Mengemop lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Ads
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Ads
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Ads
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sejak akhir-akhirnya hingga kerajaan mengumumkan PKP seluruh negara,
Apapun COVID-19 is real! Mungkin sebelum ini ada yang kata selamat je jika tak ikut SOP. Tapi mana tahu ada hari-hari anda tidak ‘selamat’.
Begitulah kisah yang diceritakan oleh lelaki ini. Moga jadi iktibar bersama.
Once dah kena, baru datang rasa takut luar biasa dan rasa bersalah! Yup, semalam (7 Mei 2021), selesai sudah saya kuarantin 2 minggu di rumah selepas disahkan positif Covid-19.
Bila mula? Saya pun tak pasti bila mula dan bila kena , tapi mungkin ketika saya dan officemate makan-makan di rumah bos. Yup, masa tu kami pakai mask, tapi tak jaga penjarakan sebab masa makan, mana pakai mask weh! Masa tu, tak saspek apa-apa sebab kami anggap ‘selamat’ sebab selama ni ok je. Inilah permulaan ujian datang apabila kita mula rasa ‘selesa’ dan ‘selamat’ tanpa ada SOP yang betul. Hari makan bersama officemate pada Khamis (22 Apr). Hari mula gejala pada Sabtu malam (24 Apr) lepas berbuka puasa. Nak tambah lagi cuak dan rasa bersalah, sebelum gejala datang, hari Jumaat saya stay di rumah dengan family. Hari Sabtu pagi pula saya keluar memberi agihan sumbangan bawah Jabatan Amal, dan sebelah malam, saya buka puasa dengan family, ada parent sudah berumur 70 sekali , ada anak buah paling muda berumur 8 tahun . Kena ingat, tiada sebarang gejala langsung sehingga Sabtu malam, saya sihat dan bertenaga tanpa sebarang tak sedap badan langsung! SOP pun saya jaga sebaik mungkin apabila di luar. Sabtu malam lepas berbuka, tekak mula rasa kering, ingatkan rasa tekak macam tu sebab bantai air dark chocolate pekat . Sampai dah lewat malam around 10+, kepala rasa pening, tekak makin kering, badan mula rasa tak sedap. Ahad pagi, memang terus ting tong! Badan rasa lemah nak buat apa-apa. Memang habiskan seharian bangun tidur bangun tidur. Macam panda dah rasa. Isnin hari kerja, saya dapat mesej, officemate lain semua keadaan yang sama, demam, pening kepala, bukan seorang, tapi sampai 4 orang! Masa ni dah mula tak sedap hati. Tapi ‘konon’ rasa selamat, kita rehat je kat rumah dan anggap tak ada apa-apa. Selasa makin tak sedap badan dan tak sedap hati, contact kawan yang pernah kena covid, tanya macam mana boleh bermula dan sebagainya, sah, sebiji sama keadaan yang saya dan officemate lalui.
Terus tanpa fikir panjang, petang Selasa tu buat RTK, result POSITIF! Malam tu, buat pula PCR dan arahan office terus tutup dan kuarantin serta merta dibuat kepada semua officemate yang bergejala dan tidak bergejala. Masa ni, saya contact balik dengan semua orang yang saya ingat saya jumpa secara fizikal walaupun mask saya pakai, penjarakan dijaga, tapi tetap saya maklumkan untuk mereka mula kuarantin diri. Mereka ni termasuklah family saya makan sekali, AJK agihan sumbangan yang saya duduk lepak sekali, orang yang saya naik kereta sekali, senang cerita semua orang yang saya boleh akses. Hari Rabu, keluar result PCR, confirm POSITIF. Dan masa tu, dok fikir mereka yang saya kontak rapat. Rasa bersalah sangat sangat! Masa tu, ayah punya ayat paling pedih. “Punyalah berhati-hati kita apabila keluar, last-last anak sendiri jadi punca sampai kepada family,” Dan bertambah lagi tak best, saya dan officemate rupanya 7 orang sah positif. Salah seorang officemate, kena pula pada family lagi 13 orang. Lagi seorang officemate kena pula pada rumah bujang dia lagi 5 orang. Saya pula, kena pada 1 orang AJK yang saya jumpa masa program Sabtu (Mohon doa untuk beliau yang kini berada dalam pantauan di hospital). Rezeki family saya selepas semua buat PCR, semua negatif. So berapa ramai yang kena buat test dalam situasi saya dan officemate yang terlibat? Total staf ada 17 orang wajib buat semua. Pasangan lagi, anak lagi, adik beradik lagi, parent lagi, kawan dan kontak rapat lagi, kalau saya anggarkan, ada lebih 50 orang! Dan bayangkan mereka semua buat RTK yang bernilai around rm100+, dan sebahagian besar daripada mereka buat PCR around rm200+. Nilai test sahaja melebihi 5k oi! Ini pesanan saya buat anda yang masih tak ambil serius bab SOP, mask, sanitizer, dan berdegil (macam saya 🙏) nak buat gathering family, gathering buka puasa, gathering raya nanti dan segala bagai gathering tu! (Termasuklah mereka yang retis, famous dan berjawatan yang acah bagus pergi rentas negeri beli cincau, karpet, buka puasa anak yatim dan tangkap gambar produk etc etc then akal pendek pergi pos di media sosial, lepas tu acah terpaling agama di bulan Ramadan ) 1. Tolong ambil serius bab SOP. Jangan buka mask sekalipun suara slow, panas, berpeluh dan apa jua ketidakselesaan. Jangan buka mask! 2. Sanitize. Bawa sanitizer kecil tu, dan sapu tangan. Kita tak tahu tangan kita ni dah usik virus celah mana. 3. Jangan sentuh/salam orang. Yup, walaupun dengan family, parent, tok imam, cikgu dan sesiapa saja. Ya memang rasa bersalah nak menolak salam, tunggulah rasa bersalah sebab kontak rapat covid, masa tu perasaan bersalah lagi teruk oi! Baik rasa bersalah tolak salam daripada rasa bersalah nak maklumkan kontak rapat covid. 4. Gathering? Tangguh dululahhh. Tapi nak buat juga? Then, SOP ambil serius tahap gaban! Masalahnya SOP tenggelam ke laut, baik tak payah buat! 5. Kalau mula rasa tak sedap badan: Tekak kering? Kepala pening? Demam? Selesema? Batuk? Walaupun sikit, jangan menggatal nak pergi jumpa family lah, kawan lah, then guna ayat “ala, tak ada apa-apa ni, demam biasa je,” please guys! Just don’t. ANGGAP COVID DAHULU bukan lagi anggap demam biasa dahulu. 6. Buat semua, mohon sentiasa doakan mereka yang ditimpa ujian Covid ini cepat sembuh dan baik. 7. CUKUPLAH SALAHKAN ORANG LAIN! Frontliners berhempas pulas nak jaga pesakit yang hadir. Mereka beri yang terbaik. Pakai PPE one whole day. Mereka SETIAP MINIT DI TEMPAT KERJA terdedah dengan covid. Tak macam kita ni. PLEASE MUDAHKAN KERJA MEREKA. Para menteri dan pihak atasan (yang betul-betul buat kerja), mereka pun dilema juga. Kalau buat PKP 1.0, ratusan juta ringgit transaksi sehari akan terhalang (ini saya dengar cerita rakan saya kerja gomen), lagi bertambah teruk ekonomi kita nanti. Dalam masa yang sama, mereka dilema dengan keadaan kebolehjangkitan Covid. Ingat mereka suka jadi bahan makian rakyat kerana PKP ni? Dan ingat kita ni suka maki-maki orang? Tahan nafsu caci maki kita guys! 9. Akhirnya, terima kasih semua frontliners dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses kuarantin dan saya mohon maaf kepada semua yang terlibat juga
“Kerja Rumah Ini Kerja Suami, Bukan Kerja Isteri.” Ceramah Ustaz Tak ‘Real’ Dalam Rumah Tangga Undang Kemarahan.
Semua pasangan yang berkahwin tentunya inginkan bahagian hingga till jannah. Namun untuk harmonikan perhubungan suami isteri perlu ada sikap tolak ansur ketika menguruskan rumah tangga trmasuk hal menguruskan kerja rumah.
Amalan sikap tidak berkira dan toleransi yang tinggi dalam rumah tangga akan menjadikan segala kerja rumah menjadi mudah. Suami isteri saling membantu, ini yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain.
Bagaimanapun kadang kala, baru-baru ini tular mengenai salah faham mengenai peranan suami dan isteri dalam rumah tangga.
Ini diluahkan oleh seorang warganet, menerusi facebook miliknya, Su Han Wen Shu meluahkan rasa tidak puas hati apabila seorang penceramah agama yang bergelar ustaz menjelaskan bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab lelaki bukannya wanita (isteri).
Rentetan daripada luahan itu telah tular sehingga menerima 3 ribu tanda suka dan diulang kongsi lebih seribu kali!
Malah kenyataan ustaz itu yang dianggap tidak ‘real’ dan menimbulkan kekeliruan peranan suami isteri dalam rumah tangga turut mendapat komen-komen daripada warganet lain.
Seterusnya ikuti perkongsiannya. Moga kita muhasabah diri untuk memastikan rumah tangga bahagia mengikut lunas Islam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ustaz-ustaz:
Pagi ceramah kat Kodiang, petang ceramah kat Kluang, esok ceramah kat Sabak Bernam, minggu depan naik kapal terbang, pergi ceramah kat Kundasang;
Ustaz-ustaz sama:
“Kerja rumah ini kerja suami, bukan kerja isteri.”
Dah ustaz-ustaz ini pun sentiasa sibuk outstation, bila masanya mereka buat kerja rumah?
Cakap tak serupa bikin.
Lepas itu bila ceramah ini dikongsi di Facebook, berlambaklah isteri-isteri tak bersyukur tag suami masing-masing.
Kalau suami kau kerja ofis 9 – 6, Isnin sampai Jumaat, cuti Sabtu Ahad, aku fahamlah kalau kau minta suami tolong buat kerja rumah;
Dah ni suami kau kerja kelindan lori, kerja gudang, kerja pemandu lori, kerja construction, kerja angkat buah sawit kat ladang, balik rumah punyalah barai, pun kau nak tag dia kat Facebook, suruh dia buat kerja rumah?
Itu belum lagi suami yang siang kerja ofis, malam meniaga pasar malam; sebelum subuh jual kuih, pukul 9 pagi masuk ofis dan seumpamanya;
Ustaz-ustaz yang ceramah benda macam ini seronoklah, sebab ramai penonton mereka wanita;
Tapi mereka tak fikir kesan pada keluarga dan suami kepada golongan wanita ini yang bekerja keras di luar sana; mereka tak sedar ceramah mereka ini melahirkan golongan isteri yang tak bersyukur dengan pengorbanan suami untuk mencari nafkah.
Ironis juga ustaz-ustaz jenis ini selalu orang puji faqih, tapi tak pernah fikir kesan jangka panjang ceramah-ceramah mengarut mereka. Faqih apa bendanya camtu?
*Aku bukan anti kerja rumah; kat rumah aku jugalah yang jaga anak sakit, cuci pinggan, basuh, jemur lipat baju dan seumpamanya; cuma aku tak suka trend ustaz-ustaz buat ceramah macam ini; ustaz-ustaz ini lupa, bukan semua pekerjaan di luar sana semudah ustaz-ustaz ini yang sekadar berceloteh di Masjid.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.