Bersenam adalah aktiviti yang harus diamalkan oleh kita semua untuk kekal aktif, cergas dan sihat tubuh badan. Jadi buat yang baru hendak membiasakan rutin bersenam ini, mari kita lihat perkongsian doktor ini yang turut menyenaraikan beberapa tip senaman untuk dijadikan panduan. Jom semak.
TIPS BERSENAM UNTUK KURUS DAN SIHAT Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga pergi ke gym dekat rumah buat kali ke-3 sejak pindah ke Shah Alam setahun yang lalu.. biasanya bersenam curi-curi saja 10-15 minit setiap hari di tempat kerja atau sebelum sarapan. Kali ni membulatkan tekad pakai seluar slack berkilat dan kasut kasual pun hantam gym juga hehe..
Okay ni nak kongsikan sedikit tips bersenam untuk kurus, dan juga untuk kesihatan: 1) Pernafasan
Ini teknik pernafasan power yang sangat efektif untuk tingkatkan prestasi dan ketahanan. Dalam posisi duduk, Tarik nafas sedikit dalam dan hembus. Ulang secara berterusan 30-50kali. Anda mungkin akan sedikit mamai, kebas-kebas atau mengantuk. Ianya perkara biasa kerana badan dan otak anda mula tepu dengan oksigen. First timer mungkin juga akan alami keletihan/sakit otot rusuk yang akan hilang selepas sehari dua.
Teknik ini mengoptimakan ruang “dead space” paru-paru serta menyediakan oksigen yang cukup untuk senaman berat yang akan anda lakukan seterusnya. Terima kasih kepada pakcik Wim Hof atas ilmu yang berguna ini.
2) Senaman Untuk Kurus, Sihat dan Awet Muda Ialah “SENAMAN KEKUATAN”
Lupakan senaman aerobic yang lama dan repetition banyak kali. Ia meningkatkan stres badan menyebabkan gangguan kepada keseimbangan badan. Elakkan bersenam melebihi sejam sebaiknya.
Anda seharusnya menumpukan pada senaman intensiti tinggi dalam jangka waktu yang pendek. Kaedah interval HIIT seperti TABATA juga bagus namun saya nasihatkan, yang baru mula boleh cuba kaedah PACE yang lebih mudah dahulu.
Saya biasanya gabungkan senaman kekuatan buat secara interval. Buat 20 ulangan dan rehat 20 saat. Jangan rehat lama-lama, anda akan hilang kelebihan senaman interval dengan rehat yang panjang.
Antara yang saya suka senaman kekuatan+ interval ini kerana lemak bukan sahaja dibakar ketika bersenam tapi juga selepas bersenam malah ketika anda tidur!
Antara kelebihan lain senaman jenis kekuatan:
• Mencegah dan Memulihkan Kekuatan otot: Apabila tua, otot mengecut dan menjadi lemah dan menggigil disebabkan SARKOPENIA. Senaman kekuatan menjana bateri sel (mitokondria) dan stem sel otot yang meningkatkan isipadu dan kekuatan otot. Gigil akan kurang dan badan menjadi lebih stabil.
Ads
• Menguatkan Tulang : Tendon di bahagian sendi akan memberi beban kepada tulang maka ketumpatannya akan meningkat. Senaman kekuatan juga terbukti mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
• Stabilkan GULA DARAH: otot yang besar meningkatkan pengambilan gula dalam darah ke dalam sel. Ya, pesakit kencing manis akan mendapati paras gula menjadi lebih cantik.
• Meningkatkan Tenaga Badan : Seperti yang saya sebutkan, tenaga badan akan meningkat kerana senaman jenis kekuatan menjana bateri sel dengan pesatnya. Di samping itu, metabolism badan dan juga hormone kejantanan(testosterone) anda juga akan meningkat sama.
• Kesihatan Otak: Seperti juga senaman aerobik, senaman kekuatan meningkatkan fokus dan kecerdasan minda. Mengikut kajian, senaman kekuatan juga mencegah penyakit seperti dementia dan kenyanyukan (Alzheimer).
Teringat pula 7 tahun lepas pakcik makcik di Klinik Kesihatan senyum kambing pula bila dinasihatkan angkat berat. Guna botol air mineral 1.5 liter saja tak susah..bersenam ikut kemampuan ya.
3) Fokus Bahagian Senaman
Jika anda bersenam untuk kecantikan (aesthetic),fokus pada otot-otot kecil seperti otot abdomen(perut), biceps dan triceps. Senaman otot perut juga membantu menguatkan otot “core” selain senaman otot belakang, punggung yang meningkat stability badan.
Namun perlu anda ingat, senaman otot kecil tidak akan menampakkan hasil aesthetic sekiranya peratusan lemak badan anda tinggi. Otot six pack anda akan tenggelam di sebalik lautan lemak yang tebal.
Ads
Saya lebih suka buat senaman otot besar dengan senaman seperti push up (pumping) dan juga squat ( free squat atau guna pemberat). Lagi besar otot lagi cepat kurus.. Bagi kaum wanita tak perlu risau otot membesar macam seladang. Hormon testosterone wanita tak cukup tinggi untuk besarkan otot.
4) Waktu Bersenam
Saya suka waktu pagi sebelum sarapan. Ataupun waktu sebelum berbuka puasa.
Ini adalah waktu kurang gula dan badan akan bakar lemak dengan pesatnya.
-Perhatian jika anda tidak ketoadaptif (otak mampu menggunakan lemak sebagai tenaga), elakkan senaman berat ketika gula kurang-
Jangan amalkan jika sakit kepala atau ringan kepala, anda mungkin pitam.
Bahkan jika anda jatuh sakit yang teruk, elakkan senaman waktu ini. Berikan rehat yang secukupnya kepada badan anda. Stress kerana sakit akan sebabkan badan anda menyimpan lemak dan air menerusi peningkatan hormone stress(kortisol).
Anda tidak mahu tambahkan stress lagi menerusi bersenam pada waktu sakit.
Ads
5) Pemakanan untuk kurus
Ini saya selalu cerita dalam artikel-artikel lama saya. Kali ni spesifik pemakanan waktu bersenam (macronutrient timing).
Jangan makan sejurus selepas bersenam berat kerana darah akan mengalir banyak ke bahagian otot untuk membekalkan oksigen yang sangat banyak diperlukan selepas bersenam. Kurang pengaliran darah ke sistem pencernaan akan mengakibatkan ketidakhadaman dan mengganggu sistem pencernaan.
Lepas bersenam saya biasa ambil protein senang serap seperti protein whey. Selepas sejam dua makan real food. Waktu paling bagus makan karbohidrat juga ialah selepas sejam dua bersenam. Sekurangnya nasi yang anda makan itu boleh lah digunakan sebagai bahan bakar, bukannya disimpan sebagai lemak.
Dulu-dulu zaman jahilliyah, saya guna protein CASEIN waktu berpuasa atau sebelum tidur. Casein ini bila bercampur dengan asid perut jadi macam ketulan susu dalam perut, susah dicerna dan diserap. Kononnya, slow releasing protein ni baguslah, bekalan protein yang berterusan tak diserap cepat.
Amaran: Protein casein antara makanan paling utama menyebabkan KEROSAKAN USUS selain gluten. Anda berisiko mendapat masalah ketidakhadaman, “angin”, masalah sendi, penyakit alergi,autoimmune dan macam-macam lagi. Selamat tinggal casein.
Baik, jadi sempena tahun baru ni saya ucapkan selamat kurus dan sihat kembali dan sentiasa pada semua pembaca artikel ini. Semoga tips ini sedikit sebanyak akan membantu anda mencapai matlamat bersenam anda insha Allah.
Penjagaan kesihatan dalaman jangan diabaikan jka kita mahu kekal sihat. Pun begitu, ada juga antara kita ambil ringan hal ini dek kerana hanya lebih menumpukan kesihatan dan kecantikan luaran.
Oleh itu, bagaimana sebenarnya amalan penjagaan kesihatan dalaman kita?
Ada orang amalkan pengambilan herba dan sebagainya, namun adalah lebih baik kita ikuti cara yang dikongsikan oleh dr ini bagi memberi fokus dalam menjaga kesihatan hati.
Jom baca perkongsiannya.
Jaga hati, kuasai diri
Berapa umur anda sekarang? 30 tahun? 40 tahun? 50 tahun?
Usia kita boleh nilai sebab kita tahu bila hari jadi kita. Berapa ramai yang pernah terfikir akan usia organ dalaman kita dan fungsinya. Rata-rata kita mungkin tak pernah peduli pun atau dah terlupa. Hanya doktor atau orang kesihatan sahaja yang betul-betul peduli.
Hati, jantung, otak, usus, buah pinggang semua nya penting. Tapi kita susah nak nampak. Kita hanya tahu jaga kebersihan luaran sahaja seperti cuci muka, basuh rambut dan mandi.
Bagaimana pula dengan organ kita? Jatuh hati, jatuh cinta. Senang nak menggambarkan perasaan. Tapi apa sebenarnya fungsi hati kita?
Manfaat hati adalah untuk menawarkan atau untuk mendetoksifikasi racun-racun yang ada dalam tubuh.
Pada waktu 11 malam ke 3 pagi, kilang hati kita tengah sibuk untuk meneutralkan asid dalam badan kita.
Kita sepatutnya berhenti makan pada waktu ini. Kalau kita ingkar, kita akan memaksa sistem kita bekerja dengan lebih keras. Akhirnya bila organ dah tak tahan, ia akan rosak.
Kalau anda terpaksa kerja lebih masa setiap hari, bagaimana anda rasa? Begitu juga dengan organ kita.
Hari ni, mulakan dengan makan pada waktu yang betul. Pastikan kita puasa pada pukul 11 malam ke 3 pagi. Seboleh-bolehnya makan malam sebelum pukul 7 malam. Nikmati perbezaannya.Sooner or later ia akan memberi kesan kepada jantung kita.
Organ sihat, badan lebih cergas. Stamina lebih tinggi dan bertenaga. Fikiran kita juga akan jadi lebih tajam. Paling penting, mudah untuk beribadah.
HATI INI MAHAL BEGITU JUGA JANTUNG KITA JUGA MAHAL
Lindungi jantung anda hari ini dengan RAWATAN ECP
Seperti rawatan Spa1 jam rawatan = Seumpama berlari atas threadmill selama 1 jam
Melembutkan salur darah, mengelakkan arteri menjadi keras.
Mengelakkan salur darah tersumbat
Mencipta laluan salur darah baru
Memperbaiki pengaliran darah
Tidur dengan lebih nyenyak
Meningkatkan stamina
Mencantikkan kulit
Anti – Penuaan
Meningkatkan Longevity
Ekstra info : Rawatan ECP menggunakan mesin khas dengan tiga balutan dibuat pada betis, pergelangan tangan dan bawah pinggang. Menerusinya mesin ini memantau aktiviti jantung dan setiap balutan bertindak balas dengan memberikan isyarat.
Perkongsian dan saranan daripada penceramah bebas, Ustazah Asma Harun berkenaan apa yang dilakukan untuk mengelakkan daripada penularan wabak Covid-19 apabila bertemu dengan orang ramai yang menghadiri ceramahnya, elok juga untuk dijadikan panduan untuk kita semua.
Jom semak apa saranannya.
COVID-19 (Siri 1)
Sekarang menjadi rutin, apabila selesai kuliyah atau ceramah saya akan buat pengumuman, elakkan bersentuhan jika tidak perlu, contohnya bersalaman dan lebih lagi peluk cium pipi. Kita tidak kenal siapa dan datang daripada mana.
Saya juga tidak mahu menjadi penyebab kepada penularan wabak ini. Bayangkan jika ada jemaah yang hadir ada kontak dengan mana² kes, kemudian bersalaman peluk cium dengan saya, kemudian saya pula bersalaman peluk cium pipi dengan lebih ramai yang hadir. Bagaimana kita nak jejak semua kontak ini.
Saya lebih selesa mengangkat tangan di dada sebagai tanda hormat, sayang dan mesra. Cukuplah dengan kita dah saling berkasih sayang di hati walaupun daripada jauh.
Siapa yang sudah biasa, memang daripada sebelum berlaku wabak ini, saya suka berpesan kepada yang ingin bersalam tak perlu berpeluk cium pipi atas banyak faktor, ianya akan mengambil masa yang lama, saya akan lenguh leher bila pusing kiri dan kanan dengan kadar kekerapan beratus kali, mungkin ribu kali dalam satu² sesi, ramai yang gelak bila saya sebut begini kerana mereka juga tahu penat 😊.
Sebenarnya ia lebih kepada faktor kesihatan dan keselamatan, saya sendiri kerap sakit, adalah lebih bimbang jika saya bawa balik penyakit ke rumah sedangkan ada anak kecil. Kekerapan bertemu dengan ratus atau ribu orang dalam sehari, menyebabkan suami saya memberi peringatan dan arahan yang lebih jelas dan ketat demi kebaikan semua.
Saya mohon maaf jika ada yang berkecil hati dengan pengumuman yang selalu dibuat dihujung ceramah atau kuliyah, memang ada yang mengatakan saya sombong dan kurang mesra alam.
Jika ikut sunnah, kita dituntut memberi ucapan salam dan berjabat tangan. Namun memang benar, ada ketikanya Nabi SAW memeluk para Sahabat apabila telah lama tidak bertemu, tetapi ia bukan rutin sepertimana menjadi budaya masyarakat kita hari ini.
Sebenaranya, pesanan ini bukan hanya khusus dalam situasi saya sahaja. Kita semua harus berhati² dalam apa jua keadaan sekarang ini. Sepulang daripada mana² tempat berjumpa orang ramai, maka ambil langkah berjaga².
Berusaha, berhati² dan berdoalah semoga wabak covid-19 boleh dibendung dengan efisien oleh semua pihak. Doakan kesembuhan mereka yang dijangkiti, dan ketenangan semua pihak yang terlibat dengan pesakit.
Ya Allah.. Kami berdosa, kami lemah, kami tiada daya tiada upaya melainkan semuanya datang datang daripadaMu semata. Bantulah kami ya Allah, berilah petunjuk dan pertolongan Mu, semoga kami semua kembali kepadaMu dalam Husnul Khatimah..
Perasan tak kadang-kadang bila ada ahli keluarga kita terjatuh dan mengalami pendarahan, darah yang keluar susah untuk berhenti.Tapi ada juga terjadi, sesetengahnya begitu mudah kering.
Perbezaan cepat atau lambat ini sebenarnya ada kaitannya dengan sel platelet dalam darah kita. Jika kurang itu yang menyebabkan ‘darah cair’.
Namun jika terlalu pekat boleh pula menyebabkan penyakit arteri tersumbat dan sebagainya.Makanya darah tersebut perlu dicairkan untuk pastikan mengalir lancar di dalam tubuh.
Dan ini perkongsian dari seorang saintis buat yang akan menjalani pembedahan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan yang serius. Jom baca moga bermafaat.
KUNYIT DAN BAWANG PUTIH SEBAGAI ‘UBAT’ CAIR DARAH
Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.
Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.
Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.
Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.