Niat baiknya hanya ingin membantu bisnes rakan, namun siapa sangka dia terpaksa berhadapan dengan insiden yang menyebabkan kulitnya terbakar.
Mangsa yang dikenali sebagai Inazalina Zalina bercerita detik hitam yang berlaku ke atasnya ahad minggu lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian rakannya yang nerupakan seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.
Tanpa sengaja rakannya itu tertumpahkan air panas daripada alat stim muka tepat ke wajah Inazalina.
“Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.
“Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.
“Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.
“Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit,” katanya lagi.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, Inazalina terus menghubungi suaminya untuk ke hospital.
Ads
“Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.
“Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.
“Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah.
“Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.
“Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.
Ads
“Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat,” katanya.
“Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, doktor turut menasibatinya supaya mengelak dari terkena pancaran matahari sekurang-kurangnya sebulan.
” Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.
“Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher,” ujarnya lagi.
Ads
Lebih menyedihkan keadaan wajahnya sedemikian membuatkan anak bongsunya enggan mendekatinya.
“Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.
“Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut,” katanya.
Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
“Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Inazalina bagaimana pun terkilan dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas insiden tersebut.
“Dia hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia hanya cakap sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.
“Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya. Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. ia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya.
Inazalina yang kini masih berada di hospital untuk rawatan berharap semoga semuanya dipermudahkan buatnya.
“Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Ramadan merupakan bulan di mana setiap muslim diberi kesempatan begitu luas untuk beribadah. Malah di bulan mulia ini juga pintu langit dibuka, doa dimakbulkan Allah.
Jadi sebagai ibu dan ayah yang sangat mencintai ahli keluarga, seharusnya jangan pernah lupa untuk berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anak dan seluruh insan yang kita sayangi.
Ramadan bulan yang cukup istimewa. Ini sebagai mana perkongsian daripada ustaz Ebit Lew, ada 2 waktu apabila kita berdoa, Allah akan makbulkan dan oleh itu jangan terlepas berdoa.
Malam ini saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.Terima KasehAllah. SejukRamadhan..
Doa kita makbul…Doa itu ajaib..
2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat. Selepas itu ajak semuanya solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan.
Baca Al-Quran sama-sama.
Setiap ayat kita baca mak ayah kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.
Hadiahkanlah syurga paling tinggi buat mak ayah. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Jikalau orang tahu nilai baca al-Quran sebelum Subuh. Rasanya..Kesannya..Allahuakbar.
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Allah pasti kabulkan.
Teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa.
Ribuan orang berbuka puasa. Kami beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih amalkan sehingga hari ini.
Saya berdoa tapi sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi. Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa. sambil tersedu-sedu.
Malamnya saya tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi saw dan keluarga Nabi saw lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.
Rupanya bila mengalami masalah angin, kembung perut atau sistem pembuangan tak lancar, ia boleh dilegakan dengan amalan minum air rebusan jintan manis. Malah, anda yang nak perut kempis dan juga badan langsing juga boleh cuba kaedah ini.
Petua ini dikongsikan oleh puan Niza Hamid menerusi laman facebooknya.
RAHSIA PERUTT KEMPIS KEKAL LANGSING
Korang jangan pandang sebelah mata si jintan manis ni tau. Banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan badan kita. Kakniz nak kongsi 3 manfaat utama jintan manis untuk perut kempis dan kekal langsing.
Cuci usus
Jintan manis ni herba yang berserat tinggi. Lebih kurang macam pelawas untuk melancarkan proses perkumuhan mencuci usus dari toksib, kotoran dan mendapan degil. Tapi tak la macam julap yang sebabkan cirit birit.
Proses pembuangan lebih santai dan perut pun tak memulas. Sistem metabolism jadi lebih teratur dan semestinya bantu melangsingkan badan. Selera makan pun dapat dikawal dengan mudah.
Atasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis ni bantu rawat masalah ketidakhadaman, radang perutt dan usus dengan cara keluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perutt.
Hasilnya, perutt jadi leper dan kemas.
Bersifat diuretik
Apa yang bagusnya? Bagusnya ialah ia dapat mengeluarkan bendungan air (water retention) dalam badan. Secara tak langsung merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut.
CARA BUAT AIR JINTAN MANIS
1 cawan air panas (pastikan betul-betul panas)
1 sudu makan jintan manis (lalukan air paip sebentar)
Rendam jintan manis selama 30 minit dalam cawan yang bertutup. Setelah agak suam, minum ketika perut kosong sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Lepas seminggu, badan akan rasa lebih ringan dan cergas, sebab angin keluar dan pembuangan lancar. Cubalah! #Share resepi mudah ni ngan kengkawan. Amalkan berjemaah seronok jugak.
Tutup, tunggu hingga suam dan sesuai untuk diminum.
Bila dah suam, jintan manis akan mendap ke bawah
p/s korang minum air ni pastu combine mandi ngan Sabun Zumba. Terbaik la efek dia.
Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.
Gambar sekadar hiasan
Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.
Gambar sekadar hiasan
Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di