Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya.
Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Ads
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Ads
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya mudah sahaja kalau nak buat sawi masin atau sawi jeruk ini yang enak dicampurkan dalam pelbagai resipi seperti asam pedas, gulai lemak, tumisan sayur, sup dan sebagainya.
Menariknya bila buat sendiri sawi masin ini bukan sahaja kebersihannya terjamin malah kita juga dapat tentukan pemilihan sawi yang segar.
Jadi buat yang pertama kali teringin mencuba untuk buat sendiri, bolehlah lihat langkah demi langkah di bawah ini.
Bahan-bahan :-
Sawi pahit
Air cucian beras ke 2
Garam
Cara-caranya :-
1) Rendam dengan air garam & cuci dulu sayurnya..
2) Dah tue boleh la jemur…lagi terik matahari lagi bagus…biar sayur jadi layu…
3) Dah layu,boleh ambik dari jemuran & cuci semula sayur…
4) Lumur dengan garam ye…agak-agak je…jangan sikit sangat juga…
5) Masukkan dalam air beras cucian ke 2…
P/s : Ini penting…semalam call mak saya dia cakap sehari lepas buat,kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue…hari-hari buat ye…kalau suka makan pahit-pahit, 3 hari dah boleh makan dah hamchoi…tapi kalau tak nak pahit, dalam seminggu macam tue…hari-hari kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue ye…kalau tak nanti sayur masin tue jadi buruk mak cakap…doakan mak saya murah rezeki & sihat-sihat selalu ye…
Owh ye…ramai tanya nak makan macam mana…
Nie cara saya ye…sebelum tue cuci dulu…hiris nipis-nipis,tumis bawang,cili kemudian masuk sawi jeruk tadi…then last sekali telur…saya tak letak garam dah sebab dah masin kan sayurnya…lepas tue makan dengan nasi panas-panas…adoyaiii…2 – 3 piring juga la makan…
Ada juga buat sup dengan sawi masin nie…ada masuk dalam asam pedas…
sumber ; Ila Suhaili via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makanan pedas pembuka selera. Ibarat makan lauk tak bergaram, demikian perumpamaan yang boleh dikaitkan apabila tiada rasa pedas. Sehinggakan ada yang menggigit cili padi iuntuk menambahkan selera.
Malah, di Malaysia ramai yang terbabit dengan cabaran makan makanan pedas tanpa mengetahui risiko mengundang pada kesihatan masing-masing.
Pedas sebenarnya bukan rasa tetapi kesakitan. Capsaicin juga menyebabkan kerengsaan.
Pengambilan cili yang mengandungi capsaicin boleh menyebabkan inflamasi (radang) dan kerengsaan pada perut serta saluran gastrointestinal manusia.
Jika seseorang telah mempunyai masalah gastritis dan ulser, pengambilan capsaicin akan menyebabkan situasi tersebut bertambah teruk. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan isu ini.
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Ayam Goreng Ala Korea ini pasti menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi peminat cerita Korea. Asyik betul apabila melihat mereka makan terus rasa terliur.
Rahsianya terletak pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Kalau biasa anda membeli untuk menikmatinya, apa kata kali ini buat jer Ayam Goreng Ala Korea sendiri resipi daripada Zurina Zulkefli.
Ayam Goreng Pedas ala Korea Salut Cheese Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
Satu botol yogurt perasa original.
Tepung beras dan tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam.
Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran.
Serbuk Cheese.
Minyak masak.
Cara membuat:
Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
Kemudian masukkan sebotol yogurt.
Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.
Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata. Ayam pedas bersama cheese.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...