Bercuti memang seronok tetapi apabila kulit sunburn, kulit akan jadi lebih sensitif. Jerawat pun mudah hinggap pada kulit wajah apabila kulit mendapat alahan. Kulit yang sunburn berlaku apabila kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari untuk tempoh yang lama seperti berjemur di tepi pantai.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kulit terbakar tetapi juga ia boleh menyebabkan luka dan rasa pedih pada kulit wajah. Selain menggunakan produk-produk perawatan kulit wajah, anda juga boleh menggunakan cara semula jadi.
Berikut dikongsikan petua untuk menghilangkan sunburn. Kesannya dapat dilihat hanya dalam masa tiga hari sahaja. Boleh juga untuk merawat jerawat baru. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
1 sudu kecil minyak zaitun
2 hirisan air lemon
2 sudu besar bedak sejuk
Cara-cara:
Ads
Campurkan semua bahan.
2. Boleh letak sedikit air jika pekat.
3. Gaul sebati.
Ads
4. Bersihkan wajah dan sapukan masker tersebut pada seluruh kulit wajah.
5. Biarkan 30 minit atau semalaman. Bilas dan basuh dengan pencuci muka.
Bedak sejuk menyegarkan kulit dan menghilangkan parut. Lemon pula membantu mencerahkan kulit. Minyak zaitun memberikan kelembapan pada kulit wajah.
Kulit wajah akan rasa sejuk dan kembali normal. Untuk parut, amalkan secara konsisten dan anda akan lihat hasil yang menakjubkan. Jom kongsi petua masker yang mudah ini.
Jika namanya seorang perempuan, mesti inginkan kulit wajah yang cantik nampak sihat dan bersih, paling penting bebas daripada masalah jerawat. Pun begitu, realitinya masalah kulit berjerawat ini menjadi antara yang lumrah dialami oleh wanita. Lebih-lebih lagi bagi yang memiliki kulit wajah yang sensitif.
Keluhan berhadapan dengan pelbagai masalah wajah seharusnya haruslah diatasi dengan cara yang alami. Salah satunya adalah dengan menggunakan daun pandan. Jom ketahui caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cantik dengan arang! Mungkin ada yang masih belum mengetahui fungsi arang dalam penjagaan kulit wajah. Dikatakan arang adalah bahan aktif yang mempunyai pelbagai kelebihan dan ia digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan berikutan keupayaannya menyingkirkan kotoran pada kulit.
Jadi apa kata kali ini kita sediakan masker menggunakan arang untuk membantu tanggalkan blackhead. Bagaimana caranya? Jom pelajarinya melalui perkongsian dari Aisyah Badar Bajrai yang mana memang suka berkongsi petua kecantikan di media sosial.
TIPS HILANGKAN BLACKHEAD DEGIL DENGAN PIL ARANG
Korang biasa tak beli masker arang tuk buang blackhead. Alaa yang nanti sapu kat hidung, bila dah kering kita tarik. Nanti blackhead dengan whitehead kat hidung pun ikut tertarik sekali.Masker tu memang best tau sebab nampak blackhead keluar. Nanti hidung rasa bersih jek.
Jadi hari ni Aisyah nak ajar cara buat masker arang tu. Kita guna pil arang empat hinggit tu jek. Serious Aisyah tak tipu, masker ni memang 200% berkesan tuk hilangkan blackhead.
Memula anak sedara Aisyah tak percaya masker arang buat sendiri ni lagi best dari yang beli kat kedai. Sekali bila Aisyah buatkan dia, ehhhh banyak nya blackhead tanggal.
Dia terus excited nak buat sendiri kat rumah. Ye laaa, camana tak excited, hidung terus licin, sampaikan cucu blackhead pun hilang.
Masker ni nampak jek macam leceh nak buat, padehal dia guna 4 bahan jek. Yang lagi best, tiga tiga bahan tu murah giler.
Ok jom tengok cara buat masker blackhead ni.
MASKER HILANGKAN BLACKHEAD
Bahan-bahan:
1 sdk serbuk arang / aisyah guna 4 tablet activated charcoal (tumbuk sampai halus)
1 sdk gelatin halal
2 sdk air panas
Tisu
Cara caranya:
1. Memula korang wajib steam muka dengan air panas supaya pori pori terbukak. Aisyah campurkan air panas dengan air sejuk sikit, pastu amik kain tekap kat hidung.
Buat 3-4 kali gitu. Korang jangan guna air panas mendidih pulak, melecur kulit nanti.
2. Campurkan semua bahan bahan masker arang ni. Pastu kacau rata-rata.
3. Bila dah rata, korang sapukan kat hidung yang kita dah steam dengan air panas tadi.
4. Lepas dah sapu kat hidung, korang letak tisu kat tempat masker tu. Kita letak tisu supaya masker cepat kering. Nanti nak tarik pun lagi senang tau.
5. Ok, lepas dah letak tisu tu, korang biarkan dia kering betul betul dalam 20-30 minit. Pastu baru tarik. Haaa, masa ni nanti korang nampak la semua atok nenek blackhead dengan whitehead.
6. Lepas basuh muka, wajib sapu ice kiub kat muka supaya pori pori muka yang terbukak tadi, kita tutup balik.
“Haaa, gitu jekk cara buat dia. Senang jek kan. Nampak jek step berderet, padehal kacang goreng jek cara buat masker blackhead ni. Besok sah boleh la korang buat masker blackhead ni. Alang alang tengah cuti ni, boleh la buat.”–Aisyah Badar Bajrai
Ini rupanya selepas masker ditanggalkan daripada wajah. Boleh lihat blackhead melekat di situ. Dan pastinya bila ini yang berlaku, kita akan puas hati kerana wajah akan terasa lebih licin dan bersih.
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir.
Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’.
Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang.
Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang.
Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.