Setiap ibu bapa sentiasa pastinya teruja dengan perkembangan anak-anak. Sebab itu kalau boleh tidak mahu terlepas momen tersebut.
Demikian juga dengan selebriti cantik manis ini. Dalam satu perkongsian, Emma Maembong meluahkan sebak dan gembira apabila buat pertama kali anaknya sulungnya, Shariq Gabriel dapat menyebut perkataan ‘mama’ dengan betul.
Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pembantu rumahnya ketika dia sedang bekerja di luar.
Akuinya, selepas melalui momen tersebut sendiri, barulah dia faham perasaan setiap ibu apabila anak-anak mula menunjukkan perkembangan masing-masing.
“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hanta video. First time @shariqgabriel sebut Mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je.
“Allah sampai menangis dengar. Baru faham perasan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap,” ujar Emma menerusi kapsyennya.
Dalam perkongsian tersebut, Emma memuat naik satu video pendek yang berdurasi kurang 10 saat menerusi Instagramnya.
Kadangkala rasa pelik bila dengan kita, ibu bapa sering berperangai itu tak boleh ini tak boleh ketika kecil dahulu. Tapi sekarang ini bila dengan cucu, bukan main lagi sayangnya apa yang diminta semua dapat!
Situasi ini dapat dibuktikan melalui video yang dimuat naik oleh usahawan dan pempengaruh sosial media, Datuk Seri Aliff Syukri di mana ibunya sendiri akui bahawa bila dengan anak-anak bukan main kedekutnya tapi dengan cucu tidak sama sekali.
Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu berkisarkan tentang majlis hari jadi putera sulung Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan. Dalam video tersebut, kelihatan Bonda Rozita menyerahkan satu sampul putih kepada Ammar sebagai hadiah hari jadinya.
Bagaimanapun, Ammar dilihat hilang kata-kata sejurus melihat isi yang terdapat dalam sampul tebal tersebut dan rasa bersalah untuk menerimanya.
“Nenek dengan anak nenek sangat kedekut nenek tak bagi apa-apa, sebab nenek nak dia hebat. Dengan cucu nenek tak berkira” kata Bonda Rozita di penghujung video tersebut.
Tahukah anda bahawa vitamin D adalah vitamin yang unik dan ramai orang yg tidak mendapatkannya dalam jumlah yang mencukupi.
Dalam kajian di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 40 peratus penduduk di sana tidak mendapat vitamin D yg mencukupi. Begitu huga dgn Kanada, Eropah dan Rusia kerana negara mereka mengalami empat musim. Matahari hanya bersinar dengan secukupnya pada musim panas.
Terutama warga tua, pesakit kronik dan orang kurang upaya yang tidak dapat berada di luar rumah untuk mendapat sinaran matahari. Begitu juga orang muda yang bekerja dalam bangunan untuk jangka masa yang lama.
Vitamin D dibuat dari kolestrol yang berada di bawah kulit, dan terdedah pada sinaran matahari (sinar ultraviolet-B). Oleh itu pendedahan pada cahaya matahari sangat baik untuk mengekalkan tahap vitamin yang mencukupi.
Di negara sejuk, terdedah pada cahaya matahari pada waktu tengahari di musim panas adalah yang terbaik. Namun di negara Khatulistiwa, waktu yang terbaik antara 9-10am, ketika cahaya matahari mula membahang. Waktu petang pukul pukul 530-630pm adalah masa terbaik. Jika ingin terdedah pada waktu tengahari, pastikan tidak terlalu lama. Ini kerana pada waktu tengahari, sinaran ultraviolet-B adalah yang kuat. Jadi tidak perlu terlalu lama untuk terdedah pada sinaran matahari.
Dalam kajian di Oslo, Norway pendedahan terhadap sinaran matahari selama 30 minit pada waktu tengahari di musim panas, cukup memberikan vitamin D sebanyak 10,000–20,000 IU of vitamin D. Namun terdedah terlalu lama dan panas yang terik boleh memberikan kesan yang buruk.
Keperluan vitamin D yang dicadangkan adalah 600 IU (15 mcg) setiap hari. Namun bila kita ambil suplemen vitamin D secara oral (masuk ke dalam mulut), penyerapan vitamin hanya 10-20% kerana ia akan dimetabolisma di dalam hati sebelum dihantar ke seluruh tisu dan sel yang lain. Oleh itu, ramai pakar yang mencadangkan dos suplemen vitamin D sebanyak 5000-10,000 IU setiap hari, bergantung kepada keperluan.
Saya mencadangkan agar pengambilan vitamin D melalui pemakanan yang kita makan. Antaranya minyak zaitun, ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan ikan tuna, dan telur kuning. Selain itu, susu dan produk tenusu seperti mentega, kacang buncis, dan cendawan shitake.
Bagi mereka yang tidak dapat vitamin D dari makanan dan sinaran cahaya matahari, saya cadangkan pengambilan suplemen vitamin D.
Penghasilan vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari dipengaruhi warna kulit kita.
Orang yang berkulit gelap mempunyai melanin yang lebih banyak. Melanin membantu kulit menghalang kerosakan seperti ‘sun burn’ dan kanser kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Oleh itu orang yg berkulit gelap memerlukan lebih lama pendedahan kepada cahaya matahari. Dalam satu kajian, orang berkulit gelap (contoh orang bangsa Afrika) memerlukan masa sejam, sementara orang yg berkulit cerah memerlukan masa sejam, untuk mendapat jumlah vitamin D yang serupa. Bagi kita yang berkulit sawo matang memerlukan antara 30-60 minit sehari terdedah pada matahari. Ini yang menyebabkan orang yang berkulit gelap lebih berisiko mengalami kekurangan vitamin D.
Namun bagi mereka yang tinggal di negara jauh dari khatulistiwa, memerlukan masa yang lebih lama kerana di negara-negara tersebut sinaran matahari (sinaran ultraviolet-B) diserap oleh lapisan ozon. Lebih-lebih lagi musim panas mereka hanya berlangsung hanya empat bulan.
Pemakaian krim sun screen ketika terdedah pada cahaya matahari bertujuan untuk mengelakkan dari risiko mendapat ‘sunburn’ dan kanser kulit. Ia selalu digunakan oleh mereka yang berkulit cerah kerana kulit mereka tidak mempunyai sel melanin (yang menghasilkan warna kulit) yang banyak.
Namun penggunaan krim sun screen akan menghalang pembentukan vitamin D. Dalam kajian, penggunaan krim sunscreen SPF 30 atau lebih boleh menghalang pembentukan vitamin D sebanyak 95–98% dalam tubuh.
Oleh itu jika memakai krim sunscreen (SPF kurang 30), duduklah lebih lama di pancaran sinaran matahari.
Tidak dinafikan kebiasaanya di dalam kereta pasti ada sekurang-kurangnya sebotol dua air mineral yang sengaja ditinggalkan. Alasanya satu, kononnya jika terasa haus semasa memandu bolehlah diminum seteguk dua bagi membasahkan tekak yang kering.
Tapi tahukah anda, air yang dibotolkan apabila terdedah dengan cuaca panas melampau akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mampu mengundang barah!
Umumnya, wanita memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show lama dahulu.
Manakala dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Jadi cuba bayangkan jika kita kerap minum air yang ditinggal di dalam kereta, bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah jika ahli keluarga yang lain juga minum air tersebut akan mendap kesan yang sama.
Menyedari hal ini, Najmi Zawawi turut terpanggil berkongsi bahaya minum air yang tersimpan lama di dalam kereta. Jom ketahui apa katanya.
BAHAYA AIR MINERAL DALAM KERETA
Aku sendiri pun tak tahu tentang perkara ini pada awalnya. Biasa dari zaman sebelum kahwin lagi air mineral dalam kereta sangat menyelerakan lebih-lebih lagi bila baru balik dari bermain di padang dan sebagainya.
Dalam keadaan dahaga, pastinya air dalam kereta ini akan disambar terlebih dahulu. Boleh habis satu botol dengan pantas. Tak semestinya air mineral, bahkan 100 plus dan apa-apa air dalam botol plastic jika kita tinggalkan dalam kereta sebenarnya sangat-sangat bahaya.
Nasib baik isteri aku sedar dan cepat nasihatkan. Sejak itu aku berhenti minum apa-apa air yang ditinggalkan berhari-hari dalam kereta.
Secara logiknya, botol air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.
Hawa panas yang memanaskan bahan plastik (botol) memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser.
Bila dah tahu macam ini, ubat-ubatan pun sebenarnya tidak terkecuali dan sangat berisiko jika ditinggalkan dalam kereta terlalu lama. Begitu juga dengan botol susu anak dan sebagainya.
Kononnya nak tinggal ubat atau air dalam kereta senang untuk kegunaan di kemudian hari. Malangnya ianya pasti tidak akan sama lagi akibat kesan perubahan kimia dari plastic dan bahan itu sendiri.
Semua ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk menjaga anak. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, 44, memilih untuk tidak mendedahkan wajah...