Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau waris segera tuntut simpanan sebelum tahun 2025 sebelum wang dipindahkan Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD).
Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka sebelum 31 Mac 2025.
Ads
“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.
“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.
Ads
KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.
UNTUK INFO:
Ads
Seperti yang diumumkan oleh KWSP dalam satu kenyataan media bertarikh 3 November 2016, berkuatkuasa 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam akaun KWSP akan terus menerima bayaran dividen ke atas simpanan tersebut sehingga umur 100 tahun.
Apabila ahli mencapai umur seratus (100) tahun dan tiada permohonan pengeluaran dibuat, kesemua simpanan KWSP ahli akan dipindahkan ke Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 51A, Akta KWSP 1991.
Bekas suami hidap kanser, Kiah Propa kahwin semula, “Aku nak jaga dia dan bataskan aurat.” Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menjelaskan bahawa sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula denganya.
8 tahun duda ajak aku nikah balik dia tak putus asa….masa tu dia sihat aku tak nak malah aku dah selesa hidup sorang tapi jodoh aku dengan dia ni panjang pulak ….kali ni dia sakit aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan bataskan aurat…nahh jadi pengantin kau duda… permintaan dia sebelum tutup mata katanya….doakan kami…..- tulis Kiah di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Dalam satu perkongsian yang lain, Kiah Propa berkongsi pula sekitar majlis pernikahannya.
Peguam Negara: Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh. Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan bahawa keputusan mendakwa beberapa suspek berkaitan kes buli Zara Qairina Mahathir dibuat selepas meneliti keterangan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Walaupun begitu, identiti mereka yang akan berdepan pertuduhan tidak didedahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-supek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan mahkamah,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada AGC pada pagi tadi untuk tindakan lanjut. Menurut beliau, kertas siasatan itu diserahkan selepas 195 orang saksi selesai dirakam keterangan.
Pada hari yang sama, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues akan berlangsung bulan depan bagi meneliti sama ada terdapat unsur jenayah di sebalik kematian Zara Qairina. Inkues itu diadakan atas arahan AGC selepas menerima laporan siasatan daripada PDRM.
Beberapa hari sebelumnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar mendedahkan hasil siasatan pasukan petugas khas menunjukkan wujud elemen buli sebelum kejadian yang menimpa pelajar tersebut. Katanya, dapatan itu dibuat berdasarkan keterangan saksi serta bukti yang diperoleh, dan kes disiasat di bawah Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan.
Pada Khamis lalu, peguam keluarga Zara Qairina turut menggesa supaya AGC mendakwa pihak yang terlibat dalam insiden buli berkenaan, selaras dengan keterangan yang dikumpulkan oleh polis.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Sehari sebelumnya, beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sekitar jam 4 pagi, sebelum dikejarkan ke hospital.
Tragedi tersebut menarik perhatian ramai selepas timbul dakwaan bahawa kematian mangsa ada kaitan dengan kejadian buli melibatkan pelajar senior.
Pada 8 Ogos, AGC mengarahkan proses ekskavasi semula kubur Zara Qairina dijalankan bagi tujuan bedah siasat.
Sehari selepas itu, iaitu pada 9 Ogos, kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk pemeriksaan forensik, sebelum dikebumikan kembali ke tanah perkuburan sama pada awal pagi keesokannya.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.
Seorang penguna facebook Sakinah Hamid berkongsi coretan pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai cikgu Iz sebagai warden di asrama. Katanya ada beberapa perkara penting yang ibu bapa kena faham sebelum buat keputusan hantar anak ke asrama.
Bila dah dewasa barulah mampu luahkan rasa hati seperti kebanyakan yang kita lihat di media sosial hari ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di