Kelazimannya semua ibu bapa inginkan anak-anak berjaya. Apabila anak mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, akan dianggap anaknya sudah pandai dan bijaksana. Namun tidak bermakna kegagalan dalam peperiksaan, kehidupannya gagal selama-lamanya.

Hakikatnya sebuah kejayaan itu bukannya mudah untuk dicapai tapi tidak juga mustahil! Ikuti penjelasan Kauselor Berdaftar, Mohammad Afizul Mohammad mengenai peluang kedua buat anak agar mereka yakin diri untuk berjaya.

Sehubungan ini dengan perkataan yang paling tepat adalah sememangnya anak itu boleh menjadi lebih berjaya dengan peluang kedua untuk dirinya membuktikan kecemerlangan.  Namun dengan beberapa perkara yang harus diberi penekanan. Ini kerana anak-anak lepasan SPM yang berjaya juga bukan kayu ukur untuk membuktikan mereka berjaya di masa hadapan.

Bayangkan sahaja senario dunia sekarang yang penuh dengan cabaran dan ledakan pelajar yang cemerlang dengan pelbagai bidang seperti bidang kesenian, teknikal, perniagaan dan sebagainya. Maka dirumuskan senang sahaja, nak berjaya kena buktikan dengan tindakan usaha yang konsisten dalam kehidupan, bukan semata-mata keputusan peperiksaan SPM.

Justeru peluang kedua sentiasa terbentang luas untuk mereka lebih berjaya dari sesiapapun dengan syarat konsisten memperbaiki kelemahan diri dan tunjukkan usaha yang luar biasa bagi menghasilkan kejayaan di masa hadapan. Malah aspek pembinaan sahsiah diri dan disiplin diri juga adalah perlu dititikberatkan untuk kejayaan remaja pada masa depan.

Hala tuju

Kurang Cemerlang Akademik, Tidak Bermakna Tiada Peluang Kedua. Ibu Bapa Tolong Alert Nasihat Kaunselor Ini

Matlamat yang jelas adalah kata kunci bagi tidak mematahkan semangat yang ada. Walaupun keputsan SPM tidak memberangsangkan, ketahuilah dengan adanya matlamat yang benar-benar kukuh, kita mampu mengorak langkah dengan cara yang berbeza. Ketahuilah bahawa untuk capai sesuatu impian banyak cara dan jalannya.

Senang untuk kita fahami analogi ini, untuk sampai ke sesuatu destinasi ada banyak kenderaan yang kita boleh naik sama ada kereta, motosikal, kapal terbang mahupun bot, dan pasti ada banyak pilihan jalan yang boleh kita lalui sama ada makin dekat mahupun makin jauh.

Percaya pada diri sendiri, di luar sana masih banyak cabaran sebenar yang akan kita hadapi, keputusan SPM hanya sebahagian kecil untuk kita melangkah ke dunia realiti, kita yang menentukan dan mengubah nasib kita, bukannya ‘sekeping keputusan peperiksaan’ yang menentukan siapa kita di masa depan kelak. Jatuh sekali tidak bermakna jatuh selama-lamanya. Bangkitkan ‘harimau’ sebenar dalam diri kita agar lebih maju dan sukses berganda.

Kenali kecenderungan anak

IKLAN

Kurang Cemerlang Akademik, Tidak Bermakna Tiada Peluang Kedua. Ibu Bapa Tolong Alert Nasihat Kaunselor Ini

Bagai meneruskan pembelajaran, ibu bapa perlu melakukan sedikit usaha untuk mengetahui apa sebenarnya minat utama dalam diri anak-anak. Sepadankanlah personaliti anak anak dengan minat dan rancangan halatuju kerjaya mereka. Untuk sambung belajar memang mudah, namun untuk mengakhirinya amat banyak cabarannya.

Maka sebelum membuat keputusan untuk menggalakkan anak anak menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang sama ada di IPTA atau IPTS, biarlah kita tentukan dahulu apa sebenarnya kecenderungan anak anak yang lebih menyerlah dan berpotensi.

Petuanya jumpakan anak anak dengan mana mana kaunselor yang berkelayakan untuk mengetahui apa sebenarnya personaliti dan minat anak anak, atau paling mudah layari sahaja internet mengenai bagaimana mahu tentukan minat dan personaliti anak-anak secara umum, mungkin ia boleh menambah sedikit sebanyak pandangan mengenai minat anak-anak.

Begitu juga dengan bidang vokasional, melalui ujian minat dan personaliti tadi mampu disepadankan anak-anak ke bidang yang sebetulnya. Ketahuilah untuk berjaya sebenarnya senang jika betul caranya dan betul jalannya.

Motivasi diri

IKLAN

Kurang Cemerlang Akademik, Tidak Bermakna Tiada Peluang Kedua. Ibu Bapa Tolong Alert Nasihat Kaunselor Ini

Motivasi ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita boleh jadi bermotivasi tinggi dan kadang-kadang kita boleh jatuh tak bersemangat. Sama juga dengan remaja dalam hidupnya, mereka baru nak bermula menjadi seorang dewasa, maka kenalah lalui zaman remaja dengan baik. Namun nak menjadi orang dewasa yang berjaya kenalah menjadi remaja yang baik.

Siapa kita akan datang ditentukan siapa kita dan apa tindakan kita hari ini. Untuk sebab itu remaja haruslah sentiasa bermotivasi bagi membentuk masa depan yang lebih berjaya dalan hidupnya. Sentiasa berdamping dengan orang positif, membaca perkara positif, menhadiri majlis ilmu, belajar dari orang yang sudah berjaya atau berpengalaman dari kita. Keluar dari zon biasa, bergaullah dengan mereka yang lebih berjaya dan lebih bermotivasi bagi mengekalkan dan menambahkan motivasi kita.

Ibu bapa pembakar semangat

Ibu bapa yang hebat adalah ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi pembakar semangat buat anak-anak. Bayangkan sahaja anak-anak tanpa dorongan dari ibu bapa, bagaikan sebuah kapal di lautan tanpa nahkoda.

Justeru sebagai ibu bapa yang prihatin campkkan semula dan lontarkan semangat baru kepada anak-anak lepasan Spm yang kurang memberangsangkan. Halatuju pelajar lepasan spm terlalu luas, bina matlmat yang jelas dan tujulah ke jalan yang terarah kepada kejayaan di masa hadapan.

IKLAN

Andai kata keputusan spm tersebut tidak melayakkan untuk anak anak menyambung di ipta atau ipts, banyak pilihan lain yang boleh diterokai. Namun sebagai ibubapa, ketahuilah hala tuju seorang anak amat penting dengan personaliti anak anak. Personaliti seseorang anak kita mampu merancakkan lagi halatuju masa depan mereka secara lebih lancar atau boleh membantutkan perjalanan masa depan mereka.

Bayangkan sahaja anak anak yang berpersonaliti santai, tidak suka suasana bekerja dalam pejabat atau tidak suka dikongkong, dipksa belajar dalam bidang pengurusan. Personaliti jenis ini lebih sesuai dengan bidang teknikal atau kesenian. Sikap sesetengah ibubapa yang mengambil acuh tak acuh mampu merosakkan perjalanan kerjaya seorang anak. Ingat keputusan SPM bukanlah tiket untuk kita berjaya atau gagal di masa depan.

Lihatlah sendiri berapa ramai yang kita tahu mereka dilur sana amat berjaya dalam bidang masing-masing, namun hakikat sebenar mereka pernah gagal dalam akademik samaada upsr, spm, stpm atau sebagainya. Halatuju baru bermula dengan pemikiran yang baru, maka peranan ibu bapa harus dimainkan bagi memberi semangat dan lontaran ransangan yang mampu membuka minda anak anak kita yang tersekat dgn momokan menakutkan dengan keputusan akademik.

Pentingnya sentiasa keep going beri semangat

Anak remaja kita sedang membesar menjadi manusia yang akan mengambil alih peranan kita kelak, supaya mereka tidak terjatuh dalam lubang yang sama pernah kita lalui maka ibubapa harus sentiasa memberi rangsangan dan semangat untuk terus mekar berjaya dalam pelbagai cara dan rasa.

Sentiasa mengambil tahu seolah kita adalah sahabat mereka, semangat yang kita beri secara tak sedar adalah suntikan utama yang bermula dalam hidup mereka. Semangat yang berterusan ini mampu menyokong mereka menjadi lebih kuat. Peranan ibubapa dalam keluarga adalah sinonim dengan apa yang akan jadi pada anak-anak kelak, maka semangat berterusan yang diberi adalah vitamin kehidupan untuk anak-anak membesar menjadi manusia yang cukup dalam semua aspek psikologi kehidupan bekeluarga.

Sumber: Majalah Keluarga Januari 2019

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI