Sesiapa pun mesti tidak suka kalau lihat dicermin dan nampak kawasan mata semakin hari semakin nampak kesan lingkaran hitam seakan mata panda.
Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini.
Limau Nipis
Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.
Kulit Timun
Ads
Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.
Telur
Ads
Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan telur. Ambil sedikit putih telur an sapukan pada bahagiabn bawah mata. Biarkan hingga ia kering dan kemudian dicuci dengan air bersih.
Ubi Kentang
Ambil sebiji ubi kentang dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian hiris bulat nipis dan tekapkan pada bahagian mata. Biarkan sehingga hilang rasa sejuk atau anggaran 15 minit dan kemudian dicuci bersih.
Ads
Susu
Selain susu diminum, ia juga boleh meredakan kelesuan mata dan menghilangkan kesan ‘mata panda’ dengan cara celupkan 2 keping tisu ke dalam air susu. Kemudian tekapkan di mata selama 20 minit. Lakukan secara rutin untuk kesan yang diingini.
Air sejuk & sudu
Cara ini juga berkesan dan amat mudah. Ambil secawan air sejuk dan rendamkan dengan sudu besi. Kemudian lekapkan pada bahagian mata beberapa kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.
Namun, pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus dan sebagainya, pastikan buah tersebut dicuci dahulu.
Ini kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali. Ini yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman facebooknya.
Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat, dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.
Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.
Jika sediakan minuman dan hidangan di rumah, jangan pula kalian sendiri lupa bersihkan limau kasturi tu sebelum diletak dalam makanan atau minuman. Lebih elok jika selepas beli, cuci dulu siap-siap dan keringkan sebelum simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat.
Selain menyedapkan rasa dalam minuman dan makanan, limau juga memiliki khasiat yang baik:
1. BAIK UNTUK PERUT
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan SEMBELIT. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.
2. PERAWATAN KULIT
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semulajadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.
3. RAWATAN GIGI
Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit, cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. SEMBUHKAN JANGKITAN PADA TEKAK
Limau juga ialah buah yang sangat baik untuk membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya anda boleh berkumur-kumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.
5. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Air limau bekerja baik, ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membamtu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.
6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.
7. MEMBANTU MENYEMBUHKAN GANGGUAN NAFAS
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. MENGUBATI REUMATIK
Limau memiliki sidat deuratik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. MERENDAHKAN SUHU BADAN DAN SELSEMA
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. PEMBERSIH DARAH
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria, dapat diubati dengan air limau keranan ia mempunyai sifat pembersih darah.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut bunyi macam susah je tapi cara membuatnya cukup simple. Cuba pula yang ni untuk buka selera seisi keluarga dengan menu berasaskan kentang. Dah bosan asyik buat kentang putar kan. Mana tahu yang ni boleh jadi menu feveret satu keluarga.
Bagi ibu-ibu yang nak cuba sesuatu yang baru untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail .
Cukup mudah dan yang penting sedap. Lagi-lagi kalau anak-anak suka resipi yang mengandungi cheese.
“Na nanti buat lagi kentang macam kamu buat masa birthday mak aritu”
“Ohh mak suka ya kentang tu, nanti Na buat ya”
Menu ni menu kegemaran mak dan juga puteri bongsu. Hahhh semalam sampai 2 kali buat. Satu untuk bawak pergi pot-luck kat ofis. Satu lagi untuk dinner. Semua suka sesangat!
Kalau search kat google, resepi Potato Au Gratin ada memacam version. Tapi dalam beberapa resepi yang kak M dah cuba, recipe dari Chef Laura Vitale ni paling sedap pada tekak kak M. Cukup rasa.
Menu mudah, simple nak buat tapi sangat sedap! Try buat untuk breakfast atau dinner esok mesti anak-anak dan family kat rumah suka dan teruja.
Makan plak panas-panas. Creamy, cheesy and rich!
p/s: Biasala kan amik gambar sesubuh buta semalam, gambar cheese pun tak sempat nak snap. Hadoiiii la.
Resepi Potato Au Gratin
Bahan-bahan:
4 biji kentang, kupas dan hiris nipis.
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar salted butter
250ml susu segar (kak M guna low fat)
200ml whipping cream
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Grated cheddar cheese
Grated mozzarella cheese
Parsley flakes
Lada hitam (kisar)
Garam
Cara membuat:
1) Panaskan oven kepada 180 C.
2) Panaskan butter dalam saucepan, lepas tu masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2 minit.
3) Masukkan susu, whipping cream, bawang putih, lada hitam dan garam. Renih hingga mendidih dan sedikit pekat. Pastikan cukup rasa.
5) Griskan butter pada baking dish.
6) Kemudian susunkan kentang dalam baking dish tadi. Lapisan kedua letakkan pulak bawang yang di potong bulat.
7) Tuangkan separuh dari cream sauce tadi atas kentang.
8. Ulang, susun selapis lagi kentang dan bawang tadi.
9. Tuang baki cream sauce tadi.
10. Tabur mozzarella cheese, cheddar cheese dan parsley flakes.
11. Cover baking dish dengan aluminium foil dan bakar selamat 45 minit.
12. Buka aluminum foil dan bakar lagi 15 minit hingga menggelegak dan kuning keemasan.
13. Siappppp!
#kakMmasak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.