Ya Allah, gatalnya tak boleh bincang!

Makin digaru makin sedap. Berdarah pun tak sedar.

Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

Fahami cara atasi kegatalan ini dengan membaca perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini.

Kulit Gatal, Rasanya Memang Tak Boleh Bincang. Dr Ni Dedah Pilihan Losyen Terbaik Atasinya!

BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?

Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.

Kulit Gatal, Rasanya Memang Tak Boleh Bincang. Dr Ni Dedah Pilihan Losyen Terbaik Atasinya!

Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!

BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?

Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.

Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.

IKLAN

Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !

Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.

Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.

APA RAWATANNYA?

Menggunakan losyen antiscabies

Kulit Gatal, Rasanya Memang Tak Boleh Bincang. Dr Ni Dedah Pilihan Losyen Terbaik Atasinya!

Losyen Permethrin 5%
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion

IKLAN

Kulit Gatal, Rasanya Memang Tak Boleh Bincang. Dr Ni Dedah Pilihan Losyen Terbaik Atasinya!

Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

Kulit Gatal, Rasanya Memang Tak Boleh Bincang. Dr Ni Dedah Pilihan Losyen Terbaik Atasinya!

Losyen Lindane 1%
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion

Perlu diingat & pastikan

1. Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.

2. Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

IKLAN

3. Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

4. Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.

Ekstra tip mengenakan losyen

1. Tip yang boleh diamalkan mandi dan lap seperti biasa.

2. Sapu ubat dari leher ke hujung jari kaki dan tangan, diikuti badan.

3. Pastikan setiap inci kulit dari leher ke bawah disapu dengan ubat.

4. Tumpukan perhatian di celah-celah jari, ketiak, pusat, punggung serta kemaluan.

5. Jangka masa ubat perlu melekat di kulit bergantung kepada jenis ubat yang digunakan.

6. Elakkan berpeluh kerana ubat akan tanggal dari kulit,

Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.

Sumber : Ahmad Samhan 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI