Ruang laundry kini menjadi satu ruang yang tidak hanya menempatkan mesin basuh semata-mata tanpa diberi sentuhan dekorasi oleh pemilik kediaman.
Bahkan untuk menampakkan ruang mencuci pakaian lebih selesa dan teratur, perletakkan bahan-bahan pencuci pakaian juga turut diberi tumpuan.
Contohnya seperti perkongsian daripada Nadzirah Azlan yang begitu kreatif dan praktikal dalam menghasilkan laundry dispenser dengan menggunakan balang kuih dan kepala paip.
Walaupun menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa sahaja, namun hasilnya memang hebat.
Buat anda yang ingin hasilkan laundry dispenser dengan cara jimat, bolehlah baca perkongsian penuh daripadanya di sini.
Siapa tak kenal dengan minuman berkultur Yakult, lagi-lagi anak kita. Apa yang pasti, minuman Yakult sememangnya merupakan minuman yang berkualiti hasil penemuan Doktor Minoru Shirota. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat.
Tidak dengan itu, turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menghasilkan ramuan yang terbaik untuk dijadikan plant booster dengan kadar kos yang rendah namun hasilnya cukup luar biasa. Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Suhaili di akaun fbnya. Jom semak.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Bahan-bahan:
2 biji telur
sebotol yakult
Cara Penyediaan :
Campurkan yakult 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
2. Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
3. Kemudian spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuba bayangkan betapa enaknya menikmati mangga asam boi yang dibeli. Rasanya masam-masam manis dan bila digigit terasa rangup. Namun pernah tak bila dibuat sendiri, mangga yang dimakan tidaklah serangup dan seenak rasanya bila dibeli.
Kenapa ye?
Ada rahsianya untuk pastikan buah mangga terasa rangup dan ini dikongsikan oleh Faridah my untuk info bersama.
Ini perkongsiannya.
Ada tak hantu @ peminat jeruk mangga asam boi macam sis
Sis nak share resipi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls la ye.
JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP..
*2 biji mangga
*5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
* 3 – 4 sudu makan gula pasir
*5 biji asam boi
*1/4 cawan ais krim soda ( nak buh lebih pun boleh)
Caranya:
1. kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang
3. campurkan semua bahan2 lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Siap.
5. Simpan dlm peti ais..semalaman..
Diakui macam-macam info dan perkongsian boleh kita ketahui dengan adanya kemudahan internet ketika ini.
Pun begitu perlu diingat tidak semuanya betul dan sebagai pelayar internet kita perlu bijak menapis dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Ini sama halnya apabila ada yang berkongsi cara untuk mencuci buah anggur dengan ubat gigi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lapisan wax atau lilin yang menyelaputi kulit buah tersebut.
Namun sejauh mana kebenarannya hanya yang mencuba mengetahuinya. Pun begitu, dari sudut kesihatan dan keselamatan buah tersebut untuk dimakan, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Mohd Khairul Izwan memberi pandangannya. Semoga ianya memberi manfaat dan ini perkongsiannya.
Merujuk kepada gambar screenshot di bawah, ada petua yang berlegar-legar di FB yang menyarankan penggunaan ubat gigi untuk membersihkan lapisan wax atau lilin yang ada bahagian kulit buah-buahan.
Saya bukanlah ahli kimia, jadi untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang lapisan lilin yang ada pada kulit buah itu bukanlah bidang kepakaran saya.
Namun sebagai seorang pengamal pergigian, satu pesanan saya agar orang ramai tidak mudah percaya dan mengamalkan petua sebegini.
Ubat gigi dicipta untuk digunakan bersama-sama berus gigi bagi membersihkan gigi, membentuk lapisan gigi yang lebih kuat serta mencegah daripada berlakunya kerosakan gigi.
Ianya bukan dicipta untuk membasuh makanan.
Menurut seorang pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State di Amerika Syarikat iaitu Benjamin Chapman serta Food and Drug Administration (FDA), memakan sabun atau ubat gigi boleh menyebabkan seseorang berasa sakit perut dan mual.
Bahan kimia yang terkandung di dalam sabun dan ubat gigi dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.
Walaupun sudah dibilas dengan air sehingga bersih, namun bahan kimia yang terdapat pada ubat gigi boleh menyerap ke dalam buah dan berpotensi menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti yang disebutkan di atas.
Jika anda rasa lapisan lilin tersebut tidak selamat untuk dimakan, sebaiknya kikis sahaja lapisan lilin tersebut ataupun kupas terus kulit buah sebelum anda memakannya.
Anda juga boleh membersihkan lapisan lilin tersebut dengan cara menggosok permukaan kulit buah menggunakan berus yang lembut/berus khusus di bawah air yang mengalir.
Jangan bazirkan ubat gigi anda untuk membersihkan buah-buahan atau sayur-sayuran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemudaratan ke atas diri anda di kemudian hari.
Ingat, gunakan ubat gigi untuk memberus gigi anda, bukan untuk membasuh makanan ya. Jangan membazir!
Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar anda dapat menikmati buah anggur tanpa ragu-ragu.
Ibu sedih anak cacat kekal, mangsa kebakaran ketika bermain dengan rakan. Seorang ibu meluahkan kesedihannya di media sosial apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat insiden kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan rakan sendiri.