Pelakon filem Pendekar Awang serta usahawan berjaya, Fattah Amin memberitahu tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidupnya selain keluarga. Prioriti utama adalah isteri, anak dan keluarga mereka.
Hal ini diakui Fattah melalui sebuah temuramah bersama Pa&Ma ketika ditanyakan apakah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Fattah juga tidak segan untuk berkongsi penghias wallpaper di telefonnya adalah foto Fazura dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
“Sudah tentu keluarga adalah nombor satu bagi saya. Ke mana-mana saya pergi, inilah wallpaper saya. Lama dah gambar ni, Fatima pun masih kecil lagi. Umur dia dalam dua tahun rasanya masa ni. Ini peneman saya, bila saya shooting ke kan, sebab kita kan selalu scroll phone.”
Fattah juga berkongsi bahawa dia dan Fazura akan berusaha sedaya upaya untuk luangkan masa bersama seisi keluarga meskipun kedua-dua mereka sibuk dengan tuntutan kerja.
“Kalau boleh nak buat bersama, kami buat. Contohnya solat. Sibuk macam mana pun kami cuba cari masa untuk makan sekali dan layan anak sama-sama. Itu adalah satu cara untuk eratkan bonding kami sebagai suami isteri..”
Perkongsian Fattah ini sekaligus menjawab spekulasi tidak berasas yang mengatakan pasangan romantis ini mempunyai masalah dengan perkahwinan mereka sejak kebelakangan ini.
Ads
Sekadar info, Fattah telah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Fazura pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikuriakan seorang anak iaitu Fatima yang kini menginjak usia empat tahun.
Bagi yang memelihara kucing, kos menyediakan makanan basah atau wetfood sebenarnya boleh tahan mahal juga.
Lagi pula kalau si bulus kesayangan anda ni tak makan jenis wetfood biasa dan memilih yang mahal.
Setin kecil anggaran RM3 ke atas dan hitungkanlah sendiri jika kucing kita makan setiap hari. Agak banyak kosnya.
Perkongsian beberapa pengguna facebook mengenai cara membuat makanan basah sendiri ini cukup menarik perhatian.
Paling penting cara nak sediakannya cukuplah mudah. Kos pun murah! Jom kita cuba sediakan seperti yang diajar oleh Dino Morissette di facebooknya. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin
2 biji lobak merah
1 cekap bayam
1 peket kecil agar-agar
Caranya:
1. Rebus ikan dan ambil isinya.
2. Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan ke dalam periuk.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masukkan agar-agar.
4. Kacau sampai agar-agar hancur dan tutup api.
5. Apabila dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan mengeras.
6. Biar sejuk seketika kemudian barulah diletakkan dalam peti ais.
Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta
memudahkan kucing untuk makan. Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu. Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ). Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber Facebook: Dino Morissette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ingin diimbau zaman kanak-kanak, mesti ada yang melaluinya betapa kita menunggu hari-hari istimewa untuk ibu ayah bawa kita seisi keluarga menikmati makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Jika bukan untuk ‘makan special’ pada hari ayah mendapat gaji, paling tidak untuk meraikan hari jadi adik beradik. Memang keseronokkannya sukar untuk digambarkan.
Pun begitu, baru-baru ini seorang pemuda berkongsi video di aplikasi Tik Tok yang cukup menyentuh hati netizen hingga meraih 6 juta tontonan.
Anak muda ini dilihat merakam detik bermakna dan manis bersama ibu ayahnya yang sedang menjamu selera di restoran terkenal ayam goreng yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.
Difahamkan, semua itu setelah dia menerima duit upah menanam rumput.
Memetik perkongsiannya bersama mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet itu mengakui terkejut mendapat tahu videonya tular dan meraih perhatian ramai.
Mengambil upah menanam rumput karpet sebagai kerja sampingan
“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.
“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.
“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.
“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.
Raikan Ibu Ayah
Mujibul Talib yang mesra disapa Muji berkata, dia percaya walaupun hidangan itu sudah dianggap mampu milik seiring perubahan zaman tapi dia percaya masih ada lagi keluarga yang menganggapnya makanan mewah dan hanya menikmatinya untuk hari istimewa tertentu.
Bercerita lanjut Muji berkata dia sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah kerja sambilan untuk membelikan KFC untuk ibu bapanya cuma kebetulan ketika video tersebut dimuatnaik, dia baru saja dibayar upah secara tunai dan wang itu digunakan untuk membayar KFC.
Menurut anak bongsu daripada tiga adik beradik ini, segala penat lelah bekerja mencari duit terus hilang setiap kali dia membelanjakannya untuk ibu bapa dan keluarga.
“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.
“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya.
Siapa sangka video berdurasi 15 saat itu mendapat sambutan sehingga ramai yang mendoakan kebaikan kepada pemuda ini.
Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.
Tambah Muji yang menetap di Kota Masai bersama ibu bapanya ini, jika sudah mendirikan rumahtangga kelak, dia tetap sanggup untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan mereka.
“Lepas kahwin nanti pun saya tak akan lupakan ibu bapa. Saya akan tetap bawa ibu bapa pergi makan macam sekarang. Saya pun anak lelaki last dalam keluarga.
“Bagi saya, mak ayah tak ada minta pun spesifik nak apa-apa tapi kita sendiri kena cari sesuatu yang boleh bahagiakan mereka sebab rezeki kita pun berkat daripada doa mak ayah juga.
“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk mak ayah. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena bahagiakan mereka,” ujarnya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menabung ni adalah antara cara untuk displinkan diri untuk menyimpan duit. Selain menyimpan di bank, tentu ada antara kita akan menggunakan tabung tertentu di rumah.
Terdapat pelbagai tempat di rumah dijadikan lokasi untuk menyimpan duit. Ada yang simpan duit celah buku, dalam dinding, bawah lantai kayu,dalam pasu bunga, kotak kasut, tabung besi atau tin kosong.
Namun setiap satu tempat menyimpan tu ada baik buruknya. Sebagaimana perkongsian ini.
Namun tahukah anda bahawa cara menyimpan duit bercampur dengan duit kertas dan syiling boleh menyebabkan duit rosak.
Begitulah yang dialami oleh rakan kepada puan Lily Noorly Mohd Noor. Menerusi facebooknya beliau berkongsi kisah bahawa rakannya kerugian hampir 1 ribu setelah duit disimpan dalam tin rosak kesemuanya.
Moga jadi iktibar supaya memastikan tabung itu sesuai digunakan untuk mengelak duit rosak terutama jika memilih tabung jenis tin atau besi yang mudah berkarat.
Hampir RM1,000 duit rosak, koyak
Allahuakhbar… Sekadar perkongsian bersama 🥺🥺🥺 terjadi pada sahabat baik sendiri… Niat menabung akhirnya leboq macam tu ja… Semua duit2 dia mereput… Qelai… Hancoq bila nak cuba bukak lipatan… Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan… Nak kata apa lg dah kan… Hampir rm1k leboq mcm tu ja… Bwk pi bank x tau la bank nak terima ka dak 😰😰😰 be strong sahabat…
Edit: Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yg share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bwk p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jd mcm ni mmg x akan smpn mcm tu…
FEEDBACK DARIPADA WARGANET
Bagaimana pun setelah perkongsian ini tular ramai warganet telah memberi feedback untuk tindakan yang patut dilakukan yang memberi nasihat kepadanya untuk menukar di bank.
Update 25 Feb 2021…
Terima kasih semua yang memberi pandangan dan apa perlu dibuat jika berlaku perkara macam ni… Alhamdulillah…. Yang sblm ni tak tau jadi dah tau… Terima kasih sahabat2 maya
Edit: Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yg share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bwk p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jd mcm ni mmg x akan smpn mcm tu…
Ramai juga komen yang memaklumkan kemungkinan ada antara duit dimasukkan ke dalam tabung itu basah atau lembab mengakibatkan tin berkarat dan duit mereput