Kurangkan Kesan ‘Mata Panda’ Dengan Trik Dari Bahan Dapur!

Share

Sesiapa pun mesti tidak suka kalau lihat dicermin dan nampak kawasan mata semakin hari semakin nampak kesan lingkaran hitam seakan mata panda.

Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini.

 

Limau Nipis

Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.

Kulit Timun 

Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.

 

Telur

Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan telur. Ambil sedikit  putih telur an sapukan pada bahagiabn bawah mata. Biarkan hingga ia kering dan kemudian dicuci dengan air bersih.

Ubi Kentang

Ambil sebiji ubi kentang dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian hiris bulat nipis dan tekapkan pada bahagian mata. Biarkan sehingga hilang rasa sejuk atau anggaran 15 minit dan kemudian dicuci bersih.

Susu

Selain susu diminum, ia juga boleh meredakan kelesuan mata dan menghilangkan kesan ‘mata panda’ dengan cara celupkan 2 keping tisu ke dalam air susu. Kemudian tekapkan di mata selama 20 minit. Lakukan secara rutin untuk kesan yang diingini.

Air sejuk & sudu

Cara ini juga berkesan dan amat mudah. Ambil secawan air sejuk dan rendamkan dengan sudu besi. Kemudian lekapkan pada bahagian mata beberapa kali.

 

IKLAN