Kunyit Selain Elok Untuk Penjagaan Dalaman Wanita, Boleh Juga Rawat Masalah Kulit. Ketahui Juga 5 Bahan Yang Lainnya!

Share

Mungkin ramai sudah tahu dan ada yang amalkan bertahun-tahun lamanya dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sebagai salah satu cara untuk mencantikkan kulit wajah.

Pun begitu, pasti ada juga yang kurang arif apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk merawat masalah kecantikan kulit wajah mereka. Untuk  lebih khusus, di sini dijelaskan satu persatu beberapa bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk diamalkan mengikut permasalahan kulit wajah anda. Selamat mencuba.


6 Bahan Yang Boleh Dijumpai Di Dapur Rumah Kita Ini Mampu Mencantikan Kulit Muka

Lemon


Untuk Melembapkan Kulit Muka 

– Sapukan jus lemon yang segar ke seluruh muka dan leher. Biarkan 10 minit. Setelah cukup 10minit, bilas muka dan leher dengan air suam. Kemudian, ambil beberapa hiris timun, dan gosokkan keseluruh wajah. Lakukan setiap hari. Rutin ini boleh membantu melembapkan dan melembutkan kulit muka.

– Satu cara lagi, anda boleh juga campurkan jus lemon dengan 1 atau 2 sudu besar madu. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 ke 20 minit kemudian bilas.

Kunyit


Untuk Pudarkan Jeragat

1 – Campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit bersama jus buah nenas(secukupnya).

– Sapu bancuhan serbuk kunyit + Jus nenas tadi ke muka dan leher.

– Biarkan sehingga ia kering.

– Bilas dengan air suam

*Ulang 2 ke 3 kali seminggu untuk kesan terbaik memudarkan jeragat.

 

Untuk Hilangkan Parut Jerawat

2 – Campurkan serbuk kunyit + tepung kacang kuda (gram flour) + air atau susu.

– Sapukan ke seluruh wajah dan leher

– Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.

– Sambil bilas, urut muka dengan gerakan membulat.

*Lakukan rutin ini seminggu sekali untuk mencerahkan tona kulit dan menghilangkan parut/parut jerawat.

 

Madu


Nak Bagi Kulit Moist

– Ambik je madu dari bekas.

– Sapu kat muka dan biar sehingga kering.

– Dah kering tu, boleh lah bilas dengan air suam.

*Rutin ni akan buatkan kulit muka jadi lembut dan lembap.

 

Aloe vera
Menbantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat

– Ambik je beberapa batang Aloe Vera dan kopekkan sampai nampak isi kat dalam.

– Sapu je direct kat seluruh muka.

– Tunggu sehingga kering barulah bilas dengan air suam.

 

Baking soda


Menbantu masalah jerawat dan jeragat

– Bancuh 1 sudu teh serbuk baking powder bersama 1 sudu teh air biasa atau jus lemon.

– Gosok muka menggunakan campuran tadi untuk membuang kulit mati.

– Setelah itu bilas muka menggunakan air suam.

– Lap muka dengan tuala bersih.

*Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu.

 

Timun


Menyegarkan kulit muka

– Hiris timun membulat.

– Sebelum tidur gosok timun hiris tadi ke seluruh muka. Biarkan semalaman.

– Esok baru bilas.

sumber : Petua Nak Cantik

IKLAN