Perasan tak jika kita simpan lebihan kulit popia di dalam peti sejuk untuk jangka masa tertentu lama kelamaan kulit popia tersebut akan keras dan lebih teruk lagi pecah-pecah disebabkan terlalu kering.

Jadi ramai beranggapan kulit popia tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi, dan jawabnya terpaksalah dibuang begitu sahaja. Pun begitu, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk ‘menyelamatkan’ kulit popia tersebut sebagaimana yang dikongsikan oleh Bee Keng di group MAHN.

Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.

Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.

Cara-caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya .. saya ni ada OCD sikit)
**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.

IKLAN

Lama Simpan Kulit Popia Dalam Peti Sejuk, Pasti Keras & Kering. Jangan Buang Tapi Buat Begini Untuk Lembutkannya!
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.

Lama Simpan Kulit Popia Dalam Peti Sejuk, Pasti Keras & Kering. Jangan Buang Tapi Buat Begini Untuk Lembutkannya!
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih …basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.

Lama Simpan Kulit Popia Dalam Peti Sejuk, Pasti Keras & Kering. Jangan Buang Tapi Buat Begini Untuk Lembutkannya!
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.

IKLAN

Nota:
Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.

Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.

Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).

IKLAN

Namun demikian kadang2 kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.

Lama Simpan Kulit Popia Dalam Peti Sejuk, Pasti Keras & Kering. Jangan Buang Tapi Buat Begini Untuk Lembutkannya!
Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng. Selamat mencuba gais.

Sumber : Bee Keng

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI