Lasagna mungkin sedikit ‘renyah’ bagi anda yang pertama kali mencuba menu istimewa dari Itali ini. Namun, sebenarnya ia cukup mudah disediakan. Apa kata untuk minum petang hari ini, anda pikat selera keluarga dengan lasagna Selamat mencuba!
Bahan-bahan
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping cheese keping
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
Ads
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Inti Daging
Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, masak hingga daging empuk.
Ads
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter.
2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
Ads
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun slice cheese ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali tabur grated Mozzarella kat lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur siram di atas roti.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit :
resepi : Blog zonewanita (Mimie Ali)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah angin dalam badan jangan dibuat main. Boleh menyebabkan segala kerja terbantut.
Jom cuba susu halia yang dikongsikan puan Aisyah Badar Bajrai ini. Selain untuk buang angin, ia juga dikatakan baik untuk atasi masalah demam dan tak sedap badan.
Hello hello. Sorry terlambat up petua untuk buang angin. Aisyah kebizian tadi. Okey citer pasal petua angin ni. Sebenarnya petua ni bukan petua baru. Aisyah dah pernah up dulu.
Tapi almaklomlah, budak yang nama Aisyah ni memang suka upgrade resepi. Tu yang ada tambah lagi satu bahan superfood best dalam petua ni.
And Aisyah tak sangka, abah puji petua ni. Abah Aisyah bukan senang nak puji-puji tau. Jadi bila abah puji petua ni bagus, aii is bangga. Hahaha.
Aisyah cakap awal-awal, petua ni guna bahan biasa-biasa jek, tapi kesan dia memang amazing giler. Badan abah Aisyah yang banyak angin tu memang lega sangat sangat lepas minum petua ni.
Ok jom tengok resepi
============================
Bahan bahan
1 cawan susu tepung atau susu segar
1 potong halia (diketuk)
1/2 sdk kayu manis Ceylon (KMC) Cara membuat:
Rebus susu, halia dengan KMC sampai mendidih. Pastu tutup api.
Campur semua bahan ke dalam kole air.
Kemudian masak atas api. Selepas mendidih tutup api itu.
Tapis terlebih dahulu susu tersebut. Mudah nak minum, rasa smooth je masuk tekak.
Tadaaa… dah siap. Susu Halia ni sedap kalau minum panas-panas.
Susu halia KMC ni ada macam-macam khasiat jugak tau. Kalau korang rasa badan tak sedap nak demam pun bagus minum susu ni. Nanti badan terus rasa segar.
Ps: Kalau mengandung KMC tu korang kurangkan atau boleh skip terus.
Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan orang tua di kampung.
Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.
Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Popia Simpul Untuk Mama
Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.
Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.
“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.
Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.
Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.
Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.
Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.
Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.
“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.
Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.
“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.
Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.
Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.
Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.