Pelakon Balkisyh Semundur Khan baru-baru ini selamat melahirkan bayi ketiganya.
Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan itu dilahirkan seberat 2.6 kilogram. kira-kira jam 12.09 pagi pada 9 Februari lalu.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan ‘baby boy’ pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” ujarnya menerusi kapsyen.
Lebih mengujakan apabila anak lelaki Balkisyh turut berkongsi tarikh lahir anak sama dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Nazri Zakaria.
Ads
“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini, Muhammad Nor Qaiyfaal Khan. Masa Lahir Baby : 12.09. Tarikh Lahir Daddy : 12.09. Alhamdulillah kebetulan, syukur,” Kongsi Balkish lagi.
Sejak PKP ni tentu mak-mak kena masak sendiri makanan di rumah. Maklumlah nak keluar pun bimbang dengan kes jangkitan yang semakin tinggi ni.
Hal memasak ni, tentu mak-mak ingin tahu pelbagai petua agar bahan-bahan mentah masakan yang dibeli tahan lama.
Ia termasuk kelapa parut. Kali ini petua kelapa parut ini tahan hingga dua hingga tiga bulan. Beli banyak-banyak simpan dalam peti ais.
Bila nak guna hanya ambil sahaja dalam peti ais. Tak perlu dah ke kedai. Nak masak ambil je.
Nak tahu cara penyimpanannya, ini caranya.
TAHAN HINGGA 3 BULAN
1.Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
4. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
**Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut . Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
Sumber : Ani Zam Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebiasaanya hujung tahun ni, ramai ibu bapa akan survey tadika atau pusat perkembangan untuk pendidikan pra sekolah anak-anak. Tidak dinafikan ada tadika yang mahal dan murah yurannya.
Keinginan mempunyai anak yang pandai tidak semestinya belajar di tadika yang mempunyai yuran mahal. Semua ini bergantung kepada cara pembelajaran dan guru yang mengajar di tadika berkenaan.
Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.
APA YANG JELAS, GURU PERLU PEKA DENGAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN SETIAP KANAK-KANAK DI TADIKA.
Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut perkembangannya.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca- Dr Bustam
8 TIP BANTU ANAK MEMBACA
Dr Bustam menyenaraikan lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
APA ITU TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu Ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar. Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta. Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak. Kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika. Ibu bapa boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal dan bangunan di tadika secara tidak langsung akan menggambarkan bayaran yuran yang bakal dikenakan. Sekiranya di luar kemampuan adalah dinasihatkan menghantar anak ke tadika bantuan kerajaan.
KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR ATAU GURU
Guru tadika perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Biasanya guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
SETIAP KELAS PRASEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN KURIKULUM YANG SAMA DI SELURUH NEGARA. BEGITU JUGA DENGAN KELAS TADIKA ANJURAN KEMAS DAN JPNIN JUGA MENGGUNAKAN KURIKULUM YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta terdapat berbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sekiranya pengusaha kurang berkemampuan akan mengaji guru yang berpengalaman dengan kelulusan lebih rendah daripada diploma iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Walau bagaimana pun guru-guru di swasta mendapat pendedahan kursus pendek yang dianjurkan oleh badan swasta dan kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi syarat mengikuti garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.