Tidak dinafikan idea memasak kita kadang-kadang memang luar biasa, tujuannya agar dapat memudahkan cara memasak sesuatu menu.
Namun sedar atau tidak, tindakan tersebut dibimbangi merbahaya pula pada kesihatan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Seperti Ramadan beberapa tahun kebelakangan ini, Ramadan kali ini pun tular cara memasak lemang menggunakan cawan atau bekas tin, dan dikukus atas dapur gas atau periuk tekanan. Setiap tahun juga akan berlaku polemik sama ada selamat atau tidak gunakan tin minuman untuk mengukus lemang.
Jawapan ringkasnya: MUNGKIN berbahaya.
Ads
Aluminium ni adalah sejenis logam reaktif, maksudnya ia mudah cenderung untuk bertindak balas dengan bahan lain, terutamanya bila didedahkan kepada haba yang tinggi, atau medium berasid serta berakali.
Oleh itu, jika kita masak menggunakan tin minuman yang biasanya diperbuat daripada aluminium, pada suhu tinggi dan untuk makanan yang berasid dan berakali, maka akan berlaku tindak balas, iaitu aluminium boleh larut-resap(leach) dari permukaan tin, dan mencemar makanan atau minuman.
Seperti kita tahu, pengambilan(ingestion) aluminium pada kadar yang tinggi, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang menjejaskan kepadatan tulang, serta sistem saraf dan otak. Oleh itu tak digalakkan menggunakan tin aluminium untuk masakan.
Habis tu, macam mana dengan periuk dan kerajang(foil) aluminium?
Ads
Periuk aluminium, biasanya permukaannya mempunyai lapisan aluminium teranod(anodized). Ia adalah proses elektrokimia yang menyebabkan aluminium bergabung dengan oksigen membentuk aluminium oksida (Al₂O₃). Lapisan ini stabil dan kurang bertindak balas, jadi ia tidak mudah larut-resap.
Kerajang aluminium, tiada lapisan aluminium oksida, jadi tidak digalakkan makanan dimasak bersentuh dengan kerajang ini, terutamanya makanan berasid dan berkuah. Jika nak bakar makanan dalam kerajang aluminium, digalakkan dilapis dengan kertas minyak atau daun pisang.
Periuk pengukus biasanya diperbuat daripada aluminium, namun jarang makanan bersentuh dengan pengukus. Lazimnya makanan diletak atas pelapik kertas atau di dalam pinggan. Tambahan pula, mendidihkan air dalam pengukus aluminium berulang kali, akan sedikit demi sedikit menghaslkan lapisan aluminium oksida.
Tin minuman, bahagian dalamnya ada lapisan bahan yang disadur untuk mengurangkan larutresap aluminum, namun mungkin tidak dibuat untuk didedahkan pada susu yang amat tinggi. Maka, jika didedahkan tin pada suhu tinggi, ada risiko berlaku larutresap, namun tidak dapat dipastikan kadarnya pada tahap bahaya atau tidak.
Ads
Oleh itu, memasak dalam tin minuman mempunyai risiko bahayakan kesihatan. Risiko tau, bukan 100% pasti membahayakan kesihatan, sebab itu jawapan ringkasnya tadi adalah “mungkin” berbahaya. Namun, jika sesuatu risiko itu boleh dielakkan, maka elakkanlah. Ada alternatif lain boleh digunakan.
Jika nak buat lemang kukus, gunakan gelas kaca tahan haba atau seramik. Sama ada cawan kertas selamat atau tidak, itu pun tak pasti, bergantung pada apa yang digunakan untuk sadur permukaan dalam kertas supaya cawan itu tidak telap air.
Begitulah dapatan terkini berkenaan penggunaan aluminium untuk masakan, ia mungkin berubah di masa akan datang setelah perkara ini dikaji dengan lebih lanjut. Buat masa ini, tidak digalakkan mengukus atau bakar lemang dalam tin.
Angin dalam badan pasti memberi ketidakselesaan. Perut akan jadi kembung dan boleh melarat ke bahagian kepala.
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
1.Lesu/tidak bertenaga
2.Rasa kebas/lenguh
3. Tapak tangan/kaki berasa sejuk
4.Selalu menguap/mengantuk
5.Sukar bernafas
6.Kulit kering
7.Kejang otot waktu tidur/jaga
8.Perut berangin
9. Sakit kepala/migraine
10.Mudah marah
11. Hilang selera makan
12. Hilang/kurang nafsu seks
13.Rimas/badan tidak selesa
Sebagaimana perkongsian ini tunjukan cara untuk membuang angin dengan menggunakan bawang putih.
“Bila free-free en.suami rajin buat bom. Selamat mencuba makan 3,4 ulas sebelum tidur,sebelum subuh boleh dengar ‘bom meletup’ buang angin. Sangat baik untuk yang bekerja dalam penghawa dingin.” – AsMie Mansor
Teringin nak makan ketam tapi nak beli kadang tak mampu, beli lah isi ketam frozen. Tapi, tahu tak itu isi ketam betul ke tak? Bagus ke tak untuk diri kita dan anak-anak?
Haaa nak tahu, cuba baca perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ni! Better jauhkanlah dari keluarga kita, kita ubah makan makanan yang berkhasiat sumber yang asli ok?
Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan. Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi. Minyak sayuran. Pewarna tiruan. Perasa tiruan dari ketam. MSG. Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal. Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang. Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar.
Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di