Siapa yang pernah makan di Boat Noodle mesti tahu macam mana bestnya rasa hidangan yang ada di sini. Walaupun hidangan nampak macam simple sahaja tapi ramai yang akan makan bertambah setiap kali makan di sini.
Pun begitu, sebenarnya anda boleh sahaja sediakan menu ala-ala boat noodle di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Leeya Bridal Melaka ini. Jadi tunggu apa lagi, jom masuk dapur dan kita sediakan menu istimewa ini untuk puas dimakan bersama anak beranak.
Kuey Teow Celup Daging Ala-ala Boot Noodles
Kalau kurang manis tambah gula, kalau kurang masin tambah kicap sotong @ garam
kalau kurang masam perah limau nipis. Sapa pernah makan boot noodles dia mesti tau nak ejas rasa.
Bahan-bahan: keteaw+daging hiris nipis-nipis + bebola daging potong kecik + daun ketumbar + serbuk cili ( beli je yang siap) + kacang tumbuk + tauge. Kuah tu kalau nak hitam lagi boleh letak kicap lebih sikit…
Cara Masak :
1.Rebus daging + bawang putih 2 bji + halia 2 inci (saya guna periuk desini yang 32inci tak salah saya)
2. Kemudian masukkan gula 3 sudu besar
4. Setelah itu masukkan kacang 3 sudu besar
Ads
5. Seckup rasa 1 sudu besar, kicap manis 4 sudu besar, garam halus ni 1 sudu je. Tiba tak masin saya tambah lagi 1 sudu besar
6. Minyak bawang putih 2 sudu besar, kicap sotong thai dan akar daun ketumbar.
7. Masukkan bebola daging sekali
Ni kuey teow ala-ala boot noodles tu. Sebungkus RM6 lebih
Ads
Ni dah siap rebus.
Ni bahan-bahan lain (Daun ketumbar ,tauge, cili jeruk, limau nipis,kacang tabur atas
serbuk cili ni tabur atas keteaw time nk mkn… hati-hati pedas juga cili ni…
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa di mana pelakon Abby Aabdi melahirkan anak keduanya di dalam kereta. Ketika itu, dia masih lagi bergelar isteri kepada pelakon dan hos, Norman Hakim.
Bersempena hari kelahiran anak perempuan mereka ini, Norman Hakim baru-baru ini telah berkongsi ucapan hari jadi kepada Marissa Dania Hakim yang kini sudah genap berusia 15 tahun.
Di dalam entrinya, Norman sempat mengimbau semula kenangan ketika menyambut kelahiran anak keduanya, dimana ketika itu merupakan saat yang tidak akan dilupakan.
Di dalam perkongsian tersebut, Norman bercerita bekas isterinya, Abby telah melahirkan Marissa di dalam kereta dimana Norman sendiri yang menyambut anaknya itu.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek) Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…
Menurut Norman lagi, dia yang sedang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka bagi menyambut kelahiran Marissa.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri Dalam mendidik anak.-anak. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah namun itulah momen yang cukup manis untuk dikenang kelak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak ramai.
Bagi yang masih kecil, pantang jumpa benda yang menarik perhatian mula merengek nak Minta dibelikan. Terutama apabila dibawa ke kedai atau pasaraya,barang mainan jadi perhatian.
Ibu bernama Mai Izyani berkongsi tip bagaimana dia mendisiplinkan anaknya tatkala dibawa ke kedai.
Hanya dua barang!
Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.
Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye. Pinggit. Comel sangat.
Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima rnggit pun dia letak ‘satu pinggit.’
Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.
Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.
Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.
Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.
Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi. 😊
Demi penjagaan kesihatan yang baik untuk tubuh badan, tidak dinafikan ada antara kita telah lama amalkan pengambilan makanan tambahan dan herba dengan pelbagai tujuan. Pun begitu apa kata baca dahulu perkongsian daripada doktor ini berkaitan kesan herba dan buah pinggang.
HERBA DAN BUAH PINGGANG
“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.”
Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia?
Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat penyakit. Makmal mana yang pernah sahkan dan kajian atas manusia dan negara mana yang buktikan?
Berikut adalah fakta peringatan dari Yayasan Buah Pinggang Bewibawa (NKF) mengenai kerosakan BUAH PINGGANG akibat HERBA.
Penulisan ini bukan ingin menuding kepada mana-mana produk tertentu, tetapi lebih kepada memberi kefahaman kepada pengguna agar berhati-hati dalam pengambilan suplemen.
Supplemen herba mempunyai bahan aktif tersendiri yang boleh memberikan kesan serta reaksi tubuh.[1] Kesan ini boleh terjadi kepada semua orang samada sudah berpenyakit buah pinggang atau sihat afiat.
Berikut adalah fakta yang harus difahami oleh semua:
1) Badan Berkuasa Makanan dan Ubat (FDA) tidak mengawal suplemen herba untuk dos, kandungan, atau ketulenan.
2) Beberapa suplemen herba mempunyai asid aristolochic, yang berbahaya kepada buah pinggang.[2]
3) Sesetengah suplemen herba mungkin mempunyai logam berat, seperti Plumbum, merkuri, kadmium, arsenik, dan chromium. Logam berat tersebut boleh penyebabkan toksid kepada badan.
4) Terlalu sedikit kajian yang menyokong suplemen herba mempunyai manfaat kepada pesakit buah pinggang.
5) Suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan moden samada ianya boleh mengurangkan kesan atau meningkat kesan ubatan tersebut bertindak dalam badan. Contohnya herba dari St. Johns Wort, echinacea, ginkgo, bawang putih, ginseng, halia, dan blue cohosh.
6) Dua jenis mineral yang dinasihatkan bagi pesakit buah pinggang tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pemakanan yang tinggi POTASSIUM dan FOSFORUS adalah boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh pesakit kerana mineral ini tidak dapat dikumuhkan sebaiknya melalui buah pinggang yang sudah rosak. Antara makanan yang tinggi Pottasium adalah Peria, Serai, Kunyit, Daun Bawang, Betik dan beberapa lagi.
7) Terdapat sesetengah produk yang dicampur dengan bahan terlarang steroid, sildenafil, sibutramin dan beberapa bahan lain lagi. Bahan tersebut boleh membahayakan jika tiada pemantauan atau diberikan tidak mengikut sukatan dos yang terkhusus.
Satu kajian yang termuat dalam New England Journal of Medicine melaporkan terdapat 23 ribu kes kecemasan setiap tahun akibat kesan sampingan dari suplemen di Amerika Syarikat.[3] Fakta ini amat menakutkan kerana tiada sistem pemantauan khusus dari pihak pengeluar produk mengenai kesalamatan dan kualiti produk mereka. Pengeluar hanya suka menaikkan testimoni yang indah sahaja, tetapi testimoni negatif tidak diambil perhatian.
Di antara produk suplemen herba yang banyak disita adalah ubat rangsangan seksual, ubat tambah tenaga, ubat bina badan supaya nampak sado, ubat kecantikan dan ubat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis serta sakit jantung.[4] Suplemen herba berkenaan tidak melepasi ujian keselamatan, ujian kualiti dan keberkesanan pun. Pesakit mungkin kelihatan gagah seperti ahli gusti buat seketika tetapi jangkamasa panjang akan merana.
Oleh kerana tiada mekanisma khusus untuk pihak berkenaan membuat pemeriksaan tahap keselamatan, maka kita hanya boleh lihat kerosakan demi kerosakan.
Ianya berbeza dengan ubat-ubatan hospital. Walaupun sudah melepasi tahap kajian atas haiwan dan manusia bahawa selamat disahgunakan, sistem pemantauan dan kajian tetap dilanjutkan. Oleh yang demikian kita akan memerhatikan peristiwa penarikan balik produk-produk tertentu seperti kes produk Losartan untuk darah tinggi baru-baru ini. Inilah ketelitian dan ketelusan yang dibina oleh pihak berwajib bagi memastikan segala ubatan adalah terbaik diberikan kepada rakyat.
Memang terdapat ujian berkala kepada produk-produk herba yang dilakukan oleh pihak berwajib, tetapi ujikaji tersebut tertakluk pula kepada aduan yang dilaporkan atau pengsampelan secara rawak terhadap beribu-ribu produk di pasaran.
Sekali lagi seruan saya agar berhati-hati dengan produk tersebut dan jangan mudah terpengaruh dengan janji manis serta fakta yang tidak tepat dari jurujual.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.