Lagu “Justice For Zara” ada yang mula ‘benci,’ lebih baik sedekah Al-Fatihah saja. Kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu dari Sabah, Allahyarham Zara Qairina terus mencuri perhatian rakyat Malaysia. Malah, orang ramai juga berkumpul dalam himpunan solidariti demi menuntut keadilan buat arwah.
Lagu “Justice For Zara” Ada Yang Mula ‘Benci,’ Lebih Baik Sedekah Al-Fatihah Saja
Menariknya, seorang individu telah menghasilkan sebuah lagu berjudul “Justice For Zara” dengan memanfaatkan teknologi AI sebagai penyanyi utama. Lagu itu kini semakin mendapat tempat, bukan sahaja di media sosial malah turut dimainkan di corong radio.
Namun begitu, di sebalik sambutan yang menggalakkan, ada juga suara kurang senang. Beberapa individu meluahkan rasa tidak selesa dengan lagu berkenaan dan menyifatkannya sebagai kurang sesuai.
Menurut mereka, “lagu tersebut terlalu menjengkelkan dan membuatkan mereka mula berasa benci.”
Ads
Ads
Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa tanda solidariti sebenar lebih bermakna jika masyarakat mendoakan kesejahteraan arwah. Bagi mereka, mengalunkan doa atau membaca Al-Fatihah jauh lebih bermanfaat, bukan sahaja untuk Allahyarhamah tetapi juga memberi ganjaran pahala kepada yang mendengar.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kehilangan nyawa dalam kemalangan tragis, manakala lima ahli keluarganya cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, awal pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.56 pagi, di mana Muhammad Al Amin Mohd Adil, yang duduk di tempat penumpang hadapan Toyota Alphard itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kenderaan berkenaan dinaiki mangsa bersama bapanya yang berusia 41 tahun, ibunya (42) dan tiga adiknya berusia 10, lapan dan setahun sembilan bulan.
Pemergian anak kecil ini amat memilukan, apatah lagi ketika dia sedang dalam perjalanan bersama keluarga tercinta.
Katanya lagi, keluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuala Terengganu. Sebaik tiba di lokasi, kenderaan berkenaan dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
“Siasatan mendapati pemandu lori itu memberhentikan kenderaan untuk menukar tayar belakang kiri yang rosak dan kon keselamatan diletakkan di belakang sebagai tanda amaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhammad Al Amin adalah murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Susulan nahas itu, Kim Wai berkata, bapa, ibu dan tiga adik mangsa cedera parah serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
Pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kanak-kanak dilarang sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, bahawa langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.
“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.
Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.
Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.
Sebelum ini, Arab Saudi juga telah mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.
Nahas WCE: Isteri berulang kali minta maaf sebelum hembuskan nafas terakhir. Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas terakhirnya.
Suami mangsa, Mohammad Syuqur Ahmad, 24, berkata, dalam keadaan nazak, isterinya itu berulang kali memohon maaf sebelum dia bertindak menenangkan wanita itu.
Menurut Mohammad Shuqur, sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Acheh di sini, isterinya, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, banyak bersembang sambil meminta maaf dan meminta kirim salam kepada ibunya.
“Dalam masa sama, isteri ada beritahu kalau dia ‘pergi’, biarlah dia pergi bersama Iman (Muhammad Iman Irfan, 15 bulan). Saya hairan dan bertanya kenapa cakap begitu?
“Isteri hanya menjawab ‘mungkin hendak jadi kot’. Saya terdiam dan sambil memandu itu, saya terlihat seperti ada haiwan di tengah jalan dan saya cuba mengelak dan selepas itu saya tidak ingat apa-apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Seri Manjung di sini.
Mohammad Shuqur yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sebaik tersedar dia mendapatkan isterinya yang dalam keadaan nazak dan sempat bisikkan dua kalimah syahadah.
“Dalam keadaan nazak, isteri tidak putus-putus meminta maaf, saya minta dia bersabar sebelum tiba-tiba dia senyap.
“Anak sulung (Muhammad Alif Sufi, 3) masa itu menangis peluk saya. Saya jadi kosong tidak tahu apa-apa kerana kejadian berlaku sangat pantas,” katanya.
Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sekeluarga bercadang untuk sarapan bersama di sebuah restoran 24 jam di Ayer Tawar selepas mengambil lori majikan yang di parkir di Kampung Acheh.
“Isteri mahu guna kereta jadi dia ikut ambil lori dan saya akan mengikutinya memandu kereta dari belakang untuk berhenti sarapan sebelum dia pulang ke rumah sewa kami dekat Gelung Pepuyu, Bota.
“Ikut perancangan asalnya begitulah tetapi hasrat untuk sarapan sama-sama itulah tidak kesampaian,” katanya.
Mohammad Shuqur berkata, isterinya banyak menunjukkan perubahan apabila kelihatan gembira dan banyak ketawa sepanjang berada di kampungnya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan pada Rabu.
“Isteri sebelum itu memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya dan saya tunaikan hasratnya dengan menggunakan cuti Hari Krismas untuk balik kampung.
“Walaupun sekejap saja mereka bertemu, nampak jelas di wajahnya dia sangat ceria sebelum kami bergerak pulang pada sebelah petang,” katanya.
Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan bayi lelakinya yang berusia 15 bulan, Muhammad Iman Irfan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syuqur yang memandu kereta Perodua Kelisa dan seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Iman Irfan berusia tiga tahun pula cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Kelisa dinaiki empat beranak itu berlaku dipercayai akibat hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Katanya, kemalangan itu mengakibatkan seorang bayi lelaki tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.