Rupanya Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Tidak dinafikan di Hari Raya ini tak henti-henti kita memasak untuk menyediakan menu istimewa bagi melayan selera adik beradik dan seisi keluarga yang berkumpul di kampung.

Apatah lagi bila sanak saudara berkunjung, tentu macam-macam hidangan akan disediakan. Antaranya mungkin ada yang merancang untuk sediakan hidangan nasi lemak yang istimewa. Maklumlah terasa lama juga kita semua tidak menjamah nasi lemak!

 

 

Jadi tahukah anda sebenarnya untuk memasak nasi lemak ada teknik untuk pastikan nasi dimasak sempurna malah ada juga cara untuk nasi dimasak dengan lebih cepat dan sekali gus boleh menjimatkan penggunaan gas.  Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Rossita Omar. 

“Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu. Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.

“In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama,” ujarnya berkongsi tips dan cara di salah satu group masakan di FB.

 

 

Sukatan air

Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi putih. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi putih santan tu tukar dengan air pula.

Tokma sukat guna cawan rice cooker.

IKLAN

2 cawan beras + 2 = 4 cawan santan
3 cawan beras + 2 = 5 cawan santan
4 cawan beras + 2 = 6 cawan santan
5 cawan beras + 2 = 7 cawan santan

Jika guna beras lebih dari 5 cawan kena tambah 3

contoh ..
6 cawan santan + 3 = 9 cawan santan
7 cawan beras + 3 = 10 cawan santan

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah 1: Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.

IKLAN

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah 3:  Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah 4 : Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak boleh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

IKLAN

Langkah 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Langkah  7 : Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…

Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas! 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI