Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kawal tahap kolesterol
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Ads
Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
Ads
Penyediaan Teh Jintan Manis
Bahan-Bahan
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Cara :
Ads
Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadiRebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari (sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Jika rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (selama 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan berkilo-kilo dari berat badan) cubalah secawan teh jintan manis .
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain itu, Nur Aida juga turut berkongsi tip cara elak serangga perosak. Selamat mencuba!
3 Cara Mudah Tanam Tomato Ceri dan dapat hasil dalam masa 4 bulan
Actly ni pun lambat sebab lambat alih rasanya kalau org lain tanam mesti lagi cpt😍
Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dlm bekas semaian(aida guna container dia je)
Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (actly lupa sedar2 dah bercambah mcm dlm gambar selepas 9 hari.
Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan mcm biasa ke tempat yang sesuai. Aida letak dlm polibeg. Siram pagi dan petang.
====================================
Nota kaki: tomato ni mmg perlu air yang banyak. So siram la 2 atau 3 kali sehari kalau x nnt pokok jadi cpt kering.
Dalam masa 4 bulan ni Aida pun xjaga sangat. siram je kejenya…
Kalau perasan dlm setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ni bawang putih sbb binantang xsuka kan bau dia. Kita xnk ada putih2 bena tu nnt rosak pokok dan daun jadi kecut.
Alangkah seronoknya bila kita memiliki rumah yang selesa untuk seisi keluarga, itu satu keperluan yang perlu kita titikberatkan. Semua orang pasti memasang impian untuk memiliki rumah sendiri, kecil atau besar bukan ukuran selagi ia selesa dan dapat dijadikan tempat berlindung. Rumah adalah satu keperluan dan carilah yang sesuai mengikut bajet yang kita ada. Rumah yang cantik dan selesa, pastinya dengan LBS Bina Group Berhad!
Di LBS Bina Group Berhad, terdapat pelbagai jenis hartanah yang bukan saja mempunyai rekaan dan binaan yang unik tetapi juga mampu milik kerana syarikat ini mensasarkan untuk semua rakyat Malaysia mempunyai rumah sendiri. Bukan itu saja, setiap hartanah yang dibangunkan di LBS mengambil kira keperluan setiap lapisan umur baik pembeli rumah kali pertama mahupun pesara yang ingin membuat pelaburan jangka panjang.
Miliki Rumah Pertama Anda Sekarang
Jangan tunggu lagi, sekiranya anda merancang untuk membeli rumah inilah masanya. Di LBS Bina Group, syarikat ini bukan sahaja mensasarkan rumah berkualiti tinggi tetapi juga mahu mencipta persekitaran di mana keluarga dapat menikmati gaya hidup yang selesa dan menenangkan dalam kawasan kejiranan mereka.
Selain itu juga, projek perumahan di bawah LBS Bina Group juga memenuhi keperluan komuniti dan dibina di lokasi yang strategik dengan akses mudah ke lebuh raya utama. Paling bagus, projek pembangunan rumah syarikat ini juga menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan perkhidmatan yang mudah didapati di kawasan sekitar perumahan.
Paling menarik, setiap kawasan perumahan direka dengan ciri-ciri yang menerapkan keselesaan dan dilengkapi dengan kemudahan yang dapat memperbaiki kualiti hidup penghuninya. Dengan segala kebaikan ini, LBS Bina Groupmenyedari bahawa kemampuan untuk memiliki rumah masih menjadi cabaran utama para pembeli rumah.
Jangan Tunggu Lagi, Ada Peluang Dapat Emas!
Wah, ni memang best! Kalau anda memang sedang mencari kediaman selesa untuk keluarga jangan tunggulagi. Dapatkan rumah menarik dan berkualiti di kawasan strategik dari LBS Bina Group. Tahukah anda, kalau beli rumah dari syarikat ini sekarang anda berpeluang untuk bawa pulang emas. Untung kan?
Kempen ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ mensasarkan pemilikan rumah ketika musim Raya ini dengan memberi peluang kepada bakal pemilik rumah untuk menerima jongkong emas 999.9 di samping pelbagai insentif lain seperti pakej perabot, yuran guaman percuma dan pilihan pembayaran secara fleksibel.
Kempen ini bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2024 denganjumlah keseluruhan RM600,000! Jadi, anda berpeluang untuk beraya di rumah baharu dan berpeluang mendapatkan jongkong emas. Fuyooo! Inilah masanya untuk anda dapatkan rumah idaman dengan pelbagai insentif menarik.
Nak tahu lebih lanjut tentang kempen ini, anda boleh imbas kod QR:
Banyak Manfaat Kalau Beli Sekarang
LBS Bina Group sememangnya pemaju perumahan terkemuka yang berorientasikan komuniti. Syarikat ini mahu setiap pemilik rumah merasa selamat dan ‘lengkap’ dengan kemudahan yang disediakan di dalam mahupun di sekitar kawasan perumahan.
Sekiranya anda memilih untuk membeli rumah di sepanjang kempen raya ini berlangsung, banyakmanfaat lainyang akan diperolehi. Antaranya:
Jadi, jangan tunggu lagi. Jom, beli rumah baru dan raya bergaya dengan emas bernilai RM600,000!
Untuk maklumat lanjut tentang hartanah di LBS Bina Group, layari campaign.lbs.com.my
Tonton video raya LBS Bina Group di sini:
KUCING-TA ABU iklan raya LBS Bina Group Terapkan Elemen Persabahatan & Kasih Sayang
Meriahkan Syawal dengan video raya dari LBS Bina Group! Mengisahkan tentang Afif dan Suri yang bertemu di bazar Ramadan buat pertama kalinya kerana berebut makanan ringan terakhir yang dijual. Rupa-rupanya inilah detik awal bagaimana mereka berdua boleh berkawan baik.
Berlatar belakangkan persekitaran kawasan perumahan LBS Bina Group, plot kisah Suri semakin menarik apabila dia berjumpa dengan seekor kucing yang dinamakan sebagai Abu ketika berjoging sebelum berbuka puasa. Suri mengambil Keputusan untuk memberinya makan serta menjaga Abu. Suatu hari Suri menemui satu tempat perlindungan di taman yang membuatkan Abu rasa selamat dan dekat dengan komuniti di kawasan kejiranan itu.
Tiba-tiba Abu hilang dan Suri mengadu kepada Afif. Rupa-rupanya Afif dan ibunya sukakan kucing dan merekalah yang menjaga Abu kerana sakit. Ketika Afif membawa Suri pulang ke rumah, dia disambut baik oleh ibunya. Suri kemudiannya mengambil Abu semula selepas kucingnya itu pulih tetapi keadaan ini membuatkan ibu Afif merasa sedih.
Ketika hari raya, ibu Afif merasa gembira kerana Suri datang ke rumah mereka dan membawa Abu yang lengkap memakai baju Melayu bersama. Mereka menyambut Aidilfitri dengan meriah dan ternyata pertemuan di bazar Ramadan yang kemudiannya semakin rapat kerana seekor kucing berjaya disusun cantik dalam skrin layar di sekitar kawasan perumahan yang cantik dan menenangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh Fawwaz Johari
[Bil Elektrik Tinggi? Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan, begini caranya…]
Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan. 1. Gunakan teknologi inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda. 3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik:
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi. 4. Menggunakan lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di