Memulakan langkah untuk menurunkan berat bedan dan sekali gus mendapatkan berat badan ideal dan kekal awet muda, apa kata anda amalkan minuman kesihatan yang dikongsikan ini.
Penyediaannya cukup mudah dan bolehlah dicuba untuk mendapatkan manfaatnya seperti mana yang dikongsikan oleh wanita ini.
Assalamualaikum semua.
Di hari yang penuh barakah ini saya ingin kongsikan satu petua dan juga menu sihat.
Amalan ini saya gunakan untuk mengurangkan berat badan.
Boleh juga diamal oleh ibu yang selepas melahirkan untuk membanyakkan pengeluaran susu badan.
Ads
Khasiat
🌺Mengatasi sembelit
🌺Megurangkan angin dalam badan
🌺Mengatasi masalah dan
mencantikkan kulit
🌺Mengurangi kadar lemak setelah di amalkan selama 2 minggu
🌺Menguatkan Imunisasi bagi cegah
penyakit
🌺Mengatasi masalah kencing manis
dan menurunkan kadar glukos
🌺Melancarkan perjalanan darah
🌺Rahsia awet muda
BAHAN-BAHAN
Ads
1) Halia
2) Pegaga (bersama akarnya jika ada)
3) Segelas air
4) No sugar!
Semudah A B C kan?
Tapi sangat berkhasiat!
Cara-cara
Blendkan semua bahan,tapis dan minum.
Boleh juga campurkan sedikit madu jika mahu
Ads
Nota: Hampas boleh di buat scrub
Sumber : Azwani Muzammel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kata orang hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Itu jugalah dalam hendak tunaikan keinginan merasai kek yang dimasak sendiri walaupun kelengkapan tidak mencukupi. Pasti selagi ada cara, akan dicuba untuk realisasikan.
Untuk itu, terhasillah eksperimen memasak kek coklat di dalam periuk nasi elektrik sebagaimana yang dilakukan oleh puan Marziah ini.
Ini kaedahnya kalau sesiapa ingin mencuba!
Kek coklat masak guna rice cooker…alhamdulillah menjadi..Tak ade oven? Tak ade pengukus? Tapi teringin nak masak kek coklat..? Cuba guna rice cooker..semua rumah ade rice cooker kan..ni kali kedua masak kek dalam rice cooker..sebelum ni masak kek minyak..menjadi jugak..sedap.
+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali.
+Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
+ Pukul telur hingga kembang..saya guna garfu je…godek-godek dalam bekas… Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur. ( campuran yang dimasak atas dapur) tunggu sejuk or suam-suam sikit.
+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
+ Sapukan marjerin pada periuk nasi..letak adunan tadi dalam periuk nasi..
+ letak periuk nasi yang ada adunan kek coklat dalam rice cooker…on kan plug kemudian tekan butang ke bawah..dalam beberapa minit butang tu akan naik semula…tunggu 10-15 minit tekan semula butang tu…ulang tekan sampai kek masak…saya buat dalam 4,5kli tekan gak..sebab lepas tekan dalam 2,3minit butang akan naik semula..
+ selepas setengah jam..buka penutup dan cucuk kek dengn lidi..kalau masih melekat kek tak masak lagi..tunggu sekejap lagi dan cucuk lagi dengan lidi..saya masak dalam 45 minit dah masak kek tu..
Siapa masih ingat akan Nasi Goreng yang ditumbuk cili kering dan dicampur dengan telur. Sedapnya kan. Inilah resipi legend yang dihidangkan waktu kecil-kecil.
Admin memang cukup suka dengan menu yang satu ni. Cukup simple, semudah ABC tapi sedapnya membuatkan kita menambah bila makan.
Jom ibu-ibu kita kembalikan nostalgia dulu-dulu dengan resipi Nasi Goreng Cili Kering ini, simple je perkongsian dari Julianna Issadella yang berkongsi resipinya melalui page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Hujan2 ni kan sedap jugak makan nasi goreng orang tue2 dlu,zaman arwah tok2 nenek dulu hari2 pun ade suruh buat,wlupun xdak ayam sayur tpi sedap sgt2 walaupun simple.
Ni resepi kami : *BAHAN TUMBUK/KISAR KERING*
*Bawang merah 4biji
*Bawang putih 3biji
*Belacan (atas nsi Byk mne)
*Lada kering
*Udang baring/geragau semangkuk sedang(x letak pun xpe) Cara membuat:
1.tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau
2. Pecahkan telur n kacau
3.masukkan nasi n letak gram,gula,aji sckup rasa.
4.siap untuK dihidangkan
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Namun berdepan dengan rasa sambal yang sama pastinya membuatkan kita bosan malah adakalanya kita sendiri sudah terbiasa dengan rasa sambal itu sendiri. Bagaimana nak jadikan rasa sambal kita lebih sedap dan power?
Petua yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini sedikit berbeza. Ada halia, buah keras dan tak ketinggalan gula melaka. Jom ikut caranya. Nampak macam sedap.
1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Make sure kisar cili yang gelap warnanya..baru menarik. Make sure minyak banyak ya.
2. Aku masukkan beberapa hiris halia. Suka ada after taste halia sikit-sikit.
3. Masukkan belacan. Guna belacan yang busuk-busuk sikit..baru sedap!
4. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan tu. Tumis dalam 20 minit.
5. Check dari semasa ke semasa.
6. Masukkan air asam jawa, aku rasa dalam 4 cawan kecik. Main agak-agak je ni.
7. Masukkan gula melaka, aku guna dua ketul…manis berlemak, tetapi tidak terlalu manis.
8. Masukkan buah keras dalam 2 hingga 3 biji. Tumbuk lumat.
9. Tumis lagi…jangan risau keadaan minyak sebegitu. Main sambal ni, minyak memang kena banyak…nanti boleh buang.
10. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti nak masukkan ikan bilis.
11. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Aku suka bila bawang tu dah transparent..sikit lagi.
12. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas-bilas dulu ok sebelum goreng, nanti masin sangat.
13. Seee…bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari sejak 50 tahun lepas.
14. Setel…masak sambal dalam sejam setengah. 1 jam 30 minit.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.