Bukan semua orang terpilih untuk memiliki anak istimewa, namun Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir antara salah seorang insan terpilih tersebut.
Berkongsi luahan dalam satu video menerusi laman instagramnya, pelantun lagu Gemuruh ini memberitahu anak ketujuhnya yang baru lahir adalah anak syurga.
“Salah satu benda baru untuk tahun 2022 saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh,. Anak perempuan. Now tiga lelaki dan empat perempuan.
“Kami pilih nama Maryam Tahirah Mohd Faizal. Nama Maryam nama ibu Nabi Isa a.s Manakala Tahirah adalah daripada nama arwah saya. Mohd Tahir yang telah kembali ‘kerahmatullah. Anak saya ini adalah cucu yang arwah ayah tak sabar nak jumpa tapi tak kesampaian.
“Maryam Allah beri yang cukup istimewa buat kami. Dalam kandungan isteri saya, ada beberapa masalah komplikasi . mula-mula masalah jantung kemudian ada masalah campuran darah dan oksigen tak cantik. Memang nak kena buat pembedahan lepas lahir. Jadi kami kena bersedia dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.
Dua komplikasi sah down sindrom
Menurutnya lagi, terdapat komplikasi yang menjurus kepada jawapan si kecil rupa-rupanya down sindrom.
“Beberapa bulan kemudian scan dan ada masalah lain, di mana ada masalah ‘double bubble’ dalam perut yang membuatkan dia bermasalah untuk makan kelak. Bila kaitkan masalah ini dengan komplikasi jantung dan sebagainya, doktor agak berat nak cakap dan minta kami buat pemeriksaan terperinci . Kemungkinan apabila ada dua komplikasi ini anak kami down sindrom.
“Sebulan sebelum due bersalin, doktor sahkan anak kami down sindrom. Saya terima dengan baik dan reda. Tak ada rasa down atau frust kenapa tiba-tiba anak saya down sindrom.
Ads
Alah kurnia anak syurga
Paling meyentuh hatinya apabila sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan dia dan isteri bersyukur miliki anak syurga.
“Apabila diberitahu mengenai berita ini kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak tak sangka jawapan sangat postif dan memberi semangat, ini membuatkan saya sangat bersyukur. Malah ada cakap Allah kurniakan saya anak syurga,membuatkan saya tersentuh dan terpilih diberikan anak istimewa. Ini memberikan saya semangat dan kekuatan buat saya dan isteri.
Kena sangka baik dengan Allah
Justeru, doktor meminta Faizal Tahir untuk memberi perhatian yang lebih memandangkan anaknya ini tidak sama dengan anak-anak yang lain.
‘Doktor pun cakap anak ini tak boleh sama layanan dengan anak-anak lain, dia perlukan perhatian lebih dan benar-benar perlukan saya,. Tetapi di hati saya terdetik sebenarnya, saya yang perlukan anak ini. Untuk saya jadi manusia lebih baik, bersyukur dan perbaiki diri saya sebagai hamba Allah.
Ads
“Benda ini buat saya banyak bersyukur dan Allah hantar ‘benda’ macam ini sebenarnya dengan satu niat yang sangat baik. Kena selalu bersangka baik denganNnya.
“Alhamdulillah, apa yang saya boleh kongsikan melalui pengalaman saya, pada waktu ini saya masih boleh berfikiran positif. Tetapi akan lagi banyak ujian kerana ini baru permulaan. Jadi, banyak benda baru yang akan ajar saya dan sebagai manusia kena banyak belajar. Saya bukan sempurna dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi masih hidup, Allah berikan rezeki dan saya tak boleh putus asa. Kena bersangka baik dengan Allah.
Perkongsian Faizal mendapat reaksi ramai pihak termasuklah rakan selebriti. Cukup menyentuh hati serta satu perkongsian yang cukup hebat. Rata-rata mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan segala urusan.
ctdk Subhanallah… Allahuakhbar… perkongsian yang istimewa & banyak pelajaran ..Hebatnya Mariam .. malaikat kecil kiriman Allah swt
theladyamry Positive motivation to us too Bapak..😍
zllkhaaharrisons Allahu thanks for the sharing. Make me missed my bidadari syurga. Sempat peluk dia beberapa jam cuma selepas dia lahir. Semoga Allah pertemukan semula dgn anak syurga ku. ❤️❤️
riena_yusuf Allahu.. bro, trima kasih atas perkongsian yg menyentuh hati. U did well bro. Ur baby is strong.
zaharra_izmed Masha Allah abg faizal. Ada anak syurga dlm keluarga. Semoga Maryam Thohiroh akan jadi asbab utk ibu ayahnya, keluarga ke syurga. ❤️😍 Thank u for positive sharing pagi jumaat
wiwinruslan Alhamdulillah… Masha Allah.. Kite tau boss n kak anem kuat.. My son autism.. Kite geng laaa.. Yeayyy.. Assalamualaikum Maryam Tahirah ❤️
nurin_irdina_86 Buat ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa..ketahuilah,anak istimewa tu dah dapat “Kunci untuk ke syurga,tunggu nak buka je”..beruntungnya kalian sebagai ibu bapa dan penjaga yang menjaga mereka..moga Allah terus merahmati kalian..
mid_benzee anak special, keguguran.. smua tu anak2 syurga. The best ticket that Allah bagi untk org2 yang terpilih. Dugaan dunia mmg akn penat skit tpi di akhirat diorang la yg akn tunggu dkat syurga.. tahniah bang..
Perasan tak, bila anak menagis sahaja mulalah kita minta anak segera berhenti menangis. Terasa rimas mendengar rengekan tersebut. Apatah lagi kalau anak-anak ini mengambil masa yang lama untuk kembali diam semula, boleh hilang sabar juga dibuatnya.
Pun begitu, ada baiknya sebagai ibu ayah kita cuba fahami dan selami perkongsian daripada seorang ibu bergelar doktor ini yang nyata ada kewajaran setiap apa yang dikongsikannya itu. Semoga dengan ini menjadikan kita sebagai ibu yang lebih matang dan bijak berdepan dengan situasi anak yang menangis.
“SATU KISAH, KENAPA SAYA TIDAK LAGI MEMAKSA ANAK BERHENTI MENANGIS”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Adakah situasi ini selalu berlaku dalam kehidupan seharian anda? Anak tiba-tiba menangis disebabkan sesuatu, dan ayat yang selalunya keluar dari mulut kita ialah, “Kenapa ni? Janganlah menangis”
Kata kita kepada anak dengan harapan mereka berhenti menangis supaya kerenahnya itu tidak memeningkan kepala kita.
Itu salah satu sebabnya. Tapi, yang sebenarnya, saya tidak mahu anak terbawa-bawa dengan emosi sedih. Apatah lagi jika punca anak menangis itu hanyalah perkara remeh-temeh; pencil patah, ais krim sudah habis, atau digigit nyamuk. Saya fikir, ‘takkan itu pun nak menangis beriya macam baru patah kaki’
Tapi, most of the time, anak tetap juga menangis. Saya pula akan cakap “Dahla jangan menangis lagi” dengan suara yang semakin tegas, semakin tinggi. Seolahnya kuota kesabaran saya sudah semakin menipis.
Waktu itu kita terbayang kalaulah ada butang ‘stop crying’ yang boleh membuat anak secara automatik berhenti menangis, kita ingin sangat tekan butang itu supaya selesai masalah.
Bukan apa, kadang pada waktu yang sama itulah kita ada banyak kerja perlu dilakukan. Jadi, ikutkan hati mahu saja cakap ‘Yaya, mama ada banyak kerja nak buat ni. Jangan mengada-ngada nak menangis bagai ni boleh tak?’
Mujur selalunya saya hanya mengatakannya di dalam hati dan diterjemah kepada riak wajah mama yang mula berubah menjadi singa jadian hehe.
Berharap Tak Menangis
Kadang kita sendiri sudah kepenatan sehinggakan tiada lagi baki tenaga untuk melayan karenah anak yang menangis merengek tanpa sebab yang kita rasakan perlu untuk mereka menangis. Stop crying please and just let me have some rest, will ya?
Ya, kita selalunya berharap agar anak segera berhenti menangis. Atau paling mudah, tidak perlulah menangis. ‘Benda kecil pun nak menangis’ geram kita di dalam hati.
Jika anda juga selalu mengalami situasi yang sama, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yang telah banyak mengubah reaksi saya apabila anak menangis.
Sebenarnya, ini bukan soal mengubah reaksi semata-mata. Tetapi yang lebih penting, di sebaliknya ada pelajaran berharga yang saya amat bersyukur bila Allah mendidik saya. Saya kongsikannya di sini, mudah-mudahan kebaikannya dapat dimanfaatkan bersama.
Ceritanya begini:
Suatu hari, yaya dimarahi oleh babahnya di ruang tamu di tingkat bawah. Saya yang pada waktu tersebut berada di tingkat atas tidak pasti apakah kesalahan yang dilakukan yaya, namun mengagak yang mungkin kesalahan itu agak besar di pandangan ayahnya sehingga marahnya kedengaran begitu tegas. Seorang ayah yang ingin mendidik anaknya, memang adakalanya perlu menggunakan ketegasan dalam nadanya agar anak tahu yang ‘babah tak main-main. Babah serius dengan apa yang babah tegur ini’.
Tertanya-tanya apakah yang berlaku, saya terus curi-curi lihat dari tangga rumah. Namun satu perkara yang pelik pada pandangan mata saya ialah, saya lihat yaya tidak menangis sedikit pun walau dimarahi dengan sebegitu tegas oleh ayahnya. Ia hanya diam membatukan diri dan sesekali meminta maaf dengan mata yang hanya memandang lantai.
“Entah kenapa, hati saya rasa tidak enak.”
Sebab selalunya kalau dimarahi sedikit pun dia akan menangis teresak-esak ibarat baru saja kehilangan kucing kesayangan.
Tapi, kali ini ia tidak menangis?
‘Eh, kenapa ni?’ saya tertanya-tanya dalam hati. Tidak senang duduk saya dibuatnya bila melihat perangai pelik yaya kali ini.
Malah sebenarnya saya juga menjadi pelik. Sebab selalunya saya yang akan meminta yaya agar jangan menangis atau berhenti menangis. Tapi kali ini saya pula yang berasa tidak gembira, tidak senang duduk apabila yaya tidak menangis.
Entah kenapa, terdetik dalam hati saya ‘macam ada something wrong somewhere’.
Jadi, bila saya nampak yaya masuk ke biliknya sesudah ditegur oleh babah, tidak lama selepas itu saya mengetuk pintu biliknya. Saya buka dan saya masuk. Dan saya lihat yaya sedang berdiri di satu sudut di dalam bilik tersebut, tanpa berbuat apa-apa.
Menangis tidak. Buat apa-apa pun tidak. Hanya diam membantu.
Saya lihat wajahnya. Tiada air mata. Namun riak yang ditunjukkan membuatkan tiba-tiba, ya Allah, hati seorang mama ini rasa ingin menangis. Saya terus mendakapnya sekuat hati. Ia masih diam membisu. Membatu. Saya terus memeluknya, kali ini lebih erat.
Tuan-puan, apa yang terjadi selepas itu saya takkan mampu lupa.
“Yaya tiba-tiba menangis semahu-mahunya. Ia seolah-olah melepaskan segala rasa.”
Kelopak matanya umpama sebuah empangan yang sebelumnya begitu menahan air mata dari jatuh, namun akhirnya empangan itu pecah dan air jatuh melimpah ruah tidak tertahan lagi.
Allahuakbar, kenapa ni sayang? Kenapa ni?
Saya terus memeluknya, dan kali ini tuan-puan, saya membiarkan dan membenarkan yaya menangis.
Menangislah sayang.
Now I know the importance of letting you cry.
So just cry, it’s okay.
I am here.
Allahuakbar, pilunya hati saya. Ia masih terasa sampai ke saat saya menulis kisah ini.
Hati saya pilu sangat, sebab satu saja yang saya terfikir saat itu. Kalaulah saya tidak datang kepadanya, tidak memeluknya, dan tidak membenarkan air mata itu untuk mengalir, apa akan jadi pada yaya?
Itu saja saya fikir, apa akan jadi pada yaya?
Perasaan apakah yang akan terus dirasainya namun tidak dilepaskan sehingga ia membuku, menanah di dalam hati?Ketidakpuasan bagaimanakah yang akan terus menjeruk hatinya di lubuk yang terdalam?
Bagaimanakah besarnya nanti? Adakah masih tercalit rajuk itu malah menjadi kian parah kerana membuku dan bernanah di dalamnya tanpa diubati?
Jika saat ini ia menangis sebegini rupa, seperti tidak mampu untuk berhenti, seperti terlalu berat apa yang ia rasai, namun rasa itu tidak dibenarkan untuk dilepaskan dan diubati, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kesannya pada diri yaya.
Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan saya untuk segera menemuinya. Untuk memeluknya. Untuk tunjukkan kepadanya ‘I care about you, sayang. Are you okay? Tell me’
“Allahuakbar, saat itu saya belajar betapa pentingnya memahami emosi anak.”
Betapa berharganya air mata yang mereka titiskan, kerana ia sebuah perasaan yang terpendam di dalam hati. Rasa yang jika ianya disekat, ia boleh bernanah dan meninggalkan luka yang dalam.
Ya Allah, apa yang saya buat selama ini? Sudahlah anak sedih, saya pula terus memaksanya agar jangan menangis. Berhenti menangis.
Saya tidak perasan yang bila saya buat sebegitu, kesannya sangat besar.
Sebab, the moment I stop her feeling her emotions, I stop her being a human.
Orang yang ada hati. Orang yang mudah simpati dan empati kepada orang lain. Orang yang hatinya lembut dan mudah tersentuh. Orang yang dalam hati ada taman.
Kalau anak tidak membesar dengan hati mulia ini, sebaliknya berhati keras dan tidak kisah perasaan orang sekeliling, sayalah salah satu penyebabnya. Saat saya tidak kisah perasaannya ketika ia merasa sesuatu.
Sepatutnya saya cuba memahami, apa yang anak sedang rasakan. Kenapa anak rasa seperti itu?
Itulah pelajaran berharga yang Allah didik saya hari itu. Apabila saya di sisi yaya saat ia sebenarnya bergelut dengan perasaan yang mencengkam jiwa, bertanya “Are you okay, sayang? Kenapa ni?”, rupanya itulah bahagia.
Bahagia buat yaya kerana merasakan ibunya prihatin dengan perasaannya. Bahagia buat saya kerana dapat menunjukkan yang saya menyayanginya saat ia benar-benar memerlukan kasih sayang itu.
Bahagia.
Saya belajar melalui peristiwa ini bahawa bahagia bukan dirasai ketika anak tidak menangis, tidak banyak karenah. Tapi ia adalah rasa yang menyelinap dalam seluruh jiwa saat kita berada di sisinya, bertanyakan “Are you okay, sayang?”
Tell me. Let me know.
Tanya anak, apakah perasaan mereka?
What do they have got to say?
What do they have in mind?
What do they feel?
Tanya, itulah kata kuncinya.
Tanya, instead of just paksa anak berhenti menangis, berhenti bergaduh, berhenti bercakap.
Saya semakin memahami ini apabila satu hari terbaca sebuah hadis. Cantik sekali mutiara yang dikongsikan di sebalik apa yang baginda Rasul ajarkan ini:
Hasan atau Jabir bin Abdillah berkata, “Saya shalat zhuhur atau „ ashar bersama Rasulullah saw. Selesai salam beliau bersabda kepada kami, „ Tetaplah ditempat kalian!‟ Kemudian beliau bersabda lagi, „ Bejana yang berisi manisan.‟ Kemudian beliau membagikan manisan tersebut sesendok kepada setiap orang yang hadir. Ketika sampai kepadaku (saat itu aku masih anak-anak), beliau memberiku satu sendok kemudian berkata, „ Apakah kamu ingin tambah?‟ „Ya,‟ jawabku.Beliau menambah satu sendok dan berkata kembali,„ Apakah kamu ingin tambah?‟ „Ya,‟ jawabku. Beliau menambah satu sendok lagi dan itu terus dilakukan beliau hingga sampai pada sahabat yang terakhir.” (H.r.Ibnu Abid Dunya)
Walaupun situasi yang disebutkan dalam hadis di atas adalah berlainan dan bukannya berkenaan anak menangis, tapi melalui hadis ini kita dapat melihat betapa prihatinnya Rasulullah apabila baginda bertanya kepada si anak kecil. Baginda tidak mengarahkan begitu begini, sedangkan jika baginda ingin berbuat demikian pastinya boleh saja.
Tapi Rasulullah bertanya, apakah ia mahu tambah?
Seolahnya, betapa pentingnya untuk mengetahui apakah di pemikiran sang anak kecil. Mahukah lagi, atau sudah cukupkah atau bagaimana?
Bertanya, itulah kuncinya.
Allahuakbar, kalau Rasul seorang insan paling mulia saja bertanya kepada anak kecil, kenapa kita begitu ego mahu sentiasa menetapkan terus begitu begini terhadap anak-anak, tanpa bertanyakan apakah perasaan mereka, apakah yang mereka inginkan.
Inilah yang saya ingin kongsikan.
Bila anak menangis, bila anak merengek, bila nampak sesuatu yang tidak kena pada emosi anak, tanya mereka “what’s wrong, sayang?”
Bertanya bukan untuk memarahi atau supaya mereka berhenti menangis. Tetapi untuk memahami perasaan mereka.
“Kenapa sayang mama? Why are you crying?”
Tell me, I want to know what you feel, what you think.
Because it matters to me. Your feeling matters to me.
Dengarkan cerita mereka. Kerana itu adalah sebuah luahan hati. Dan saat kita bersedia mendengarnya, ia difahami oleh anak sebagai sebuah kasih sayang.
Apabila anak ingin meluahkan, bersyukurlah kerana dari situ kita akan lebih memahami anak dan mengetahui lebih banyak tentang mereka.
Dengarkan lalu katakan kepada mereka dengan penuh kasih sayang, “its okay sayang to feel that way. Don’t worry, you’ll be fine. Everything will be okay”
Saya mengaku, sebenarnya tidak mudah untuk melakukan semua ini apatah lagi sekiranya emosi diri sendiri dalam keadaan sekejap rasa ingin marah, sekejap badan terasa begitu penat.
Tapi inilah cara untuk kita menunjukkan kepada anak bahawa hatinya, apa yang dirasai oleh nya begitu penting bagi kita. Penting untuk kita mengetahui dan memahaminya kerana sebenarnya kita mahu menjaga hati tersebut dan itulah tanda kita amat menyayangi mereka.
Jaga hati anak-anak, bukan supaya mereka menjaga hati kita. Tetapi supaya mereka membesar menjadi manusia yang punya hati.
Lebih penting, kita ingin anak tahu, ‘that the world can be really tough on you, but you know what, don’t you ever worry sayang because you always have me’
You can always share with me whatever bothers you.
Pada akhirnya, semuanya ini akan mempengaruhi ‘belief system’ anak-anak kita. Dengan didikan kita yang mengambil tahu perasaan mereka, semoga mereka membesar dengan satu keyakinan bahawa apapun yang terjadi, mereka tetap akan ada insan-insan yang menyayangi mereka, menyokong mereka, bersedia untuk mendengar segala cerita mereka dan orang itu adalah kita, ibu ayah yang amat menyayangi mereka.
It’s all about love.
Besar ertinya, bukan?
Dan ia bermula dengan perkara kecil – bertanyakan anak. Tanya anak, apakah perasaan mereka?
What they have got to say?
What do they have in mind?
What do they feel?
Tanya dan dengarkan cerita mereka, lalu katakan “it’s okay sayang”
“You will be fine”
“Everything will be okay”
Itulah love parenting. Parenting that is full of love.
Lebih banyak tips tentang bagaimana untuk pasakkan love dalam hati anak, ada saya kongsikan secara mendalam dalam buku terbaru saya ‘Love Parenting’. Untuk bantu pembaca mengeratkan hubungan dengan anak supaya anak tahu yang kita amat menyayanginya walaupun ada masanya kita marah, bebel, busy. Agar apapun yang berlaku, kita dan mereka tetap bonding sampai bila-bila.
Sebelum ini, pemilik akaun facebook Kak Chah berkongsi tip bagaimana menggunakan minyak masak terpakai untuk membuatkan pokok mangga subur dan buah lebat sehingga patah dahannya.
Terbaru, dia sekali lagi berkongsi tip yang sama. Namun kali ini, tip tersebut digunapakai oleh anaknya untuk pokok jambu. Ternyata tip tersebut menjadi dan buahnya lebat luar biasa.
Dulu sy pernah post gambar mangga yg lebat sampai patah dahan. Dan sehingga sekarang buahnya masih lebat. Cuma sekarang pokoknya botak sbb contractor TNB terpaksa memotong sebahagian besar dahannya krn terkena wayar letrik.
Kali sy add kisah anak buah saya Radhiha Mohd Ali yg telah menggunakn tips sy gunakn pada pokok jambu dirumahnya. Alhamdulillah, pokok itu berbuah lebat yg luarbiasa dan juga hingga patah dahannya krn menanggung berat buah itu.
Ok, oleh tu saya rasa menggunakan minyak masak terpakai terutama bekas goreng ikan masin, ikan bilis, atau ayam ikan boleh digunakn dgn quantity yg sedikit, akan bermanafaat.
Minyak terpakai ye tuan puan bukan minyak masak. Sbb sy ada tgk byk grup yg repost posting sy dulu mengatakn minyak masak. Fakta tu dah berapa tepat 😬😬
Nisfu sya’ban tahun ini jatuh pada khamis malam jumat, 17 Mac 2022 iaitu hari ini. Umat Islam dinasihati untuk tidak melepaskan peluang, merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, membaca doa nisfu Sya’ban dan lain-lain lagi dengan memanjatkan kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga banyaknya.
Merayakan malam nisfu sya’ban dengan melakukan pelbagai ibadah yang membawa kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah sunat/mustahab hukumnya.
AMALAN MALAM NISFU SYA’BAN
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]
DOA MALAM NISFU SYA’BAN
KEMULIAAN MALAM NISFU SYA’BAN
1. DITURUNKAN KEAMPUNAN
Nabi Muhammad SAW Bersabda: Sesungguhnya Allah memandang hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni mereka kecuali yang musyrik dan pendendam. (Hadits sahih Riwayat Ibnu Majah)
2. DOA DIKABULKAN:
Imam Syafi’i mengatakan: Saya pernah mendengar kabar bahawa Nabi Muhammad SAW mengatakan 5 malam doa tidak ditolak Allah iaitu malam 1 Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidilfitri, malam Aidil Adha dan malam Jumaat.
3. MALAM PENETAPAN NASIB MANUSIA DI LAUHUL MAHFUDZ
Semoga kita sentiasa dalam golongan yang dicintai Allah SWT. Amin…
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.