Mungkin bila kita sebut tentang penggunaan minyak kunyit, ianya bukanlah begitu popular seperti mana penggunaan minyak bawang putih atau sebagainya dalam membantu melegakan permasalahan kegatalan kulit.
Namun, perkongsian pengalaman Ilya ketika waktu kecil dahulu,di mana ibunya sering menyapu minyak kunyit ini bagi melegakan masalah kegatalan kulit yang dialami, nyata begitu serasi dengannya.
Dan untuk itu, ingin dikongsikan bagaimana cara Ilya menyediakan bahan untuk hasilkan minyak kunyit agar lebih ramai dapat manfaatkan khasiatnya.
Ini perkongsiannya:
Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah
Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.
Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuhnya.
Ads
Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah.
Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.
Daun kari yang selalunya dijadikan penambahan aroma dalam masakan kari tidak hanya khusus untuk masakan sahaja. Daun yang satu ini selain dijadikan ulam yang baik untuk kesihatan, rupanya juga baik dalam merawat masalah rambut.
Antara masalah rambut yang dapat dirawat dengan daun kari ini adalah mencegah uban, melebatkan rambut dan memperbaiki akar rambut yang rosak. Berikut merupakan 5 khasiat daun kari yang baik untuk rambut.
Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Dengan menggunakan daun kari secara teratur pada rambut, terbukti dapat membantu untuk meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuat akar rambut. Yang perlu dilakukan adalah mengambil beberapa daun kari dan mengeringkannya di bawah sinar matahari.
1. Ambil daun kari dan keringkan.
2. Tumbuk daun kari hingga halus dan campurkan dengan yogurt.
3. Sapukan pada rambut dan cuci bersih.
Cegah Uban Kepala
Ini pula petua mujarab dalam memulihkan uban rambut. Uban dikatakan tumbuh bukan disebabkan oleh faktor usia sebaliknya ketidakseimbangan dalam diet harian yang kita ambil.
1. Tumbuk daun kari hingga lumat bersama sedikit minyak zaitun.
2. Kemudian sapukan pada rambut yang beruban.
3. Biarkan sekejap dan cuci bersih.
Rambut Rambut Rosak
1. Ambil dua tiga helai daun kari dan campurkan dengan susu.
2. Buatkan masker dan letakkan pada rambut.
3. Biarkan seketika dan cuci bersih.
Cegah Rambut Nipis
Faktor hormon membuatkan rambut mulai gugur dan makin menipis. Antioksidan yang tinggi dalam daun kari mampu menguatkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
1. Tumbuk beberapa daun kari.
2. Kemudian campurkan dengan sedikit minyak.
3. Sapukan pada kulit kepala.
Cegah Kelemumur
Antioksidan yang tinggi pada daun kari juga dapat membantu masalah sel kulit mati pada kulit kepala yang seterusnya mengakibatkan masalah kelemumur. Tumbuk halus dan sapukan pada kawasan kelemumur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kebanyakan bekas pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 masih mengalami simptom termasuk batuk dan sukar bernafas walaupun selepas beberapa minggu disahkan sembuh. Menurut kajian berkenaan, sebanyak 66 peratus daripada 1,004 bekas pesakit yang menjadi sampel ujian, menunjukkan simptom berkenaan.
Mengetahui info ini tentu sahaja membuatkan kita semua tercari-cari alternatif untuk dapat meningkatkan kualiti kesihatan keluarga dan seterusnya menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Ini kerana dikatakan bekas pesakit Covid-19 akan mengalami gejala susulan yang pelbagai seperti batuk, sesak nafas, badan terasa sakit dan cepat letih, malah ada yang merasakan dagupan jantung lebih pantas dan pelbagai lagi masalah lain yang boleh menjejaskan kualiti pernafasan dan kesihatan secara umumnya.
Selain itu ditambah pula dengan perubahan cuaca, pencemaran udara dan faktor persekitaran yang kotor akan memburukkan lagi keadaan kesihatan seseorang.
Oleh itu, kita semua haruslah lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan agar dapat meneruskan kehidupan normal yang lebih sihat. Apatah lagi buat mereka yang baru sahaja sembuh daripada Covid-19.
Amal Tip & Petua Ini Sebagai Altenatif
Memastikan seisi keluarga kekal sihat adalah menjadi keutamaan buat kita semua. Oleh itu ketahuilah sebenarnya ada cara boleh dipraktikkan bagi membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan terutamanya untuk mambantu paru-paru agar tidak mudah diserang penyakit atau virus.
1. Bersenam Bersama Keluarga
Jom lakukan aktiviti bersenam bersama seisi keluarga walau hanya di dalam rumah. Bahkan jika hendak lagi menarik lakukan gerakan aerobik yang dikatakan bagus untuk meningkatkan stamina, menjaga kesihatan jantung, menggalakkan aliran darah dalam tubuh dan sekali gus membantu kita untuk menjaga kesihatan paru-paru berada di tahap terbaik. Menari bukan? Sambil kita sama-sama jaga kesihatan keluarga dapat juga lakukan aktiviti bonding!
2. Makan Makanan Sihat
Ibu ayah perlu pastikan anak-anak tidak mengambil makanan yang diproses terlalu kerap. Sebaliknya hendaklah makan makanan sihat seperti tomato, kacang, blueberry dan lemon untuk meningkatkan kesihatan paru-paru. Manakala bawang putih dan kunyit pula adalah makanan kaya antioksidan yang dikatakan mempunyai sifat anti-virus. Mengambil makanan yang kaya omega-3 juga amat-amat digalakkan untuk mengurangkan risiko penyakit pernafasan.
3. Air Putih Jangan Tinggal
Selain itu, perbanyakkan minum air masak. Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh kita selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh badan kita juga terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Tabiat minum air yang rendah?
Cuba campurkan sesudu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak di dalam segelas air. Rasanya sangat menyegarkan dan bermanfaat untuk paru-paru anda juga!
4. Berhenti Merokok
Jika ayah seorang perokok eloklah berhenti sekarang demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kasihanilah bila mana isteri dan anak-anak yang terdedah dengan asap rokok, mereka sebenarnya mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Jadi usah bertangguh lagi, berhentilah merokok!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam diam-diam, pelakon Elisya Sandha kini selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Januari yang lalu.
Pasangan berkenaan bernikah kira kira jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.
Dalam majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.
Majlis nikah petang tadi juga dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik beradik, sanak saudara dan rakan rapat.
Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun lalu ketika masing masing masih di bangku sekolah dan akhirnya kini sah bergelar suami isteri.
Adik kepada Fasha Sandha itu ketika dihubungi berkata, majlis akad nikah asalnya dirancang pada 22 Februari 2022.
“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir. Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.
“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian mendadak naik, segala segalanya perlu dipercepatkan.
“Termasuk dalam soal membina masjid ini. Kita dahulukan yang wajib dahulu. Insya-Allah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis. Cuma tarikhnya belum tahu lagi,” kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu.
Dalam pada itu, pasangan ini juga merancang untuk tinggal di rumah yang dibeli suaminya.
“Cuma kami akan habiskan masa dulu dengan keluarga. Lepas itu baru fikir nak pindah ke rumah berkenaan,” katanya.
Ditanya mengenai suaminya, Elisya menyifatkan Uzair sangat bertanggungjawab.
“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.
“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.
Sementara itu, Uzair pula menyenangi peribadi isterinya.
“Elisya cukup menenangkan saya. Kami cuba melengkapi diri masing masing.
“Ini fasa baru untuk kami lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga ia dipermudahkan,” kata Uzair.
Anggun dalam persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa, Elisya menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22.
Dalam majlis itu juga, Elisya turut mengenakan barang kemas tajaan Habib Jewels menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.