Siapa tak penat, kalau lantai yang sudah di mop masih tidak berkilat dan kelihatan seperti kotor. Pasti ianya menimbulkan kekecewaan terutamanya bagi surirumah yang sudah seharian menguruskan rumah.
Untuk pengetahuan anda, perkara ini biasanya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles). Walaupun sudah berbagai jenama pencuci digunakan namun hasilkan masih sama.
Terbaharu, satu perkongsian di laman sosial oleh Roz_8492 telah mendapat sambutan ramai. Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini dan malu jika tetamu bertandang ke rumah melihat lantai seperti kotor tidak di mop.
Menurut Roz_8492, cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat, malah tak melekit dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Ads
Roz_8492 telah menunjukkan cara dengan memuatnaik video di laman sosialnya.
Melalui video yang dimuat naik, terdapat tiga bahan dimasukkan ke dalam baldi berisi air panas. 1. Cecair pencuci lantai 2. Cuka 3. Soda bikarbonat
Ads
Cara-cara :
1. Panaskan air dan tuang ke dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (elak berbau masam) dan soda bikarbonat.
3. Basahkan mop dan perah, kemudian anda boleh terus mop lantai seperti biasa sehingga nampak bersih dan berkilat.
Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India jadi ‘wake up call’ lelaki peluk Islam. Kejadian tanah jerlus berhampiran Masjid India, Jumaat lalu menjentik naluri seorang lelaki untuk memeluk Islam.
Lelaki berusia 48 tahun itu didakwa menemui pegawai Islamic Outreach ABIM (IOA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Masjid Negara untuk meluahkan hasratnya menjadi saudara baharu sebelum menitiskan air mata selepas mengucap syahadah.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, lelaki yang terselamat dari terjatuh dalam tanah jerlus menyifatkan kejadian terbabit mempunyai hikmah tersendiri yang membuka pintu hatinya memeluk Islam.
Katanya, lelaki itu hadir secara sukarela dengan ditemani dua kenalannya untuk menjadi saksi pengislamannya yang berlangsung di IOA Centre, Masjid Negara kira-kira 11 pagi, Isnin lalu.
“Sememangnya ABIM aktif menjalankan dakwah dan program untuk pengislaman, namun dalam kes lelaki ini agak unik kerana dia sendiri yang datang kepada pihak kami di Masjid Negara untuk menyatakan hasratnya berhijrah.
“Daripada maklumat diterima, lelaki itu memberitahu pegawai kami, dia sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam kerana sentiasa mengingati pesanan seorang imam yang ditemuinya semasa kecil iaitu jangan makan makanan haram dan tidak bersih serta jangan bercakap buruk tentang agama Islam.
“Namun, menurutnya tanah jerlus di Masjid India menjadi ‘wake up call’ (penyedaran) untuk dia memeluk Islam kerana dia percaya ada hikmahnya, menyebabkan baru kami sedar rupanya dia salah seorang individu yang berada di lokasi kejadian itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai perkongsian tular membabitkan pengislaman salah seorang mangsa kejadian tanah jerlus di Masjid India.
Menurut perkongsian itu, lelaki itu adalah pemuda yang terselamat dari terjatuh dalam tanah jerlus seperti video tular semasa kejadian itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan identiti sebenar lelaki itu atas permintaannya sendiri.
“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.
“Dalam masa sama, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.
“ABIM juga mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT,” katanya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, sekumpulan individu dilihat sedang berjalan di kawasan Masjid India, sebelum salah seorang daripadanya terjatuh ke dalam lubang benam di kawasan itu.
Pihak berkuasa mengesahkan mengesahkan mangsa ialah seorang wanita warga India berusia 48 tahun.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari ketujuh hari ini masih diteruskan dengan menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR).
Sukarnya nak menggosok pakaian jika ada kerak hitam di permukaan seterika anda.
Kerak-kerak hitam ini terjadi apabila sebelum ini anda pernah menggunakannya dalam keadaan yang sangat panas sehingga menyebabkan pakaian anda rosak.
Ada yang cuba menanggalkan kerak-kerak ini dengan cara mengikis namun ianya akan menjadikan permukaan itu semakin rosak.
Dalam perkongsian seorang pemuda bernama Achai Wong, cara yang paling berkesan untuk menghapuskan kotoran itu dan ia boleh dilakukan dengan cepat adalah dengan menggunakan panadol.
Cara-cara:
1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada kesan hitam di permukaan seterika. Guna alat yang sesuai supaya seterika panas tak terkena tangan.
3. Semasa menggosok Panadol, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam itu.
4. Selepas kesan hitam mula tangga, lap permukaan seterika dengan menggunakan kain.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah lain dengan hanya menggunakan garam. Perkongsian ini telah diberikan oleh Lynn Kamil dan mendapat sambutan yang tinggi melalui perkongsiannya.
Cara-cara:
1. Letak garam atas surat khabar.
2. Panaskan seterika.
3. Gosokkan seterika atas garam tadi sampai permukaannya kembali berkilat.
Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.