Kulit wajah adalah bahagian tubuh yang paling berisiko mengalami kerosakan.
Tidak hairanlah wajah sering mengalami banyak masalah seperti jerawat, kulit kusam, dan berkedut.
Masalah wajah berkedut memang tidak boleh dihindari, kerana seiring berjalannya waktu kulit kita akan mengalami penuaan.
Menarik tentang penjagaan wajah, seorang wanita yang berkongsi cara urutan wajah.
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula ke facebook oleh pengguna June Ed, seorang wanita berusia sedang menunjukkan cara urutan wajah. Urutan yang ditunjukkan hampir sama dengan urutan yang dilakukan di pusat kecantikan.
Wanita berkenaan, menunjukkan langkah demi langkah petua urutannya. Dalam pada itu netizen kagum melihat wajah wanita berkeaan kelihatan muda tanpa kedutan.
Untuk tegang bahagian mata. Antara urutan yang dilakukan termasuk pada bahagian mata. Urutan dilakukan di tempat sama berulang kali.
Kedua belah tapak tangan ditekan pada bahagian pipi. Kemudian di tarik naik ke atas. Urutan dilakukan di tempat sama berulang kali.
Urutan pada bahagian dahi. Urutan dilakukan di tempat sama berulang kali.
Untuk lebih lanjut ikuti video di atas tadi.
Keluarga: Kena rajin dan konsisten. Baru nampak kesan.
Sumber: June Ed
ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
“Suami Saya Memang Ada Penyakit…” -Isteri Arwah Mohon Henti Sebar Punca Kematian Akibat Dos Penggalak!
Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan di sebuah restoran.
Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Berita tidak benar itu terus tersebar dan isterinya tampil memberi kenyataan dan meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu yang kononnya pengambilan dos penggalak menjadi punca atau penyebab kematian suaminya.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, Rabunah Abdu Rashid iaitu merupakan isteri kepada arwah ada memberi kenyataan jelas terhadap hal tersebut.
5 Tahun Sakit Jantung
“Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54.
Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.
Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.
“Kira-kira 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.
“Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada Sebarang Simptom
Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.
“Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.
“Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak,” katanya.
Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.
“Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami,” katanya.
Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi.
“Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.
“Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.
“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.
Sumber : myMetro
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bintik Hitam, Jeragat Lenyap, Kulit Wajah Glowing, Cubalah Pakai Bedak Sejuk Campur Pegaga
Masalah kulit seperti bintik hitam, jeragat dan kulit kusam boleh mengganggu penampilan diri. Kulit wajah yang indah dan berseri adalah impian setiap individu. Selain menggunakan produk perawatan kulit wajah, kita juga boleh menggunakan produk tradisional seperti bedak sejuk.
Bedak sejuk adalah jenis bedak yang sering digunakan untuk menyejukkan kulit dan meredakan iritasi kulit. Bedak ini dapat membantu meringankan rasa panas, gatal, atau iritasi pada kulit, terutama ketika cuaca panas atau setelah lama tededah dengan sinar matahari.
Bintik Hitam, Jeragat Lenyap, Kulit Wajah Glowing
Cara penggunaannya cukup mudah, iaitu dengan mengoleskannya secara merata ke seluruh wajah. Bedak sejuk biasanya memiliki efek dingin dan menyegarkan saat dioleskan pada kulit, dan ini dapat memberikan rasa lega dan kenyamanan.
Bedak sejuk merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya, lebih baik pakai bedak sejuk sahaja. Harganya pun murah malah tiada bahan kimia seperti produk yang selalu kita gunakan.
Banyak kelebihan bedak sejuk untuk kecantikan kulit. Ini antaranya kebaikan bedak sejuk sebagai produk perawatan kulit wajah yang tiada kesan sampingan jika digunakan:
- Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
- Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
- Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
- Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
- Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
- Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.
Manakala pegaga pula bukan sekadar enak dijadikan ulam tetapi juga bagus untuk perawatan kecantikan. Menjamah ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.
Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica dikatakan mampu merawat kerosakan kulit. Pegaga juga mampu meningkatkan peredaran darah, sekali gus membuatkan wajah lebih berseri dan segar.
Daun pegaga mempunyai khasiat yang bagus untuk kulit terutama bagi masalah bintik-bintik hitam atau jeragat di wajah. Selain sangat bagus dijadikan sebagai ulaman, ianya juga dapat menjadikan kulit sihat dan glowing secara semulajadi.
Sejenis herba daun hijau berbentuk kipas, pegaga biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Di India, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.
Cubalah Pakai Bedak Sejuk Campur Pegaga
BEDAK SEJUK PEGAGA
Bahan:
*10 biji bedak sejuk
*Segenggam daun pegaga
Cara-cara:
1. Tumbuk lumat pegaga dan dicampur bedak sejuk. Ikuti petua amalan ini. Cantik secara semula jadi menggunakan bahan alami. Rajin amal akan nampak perubahan. InsyaAllah.
Sumber kredit: Nurul Diyana Kamaludin
Sumber gambar: Zakiah Ramli via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (Pegaga) dan Tipah Bakar (Bedak sejuk)
Baca artikel berkaitan di sini: Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Jerawat Hilang, Kulit Jadi Anjal
Asam Jawa Dan Bedak Sejuk, Tip Hilangkan Parut Jerawat. Boleh Cuba Petua Wanita Ini Kongsikan.
Asam Jawa Dan Bedak Sejuk, Tip Hilangkan Parut Jerawat. Boleh Cuba Petua Wanita Ini Kongsikan.
“Saya Buat Filem Nak Beritahu Bagaimana Susahnya Jadi Pendakwah & Sakit Kena Sihir.”- Ustaz Kazim Elias
Personaliti hebat yang juga pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dikatakan sedang diduga dengan uji hebat bila mana dirinya disihir.
Begitupun, susuk tubuh yang sudah memasuki separuh abad ini tampak gagah menjalani kehidupan harian serta kuat untuk terus berdakwah.
Katanya itulah yang memberi kekuatan untuk dirinya terus bertahan biarpun kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu.
Figura terkenal ini juga tidak lokek bercerita tentang anak-anaknya tatkala penulis bertanyakan sisi keluarganya yang jarang dikongsi bersama khalayak.
“Sejak dahulu lagi, anak-anak dah biasa dengan situasi ini. Sebab tu mereka tak guna nama saya apabila di sekolah. Malah, anak sulung saya hanya berbintikan Mohd sahaja sehinggalah sampai konvo barulah berkongsi nama penuh ayahnya. Barulah orang tahu yang dia anak ustaz Kazim Elias.
“Lagipun mereka tahu, bukan semua orang suka saya, jadi cara mereka menghadapi netizen adalah dengan tak baca, friend atau follow. Malah mereka tak sibuk nak ‘screen shot’ untuk diberikan pada saya supaya baca apa yang orang tulis tentang saya.
“Cuma pernah dulu anak tanya kenapa orang panggil ayah anjing. Saya cakap pada dia orang tu bodoh kerana anjing dengan orang pun tak kenal. Waktu itu pengaruh parti politik kuat, saya tak campur bab parti politik. Sebab tu anak-anak saya dah tak ambil kisah dengan apa yang ditulis atau reaksi orang ramai.
Ditanya adakah tempias sihir turut mengenai anak-anak dan isteri, akui ustaz Kazim lagi hanya anak perempuannya sahaja yang asyik sakit kepala. Biarpun sudah puas berubat namun tidak berkesan.
“Anak perempuan saya yang keempat 24 jam sakit kepala sejak umur 9 tahun, saya kena sihir 1997, dia lahir tahun 2000. Saya dah habis ikhtiar untuk rawatan moden untuk sakit kepala dia termasuk pakar saraf, otak, MRI dan sebagainya namun jawapan doktor tiada sebarang masalah. Minyak angin dalam tangan tak lepas kerana 24 jam sakit kepala.
“Sekarang dia tengah belajar di universiti dalam bidang farmasi. Alhamdulillah saya bersyukur walaupun begitu anak-anak saya boleh menjalani kehidupan biasa dan tidak terkesan dengan sakit yang dialami. Saya ajar anak-anak, walaupun sakit tetapi tidak terjejas semua kerja tetap berjalan seperti biasa. Jangan jadikan sakit itu pematah semangat.
Mengakui isteri antara orang yang menentang dia berlakon, sambil berseloroh Ustaz Kazim Elias mengakui larangan tersebut disebabkan heroin adalah janda.
“Isteri rasakan saya dah tua, sakit tetapi saya cakap saya buat filem ini kerana nak beritahu pada anak-anak cucu saya generasi akan datang bagaimana susahnya jadi pendakwah dan sakitnya kena sihir.
“Akhirnya dia benarkan saya berlakon. Sebenarnya isteri tak benarkan kerana berlakon sampai lewat malam 5-6 pagi baru habis. Bagaimana dengan situasi saya yang tak sihat.
Ditanya sampai bila mahu terus menjadi pendakwah, akui Ustaz Kazim lagi tiada istilah berhenti daripada terus menyalurkan ilmu kepada orang ramai.
“Satu minit saya rasa nak berhenti jadi pendakwah selepas dapat bon 1 juta euro, waktu tu saya fikir nak tumpu pada sekolah. Tetapi rupa-rupanya itu adalah bon palsu. Punyalah berani scammer datang jupa bagi bon 1 juta secara berdepan.
“Setakat ini tiada lagi niat nak berhenti berdakwah melainkan uzur dan tak larat dah. Tetapi kalau ikutkan dah boleh berhenti memandangkan umur dah 50 tahun. Jadi saya nak tumpu pada sekolah sahaja. Tetapi saya takut bila tak ceramah saya sakit. Sebab sakit ini akan hilang bila dapat microfon. Memang lega dan itulah terapi saya. Saya dah tak ingat sakit.
“Saya juga nak tidur, bila outstation saya akan tidur dalam kereta. Bila duduk di rumah saya tak boleh tidur. Berkali-kali saya cakap pada doktor, saya nak tidur. Salah satu cara saya tidur adalah bila saya ‘safar’.
“Sebab itu saya nak buat kerja ini, berlakon pun saya tak nak cukuplah apa yang saya dah berlakon sebelum ini. Lagipun berlakon memakan masa lama, daripada 8 pagi hingga 8 pagi esoknya. Ini memerlukan tenaga yang kuat, saya pun dah tua dan kudrat pun dah tak kuat. Jadi saya dah tak mampu,”ungkap ustaz Kazim lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club