Menyimpan duit ada pelbagai cara dan situasi. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Bagi wanita ini, dia menggemari duit RM5. Bahkan, setiap kali nampak duit RM5 pasti disimpannya. Itulah tabiat yang dikongsikan oleh suaminya sendiri. Ini hasil kerja keras isteri saya – “kutipan dari dompet si suami”.
Setahun punya kerja dia dpt kutip RM1050.
Isteri saya ni jenis xleh nmpk duit RM5.
Mesti die terus simpan.
. Walaupun dia amek secara saya sedar dan tak sedar tapi sy x marah pun sbb saya tahu bila sy belanja dia, insyallah Allah murahkan rezeki saya sekeluarga.
.
Jom jadi bijak macam isteri saya
.
P/s : Selamat dia gila simpan RM5,kalau dia gila simpan RM50, mau menitis air mata saya.
Sebagai tanda menghargai pengorbanan isterinya berjuang selama sembilan bulan, personaliti media sosial, Ryan Bakery menghadiahkan beg tangan mewah berjenama buat isterinya sebelum bersalin.
Ryan yang bakal bergelar bapa sedikit masa lagi menghadiahkan beg tangan mewah itu sebagai tanda kasih atas kepayahan isterinya sepanjang hamil.
“Isteri dah tengok beg itu banyak kali dan saya beli tanpa pengetahuannya. Inilah hadiah buat isteri. Pernah juga dia minta barang kemas sebab mengidam tapi saya minta doakan satu hari nanti saya mampu membelinya.
“Sepanjang kehamilan Alhamdulillah isteri tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma pada awalnya sahaja dia ada mengidam teh hijau yang susah nak cari,” katanya.
Bakal bergelar bapa pada Januari ini, Ryan mengakui perasaannya begitu teruja namun turut berdebar menantikan zuriat sulung mereka.
“Perasaan sekarang bercampur gembira dan berdebar.
“Apatah lagi ini anak pertama dan banyak perkara perlu difikirkan
“Ada beberapa tawaran kerja yang sudah disusun sejak awal dan bimbang juga kalau terlalu sibuk dengan tugas di luar sampai tak sempat tengok anak membesar,” katanya berkongsi.
Terdahulu Ryan dan Elyia Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. Pasangan ini dikhabarkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi itu dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja.
Memetik laporan Harian Metro, dia dan ahli keluarga lain bergilir-gilir bagi melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di penjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.
Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi itu dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.
Menurut laporan Harian Metro, dia dan ahli keluarga lain bergilir-gilir bagi melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di penjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.
Malah Zain berkata, dia juga akan membantu dua anak Yasin untuk melawat bapa mereka yang akan diuruskan dalam masa terdekat.
Selain itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman agar dapat menampung kos guaman.
“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.
“Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” ujarnya lagi.
Terdahulu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
“Pandainya anak! Boleh membaca sejak umur lima tahun lagi. Masuk darjah satu pun, dah lancar membaca dan hafal sifir. Sekarang dah besar, keputusan peperiksaan selalu cemerlang dalam kelas!”
Siapa yang tak nak anak pandai dan genius! Ada yang sanggup makan pelbagai makanan tambahan yang dipercayai membantu anak jadi genius sejak hamil lagi. Pengalaman melahirkan bayi pertama sudah tentu ada kelemahan dari segi membesarkan anak sejak bayi lagi. Salah satunya adalah mendidik anak untuk menjadi seorang yang genius.
Ramai ibu bapa ingin memiliki anak yang cerdik. Tapi sejauhmanakah kita memerangsang otak anak sejak kecil lagi. Bagi yang sedang hamil anak kedua atau ketiga masih belum terlambat untuk mendidik anak yang masih bayi untuk menjadi seorang genius. Tak salah mencuba untuk manfaat anak sendiri.
Sebagaimana maklumat ini memberi panduan untuk ibu bapa memilih permainan yang betul untuk membantu stimulasi anak-anak semasa bermain. Jangan beli mainan yang nampak cantik aje tapi tidak ada unsur yang merangsan otak anak.
Ikuti maklumat ini.
5 jenis permainan kena alert
1.Permainan warna hitam dan putih
Bayi masih kecil. Bagi tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya. Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
2.Permainan kain lembut
Anak anda masih kecil. Kulit amat sensitif. Bayi memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.Lebih menarik permainan ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja anda. Bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu.
3.Mainan gantung
Mainan berwarna cerah dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Mainan ini digantung di atas katil bayi atau buai supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
4. Blok warna warni
Permainan blok ini melibatkan kanak-kanak menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap seperti kapal terbang,kereta, bangunan dan sebagainya. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Semasa kanak-kanak ini menyiapkan permainan blok ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Dengan ini, permainan ini dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.
5.Gerakan fizikal
Anda juga perlu mengetahui bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakkan ini mampu merangsang mindannya untuk aktif dan cergas.
Dengan ini bermakna, melatih anak menjadi genius bukan bermula anak itu sudah besar tetapi sejak bayi lagi. Jadi lepas ini, bila ingin membeli barang permainan haruslah cari yang mempunyai ciri-ciri yang merangsang minda anak-anak. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di