.
3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
Boleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!
Aneka jenis pastri seperti puff dan sebagainya selalunya kita beli di kedai pastri atau kedai kek sahaja. Mungkin cara membuatnya yang sedikit sukar membuatkan satu masa dahulu ibu-ibu takut hendak mencubanya di rumah. Jalan paling mudah adalah membelinya sahaja di kedai.
Pun begitu dengan kemudahan teknologi kini, rasanya ramai ibu-ibu lebih suka mencuba buat sendiri di rumah dengan melihat langkahnya di Youtube. Sangat membantu.
Tapi nak lagi mudah boleh ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Roslinda Selamat. Senang, beli sahaja kulit pastri puff segera di kedai dan masukkan intinya. Mudah kan? Jom intai resipi yang dikongsikan olehnya. Nampak macam sedap!
Selalu buat untuk orang yang tempah. Harini untuk bawak sendiri ke rumah orang…Tuna Puff.
Bahan-bahan:
Pastri puff segera
Inti tuna:
1 tin isi tuna (toskan airnya)
1/2 biji bawang besar -dicincang
1 biji lada merah -dicincang
2 biji cili padi -dicincang (untuk rasa lebih umphh)
1 biji limau kasturi (perah, buang bijinya)
Serbuk lada hitam/garam (secukup rasa)
4 sudu besar jagung dalam tin
Mayonais
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan rasa. Ikutlah taste sendiri ya.
2. Panaskan oven 220C, 10 minit.
3. Isikan inti pada kulit puff. Cantumkan kulit puff. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 hingga 25 minit.
Ikut perangai oven masing-masing ya. Yang penting, oven kena cukup panas sebelum nak bakar puff.
Lupa satu lagi, dah susun kat loyang, sapulah dulu dengan telur dan taburkan bijan hitam/putih untuk bagi cantik, menarik dan tertarik…baru nmpk debomb…
Kredit resepi: Roslinda Selamat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di