Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah.
Sebab itu juga masyarakat kini masih gagal menjaga kebersihan, masih membuang sampah merata dan tidak menjaga kebersihan tandas.
Kerana di rumah mereka sendiri, sikap tersebut tidak pernah diamalkan!
Ads
Latih anak untuk melakukan kerja rumah, biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan. Ia juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.
Ads
Ads
Sumber: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau kita amati mak ayah kita taklah bercinta sakan seperti anak muda zaman sekarang ni. Mereka tak pernah kenal siapa bakal suami dan isteri mereka, jauh sekali nak berdating tiap minggu. Tak macam kita sekarang.
Tapi kenapa mak ayah kita boleh kekal bahagia sampai sekarang, malah sweet pulak tu.
Tengok saja PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sampai sekarang pun masih sweet. Contoh terbaik buat anak muda.
Nak tahu kenapa mak ayah kita bertahan kekal bahagia sampai sekarang? Ni pasangan muda kena ambil tahu. Buat bekalan ilmu untuk bahagia.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim.
Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa sedar, kadang-kadang kita berlaku tidak adil, terutama kepada anak sulung.
Mereka sering dipertanggungjawabkan lebih daripada sepatutnya, diminta mengalah, dan dibandingkan dengan adik-adik.
Dalam perkongsian Mohd Fhais Salim, beliau menceritakan beberapa kesilapan mendidik anak sulung yang buat beliau menyesal sampai sekarang:
Anak sulung selalu disuruh mengalah bila bergaduh dengan adik.
Jika ada perselisihan, dia yang selalu kena marah dulu.
Bila anak cuba meluah atau bercerita, kita cepat hentikan tanpa mendengar.
Adik buat salah kita pejam mata, tapi kalau anak sulung yang buat salah, panjang leterannya.
Selalu menangkan adik sebab dia masih kecil.
Bila adik panggil cepat saja kita menyahut, tapi bila anak sulung panggil, lambat kita toleh.
Anak sulung perasan perbezaan layanan kita—”dengan adik cakap lembut, dengan dia garang.”
Tanpa sedar, kita jadi pilih kasih, walaupun cuba berlaku adil.
Kurang memberi pelukan dan sentuhan kerana anggap mereka dah besar, padahal mereka masih memerlukannya.
Selalu harapkan anak sulung buat kerja rumah lebih daripada adik-adik.
Bila mainan bersepah, dia yang disuruh kemas, walaupun yang sepahkan itu adiknya.
Kita hanya manusia biasa, tak terlepas dari kesilapan. Tapi yang penting, kita belajar dan cuba perbaiki.
Anak sulung sebenarnya punya potensi besar jika kita bimbing dengan cara yang betul. Bila anak sulung hebat, adik-adik akan ikut jejaknya, insyaAllah.
Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahu a’lam.
Kredit: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Momen bersama keluarga adalah paling indah untuk di kenang. Lebih manis juga apabila bersama anak-anak.
Begitu yang dipaparkan oleh selebriti popular ini menerusi instagramnya. Buat peminat pasangan selebriti ini, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pastinya anak mereka juga sering mendapat perhatian umum iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sehingga apa sahaja yang dilakukan mereka dan dikongsikan menerusi laman sosial Instagram membuatkan pelbagai reaksi seronok ramai dapat melihat momen keluarga bahagia itu.
Begitu yang dipaparkan menerusi instagram terbaru, Hanis Zalikha berkongsi momen manis bersama anak, Alisa melakukan spa ringkas di rumah.
Gelagat Alisa bagaikan juru terapi menghiburkan warganet. Ikuti lanjut video ini.
Mommy + Daughter fun time bersama Alisa .
Spa time di rumah dengan my mini me @thealisaaisyah , cucumber + must-have masking device UFO dari @foreo_my .
Memang seronok & relaxing DIY spa session ni – sebab bila UFO dah heat up, memang betul rasa macam spa. Hanis pakai dengan moisturizer untuk lock-in moisture bila skin treatment dah complete.
Siapa nak spa session by Alisa – komen 💓 di bawah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.