Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan. Inilah yang dilalui oleh penyanyi, Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami.
Kongsi Wany menerusi Instagramnya, banyak pengalaman indah dilalui ketika bercuti bersama anaknya, Aishah Al-Iman. Malah kata Wany lagi, jika boleh kesemua barang hendak dibawa bersama.
“First time staycation bertiga. Habis semua ibu angkut bawak sama.
“Diapers satu pack besar, susu 1 tin sampai tumpah-tumpah sayangnya, inflatable bath tub pun nasib baik bawak sebab bilik tak ada bath tub pastu ibu pun sejenis seriau kalau nak mandikan kat sink. Eeee tak boleh la,” kongsi Wany lagi.
Ads
Bahkan kata Wany, melalui percutian itu dia mengenal erti sabar dan penat lelahnya bergelar ibu. Apa lagi saat mempersiapkan segalanya untuk buah hatinya yang tersayang. Tak mudah namun cukup bersyukur dengan pengalaman indah itu.
Ads
“Overall lelah ofkosss ia tak sesenang seperti gambar yang diupload tapi masyaAllah Alhamdulillah sangat bermakna tiap saat bersama.
Ads
“Ibu banyak belajar, belajar untuk sabar jugak. Sebelum ni satu bag je sekarang dah berbag-bag. Bapak macam biasa steady je. Mak mak normal eh kalau travel rasa macam semua barang perlu bawak sama?,” kongsi Wany lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Wany turut berkongsi kisah mereka malah berkongsi tip untuk bercuti bersama anak-anak.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat bergelar ibu pada 8 Julai lalu selepas melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al Iman yang kini sudah pun berusia tiga bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih untuk menghadapi situasi yang mencabar dalam membesarkan anak. Baru-baru ini, melalui instagram adamsautismfamily, ayah Adam, Iman Wan, melahirkan ucapan bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup menguruskan anak tanpa lelah dan jemu. Juga dibantu ibu angkat adam, mama rai.
Melalui paparan video ini jelas mengambarkan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi agar adam dalam menjalani kehidupan dengan sempurna sejak disahkan mengalami austisme sejak usia tiga tahun lagi.
Media sosial pagi ini dihujani dengan berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut keputeraan putera kedua. Baginda berkongsi berita tersebut dengan memuatkan sekeping gambar bersama isteri dan puteranya.
Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.
Turut berkongsi berita yang sama, Che Puan Khaleeda Bustamam yang memilih bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa bangga dan memuji pasangan diraja ini kerana memilih hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.
Baru-baru ini viral mengenai seorang selebriti yang menyentuh perihal penguasaan asas Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak. Ia telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Namun, apa jua komen diberikan, yang baik kita jadi teladan, yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Bayangkan jika anak anda ditanya, soalan asas ini, ‘what is your name?…” Berkerut dahi si kecil apabila teman anda bertanya namanya dalam bahasa Inggeris. Biarpun pertanyaan ini biasa-biasa ditanya oleh kebanyakkan orang, namun jika anda tidak pernah memperaktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya walaupun sudah berusia 7 tahun!
Bukan untuk mendewakan bahasa luar, tetapi ia adalah bahasa kedua terpenting dunia. Apa kata, ikuti cadangan beberapa tips untuk mengajak anak pandai berbahasa Inggeris.
1.Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap.Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucaapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
2.Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
3.Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
4.Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
5.Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyembut beberapa perkataaan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata. Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali. Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.