Menjadi kelaziman menjadi mak-mak ini suka berkongsi resipi. Begitu juga dengan Kak Koi yang telah berkongsi resipi menyediakan sambal bilis, yang mendapat respon hebat.

Jadi jom kita ketahui apa istimewanya sambal Kak Koi ini. Jom semak.

Assalam semua warga MAHN. Ok rentetan posting semalam dari sahabat Kak Koi Cikgu Zazo Mohammad, tak sangka ramai sangat yang like ramai sangat yang share resepi sambal bilis warisan dari arwah mak mertua Kak Koi.

Sambal Bilis Resipi Mak Mertua, Tawan Selera Anak-anak. Bila Share  Di FB, Dapat Like Luar Biasa!

Orang kampung panggil MAK ANJANG ZAIMAH. Ok dengan ikhlas dan rela hati Kak Koi share ORIGINAL RECEPI untuk panduan semua.

Dulu pernah share resepi ni kat page ni tapi dah bertahun sudah yang anak Kak Koi masak sambal bilis ni. Ramai pangil dia Chef Iyrfan .

Sambal Bilis Resipi Mak Mertua, Tawan Selera Anak-anak. Bila Share  Di FB, Dapat Like Luar Biasa!

Ada yang tanya sambal ni manis ke, gula banyak mana. Gini la senang kan, kita yang masak so kita sendiri yang adjust manis dia, masin dia kan. Tapi wajib dalam resepi ni ada gula karamel dan gula melaka.

1. SAMBAL YANG SEDAP DAN BETUL-BETUL MASAK MESTI WARNA MERAHNYA AGAK PEKAT, BUKAN WARNA MERAH CERAH.

IKLAN

2. SAMBAL MASAK BILA MINYAK NAIK KE ATAS.

3. PERLU RENIHKAN SAMBAL LEPAS DAH MASUK SEMUA BAHAN SEBELUM TUTUP API.

4. PERLU BETUL-BETUL MASAK SUPAYA TAK SAKIT PERUT (mak mertua cakap )

5. SAMBAL BILIS INI BOLEH FROZENKAN DAN TAHAN BERBULAN LAMANYA BILA CUKUP MASAK.

So sape nak resepi ni Kak Koi halalkan dan mohon doakan Kak Koi dipermudahkan segala urusan & murah rezeki yer. Arwah mak mertua Kak Koi memang lejen bab sambal bilis ni. So inilah resepi yang sebenar yer :-

Cili kering dalam 2 genggam
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas besar
– semua ni blend dengan sedikit air & letak sesudu minyak masak –

IKLAN

Lepas tu panaskan minyak sampai keluar asap sikit-sikit. Tumis sesudu gula pasir UNTUK JADIKAN GULA HANGUS / KARAMEL dan terus kacau laju-laju sampai jadi coklat (WARNA KARAMEL), terus masukkn cili blend tadi.

Kacau sampai naik minyak dan garing, masukkan ikan bilis (Kak Koi suka ikan bilis mata biru Sabah..selalu kirim dengan kawan yang balik sana) + bawang besar 2 biji hiris lebar-lebar siket.

Sambal Bilis Resipi Mak Mertua, Tawan Selera Anak-anak. Bila Share  Di FB, Dapat Like Luar Biasa!

#edit IKAN BILIS TAK PERLU GORENG YERR. LEPAS CUCI TU BIAR JE. TUNGGU TURN DIA NAK MASUK DALAM SAMBAL hahahaa. NANTI LEMBUT JE BILIS DOK DENDIAM DALAM SAMBAL TU.

Kacau sampai sebati, masukkn air sama paras dengan ikan bilis dan bawang tadi..kecikkan sikit api biar dia merenih.

Bila nampak dia macam nak mengering siket, masukkn air asam jawa, garam 1 sudu kecil (ikut suka masin), sedikit serbuk perasa (jika suka) serta 1/4 potongan gula melaka atau gula kabung atau gula nise (org kelantan panggil). Sambal perlu manis sikit yer. Klu tk nak manis tu bkn sambal bilis Kak Koi dah hahahaaa. Buh la gula pasir dalam 2 sudu besar atau lebih ikut suka. Tak nak pun takpe. Adjust ikut selera masing-masing.

IKLAN

Sambal Bilis Resipi Mak Mertua, Tawan Selera Anak-anak. Bila Share  Di FB, Dapat Like Luar Biasa!

Kacau lagi sampai semua larut. Ingat masa ni api jangan besar yer. Pastu kalau nampak kering sangat, masukkan siket air panas.. biar dia cam berkuah sikit.

Tunggu sampai naik minyak merah jekk..besarkan api..kacau balikkan..terus tutup api.

Taraaaa..dah siapppp

Sooooooo SELAMAT MENYAMBAL hahha

P/S : Zura, tenkiu sbb up kan sambal bilis koi ni. Kenan sgt aok yak kikiii

Gambar last tu buat sambal ni Sabtu lepas untuk open house kami. Anak-anak pon tak nak sambal lain. Nak sambal arwah Wan dia jugak.

Sumber : Koi Salz Eimas via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI