Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti kita membanyangkan banyak tarikan dan keindahannya termasuk makanan.
Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Mutiara ini, dikatakan ‘syurga’ makanan.
Selain terkenal enakkan nasi kandar, di Pulau Pinang juga menawarkan pilihan begitu banyak makanan jalanan yang menyelerakan.
Menarik perkongsian akaun Tiktok milik Bella Waverly yang telah berkunjung ke sebuah kedai Mamak yang menghidangkan roti canai, Gemas Road Broathers, Pulau Pinang.
“Wow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii.”
Ads
Apa yang menarik paparan video menyaksikan, seorang kakitangan kedai berkenaan membuat kira-kira untuk bayaran makanan tanpa menggunakan mesin duit. Namun kadang kala memerlukan pertolongan teman sekerja menggunakan kalkulator untuk jumlah bayaran yang besat.
@bellawaverlyWow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii😅
INGATAN YANG KUAT
Malah, lelaki berkenaan kelihatan mempunyai ingatan yang kuat apabila setiap pelanggan akan menyebut makanan yang dimakanan. Manakala dia akan mengira dengan pantas dan laju sambil memejam mata.
Hanya berdiri dan bertanya pelanggan apa yang dimakanan. Lancar, jelas dan yakin. Nyata bukan calang-calang lelaki ini boleh berbuat demikian.
Situasi ini membuatkan ramai pelanggannya terutama pelanggan dari luar Pulau Pinang mengambil video dan gambar di kedai unik itu.
Kecoh sana sini orang bercakap tentang Visa Furada menjadi asbab kita-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.
Menurut laporan BERNAMA, bakal jemaah haji itu dipercayai mengunakan Visa Furada bagi menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Pun begitu, bila timbul isu Visa Furada nyata tidak semua tahu atau biasa dengan istilah tersebut bahkan ada yang seakan ini kali pertama mendengarnya hingga menyebabkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya Visa Furada?
Menurut TH, Visa Furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.
TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah hak mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.
Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan Visa Furada digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.
Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui Visa Furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Menjelaskan lanjut, bagi musim haji 2022, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.
Anda boleh melayari laman web yang disertakan di bawah ini untuk mengetahui senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji
TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam di negara ini.
Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Kes penderaan adik Bella mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Lantaran itu, Tunku Ismail yang peka dengan keadaan menimpa mangsa berkenaan turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) di mahkamah.
Tunku Ismail Dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
Justeru, undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda segera bagi memastikan kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella tidak berulang.
Baru-baru ini satu pertemuan telah diadakan TMJ bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun, Wakil UNICEF, Amanda Bissex dan YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail hari ini di Royal Johor Polo Club.
Dalam pertemuan tersebut, baginda telah mencadangkan 3 langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang.
“Yang pertama adalah membuat Pindaan Perundangan. Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera.
“Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.
“Yang keduanya, dari sudut penguatkuasaan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.
“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha/pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram.
“Selain itu, kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan penglibatan UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum.
“Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” ujarnya lagi.
TMJ juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
Katanya orang lelaki ini ada 3 masa gemuruh dan degupan jantungnya berdebar yang teramat sangat. Pertama ketika waktu hendak berkhatan, kedua ketika ingin melafazkan akad nikah dan ketiga adalah semasa menanti isteri melahirkan anak sulung.
Bercerita tentang detik gemuruh ketika akad nikah diakui memang macam-macam kisahnya dan ada yang lucu dan tak masuk akal pun boleh berlaku.
Dan terbaharu viral di media sosial berkenaan video yang dikongsikan memperlihatkan bakal suami tersebut tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM 500 juta.
Memetik kisah pasangan pengantin tersebut di myMetro, difahamkan pengantin baharu itu yang dikenali sebagai Sameer Danial Nordin ada berkongsi cerita lanjut mengenai hal itu.
“Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya ‘angkuh’… saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
“Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
“Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat ‘gangguan’.
“Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia,” katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
“Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat ‘membahan’ kerana kesilapan yang saya lakukan,” katanya
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...