Perkongsian daripada ibu kepada 3 orang anak ini diharapkan dapat memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menurunkan berat badan. Siapa sangka dengan amalkan pengambilan air yang banyak boleh membantu untuk dirinya kini tampil dengan berat badan ideal. Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.

Asalamualaikum korang. Ok sape nampak mak berbeza belanja mak satu emoji. Tag kan kawan korang yang diet ambik ubat entah apa-apa. Buat bazir je.

Mari baca sikit ilmu sebelum start diet
Permulaan diet mak selain tinggal kan air manis, mak banyak minum air kosong. Korang kena bersahabat dengan air kosong dan tandas, permulaan mak cuma minum 4 botol air mineral kecik tu berhenti pada pukul 9 malam.

Dan naikkan lagi ikut besar mana badan. Di komen ade rujukan kiraan die ye.Dan Selain bagus untuk penghadaman dan organ badan air kosong sangat bagus untuk kulit. Buah dan air kosong akan menjadikan kulit bersih sebab toksin dan kotoran keluar dari air kencing.ha gichewkan mudah tu tak yah beli barang pelik-pelik mudah nye nak cantik air kosong tu free je pun boleh je minum air sejuk dari peti cuma elak kan ais batu. Mak tinggalkan air batu lama dalam 5 bulan hasilnya perut flat dan tak boncet. Dan bagusnya perhatikan air kencing pada 3 hari pertama kuning selepas itu ia jadi jernih.

CARA MUDAH MINUM AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS BUKAN MITOS

IKLAN
Kurus Dengan Minum Air Masak, Ibu Ni Dah Buktikan Memang Menjadi!
Gambar ini diambil pada 2017.

Dan ini gambar terkini bersama anak-anak di lokasi yang sama.

Kurus Dengan Minum Air Masak, Ibu Ni Dah Buktikan Memang Menjadi!

Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?

IKLAN

Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan baik

Azlina – berat 65 kg
1 liter =25kg
jadi Azlina perlu minum 2.5liter sehari sekurang-kurangnya. Bukanlah sampai paksa diri. Ini melatih kita cintakan air kosong.

IKLAN

Berapa berat anda?
Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = )

Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20 minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.

1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
3- Bawa botol air ke mana saja dan tandakan waktu anda perlu minum.
4- Minum menggunakan straw.
5- bagi yang susah minum air kosong begitu saja boleh perah kan sikit lemon atau hirisan lemon bagi kurang kan rasa loyaKurus Dengan Minum Air Masak, Ibu Ni Dah Buktikan Memang Menjadi!

sumber : Azlina Ina Fans

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI