Pisang goreng memang sajian paling senang nak disediakan buat anak-anak. Pisang yang ranum mekar isinya ini selain boleh dijadikan Pisang Goreng, boleh juga dijadikan cucur. Memang enak, apa lagi di makan ketika masih panas.
Pun begitu, Pisang Goreng yang rangup dan panas memang unik dan berbeza. Anak-anak makan pasti nak lagi. Jadi bagaimana nak jadikan pisang goreng yang kita sediakan sendiri di rumah jadi lebih sedap dan rangup?
Anda bolehlah cuba 5 cara ni kalau nak rasa lebih sedap.
Guna Tepung Pulut
Sebelum ini kita selalunya gunakan tepung beras dalam adunan pisang goreng, apa kata tambahkan sedikit tepung pulut ke dalamnya. Nisbah bancuhannya adalah 3:2 dan campurkan dengan bahan lain seperti telur, garam dan serbuk kunyit. Memang menjadi!
Kapur Masakan
Kapur masakan juga merupakan bahan utama yang sering digunakan oleh peniaga pisang goreng bagi merangupkan pisang goreng. Masukkan sesudu besar kapur masakan ke dalam bancuhan tepung. Pastikan digaul rata dan hasilnya memang rangup. Walaupun dah sejuk, pisang tetap kekal rangup.
Soda Bikarbonat
Selain kapur masakan, soda bikarbonat juga membantu buat pisang goreng lebih sedap dan enak. Ketika membancuh tepung, masukkan sesudu soda bikarbonat dan biarkan sekejap ia mesra. Hasilnya memang wow!
2 Cara Lebih Kreatif
1. Bread Crumbs
Antara cara lain yang dapat menyedap dan merangupkan pisang goreng adalah dengan menambah bread crumb atau serbuk roti. Selepas dibancuh dengan adunan, golekkan pisang ke dalam serbuk roti terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. Nestum
Selain serbuk roti, lakukan cara yang sama tetapi menggunakan kepingan nestum asli. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan
golekkan ke dalam kepingan nestum. Panaskan minyak dan kemudian barulah digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin nak buat sendiri Udang Butter tapi bimbang tak menjadi. Nah cuba resipi yang cukup mudah ini. Bukan sahaja rasanya yang enak dan berlemak dari butter, menu ini pasti menarik selera seisi keluarga.
Caranya cukup simple dan pasti jadi. Jom cuba resipi Creamy Cheezy Butter Prawn hasil perkongsian dari puan Suzana Othman. Selamat mencuba!
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Lihat langkah demi langkah dengan menekan klik pada gambar⬇️⬇️⬇️
Bahan-bahan creamy cheezy sause:
4ulas bawang putih-cincang
4tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Butter
1sk serbuk lada sulah
1sk gula
1sk serbuk pati ayam
4keping cheese (tiada dalam gambar)
Cara membuat:
1kg udang dibersihkan. Taburkan dgn garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
3. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.
6. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
7.Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
8. Dalam mangkuk lain pukul 4butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.
11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.
14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan
Sedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.
Cara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!
Siapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!
LIDAH GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
Lidah lembu
Gula
Halia
Bahan perap:
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kunyit
Garam
Gula
Sedikit tepung jagung
Cara-cara:
Rebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.
Bila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.
Kemudian baru potong mengikut cara masing-masing.
Tumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.
Perap selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Masukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).
Goreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.