Bila cuti panjang biasanya kita mak-mak ini makin bersemangat untuk menyedikan menu istimewa untuk dinikmati bersama-sama keluarga tercinta.
Umpamanya menyediakan menu laksam yang bukan sahaja enak malah memenuhi selera untuk dihidang tanpa mengira waktu. Sama ada untuk dihidang ketika menikmati sarapan, mahupun untuk menikmati juadah minum petang.
Menyentuh tentang keenakan hidangan laksam bukan sahaja terletak pada kuahnya yang pekat dan berlemak, malah adunan tepung yang dimasak dan digulung cantik juga turut mempengaruhi kesempurnaan hidangan laksam yang terhidang.
Jadi buat anda yang ingin mengetahui rahsia untuk dapatkan gulungan laksam yang cantik dan berkilat teksturnya, bolehlah ikuti seperti yang dikongsikan oleh Fiza Mh ini.
Menariknya dia juga turut berkongsi cara untuk mendapatkan gulungan yang sama saiz dan laksam nampak berkilat. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
“Flowless teruk guys laksam ni. Sape yg nk cuba, ini resepinya”
1cwn tepung beras cap teratai
1sdm penuh tepung gandung cap ros
21/2 cwn air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)
Ads
Minyak untuk disapu pada pinggan
**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Caranya:-
Langkah 1 : Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.
Ads
Langkah 2 : Bancuh ramuan di atas kacau sampai larut dan jangan bergentel.
Langkah 3 : Curah dalam pinggan yang telah di sapu minyak kemudian kukus 4-5minit. Kalau sudah menggelembung itu tandanya sudah masak. Tunggu sejuk baru gulung ya. Buat sampai habis step ni.
Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.
Sekali sekala mencuba menyediakan menu dari Pantai Timur untuk ahli keluarga mencuba rasa tidak salah kiranya kita sajikan hidangan nan satu ini;Gulai Ikan Ayo . Bukan sahaja mudah disediakan malah kelemakan rasa kuahnya memang istimewa. Enak dimakan bersama nasi panas. Jadi apa kata kita mencuba resipi ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhammad Syazwan Ahamd di fb group MAHN. Jom semak.
Hari tu p kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.
.
Bahan-bahan:
Ikan Ayo Kurik (juga panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Cara Penyediaan :
.
1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
.
3. Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.
.
4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah kesan minyak tak nak tanggal pada bekas makanan terutama bekas plastik memang menyebabkan ibu-ibu pening kepala kan. Walau sudah dicuci derkali-kali namun masih ada kesannya.
Jadi admin nak kongsikan tip dari puan Hafiza Zanuddin ini bagaimana nak hilangkan kesan tersebut hanya dengan menggunakan bahan yang cukup mudah.
Saya just nak share petua saya dapat dari mak cik saya, saya x pasti samada orang dah lama praktik atau saya jer baru tau..
Asalnya mak cik saya bgtau tips ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan..
Rupanyer dlm 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas2 plastik..
Biasanya kalau kita basuh Bekas plastik yang berminyak, mesti susah nak tanggal, lepas basuh pun ada kesan lagi..
Tapi bila guna tips ni memang menjadi..
Sape belum tahu, bleh cuba tau…tips tu bleh klik tgk kat gmbr…
Tip Hilangkan Kesan Minyak
Masuk kan sedikit sabun(tak kisah brand ape pun), lepastu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.
Jadilah yang ni hasil campuran…jangan korang g try rasa guna lidah pulak lepas letak garam tu..saya hampir nak rasa hari tu
Ni lah antara kotoran2 degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas dan jiwa..walaupun dah basuh.
Dalam proses…cuci mcm biasa jer k, tak perlu rendam2..gambar ni nak cerita, memang sgt mudah tanggal..love sangat.
Dah siap…pastu korang bleh la try wat mcm iklan kat tv tu, gesel2 jari kat bekas…serius, siap keluar bunyi tu…
selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan menu untuk seisi keluarga agar dapat menikmati hidangan minum petang kedang kala membuatkan kita buntu juga dalam membuat pilihan. Tidak hanya menu kuih tradisonal seperti kuih talam, lepat, puding atau pilihan bubur dan sebagainya.
Jadi apa kata anda sediakan menu yang berbeza daripada biasa namun cukup ringkas dengan hanya perlu disejukkan di dalam peti ais namun menjanjikan hidangan manisan yang cukup menepati citarasa.
CHEESEKUT COKLAT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1 paket Cream Craker HupSeng (boleh juga guna deluxe cracker)
250gm cream cheese
1 peket Nestum original
1 tin susu cair
1 cawan krimer manis coklat SAJI
1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)
1 sudu kecil esen vanilla
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
CARA-CARA:
1.Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula castor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)
4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.
5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.
6. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.