Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Ads
Ads
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun sudah terkenal dan kaya raya, namun personaliti ini cukup prihatin dan seorang anak yang baik. Sering kali memuat naik video bersama bapanya, terserlah sisi anak yang penyayang apabila melayani orang tuanya itu.
Dato’ Seri Aliff Syukri menerusi laman instagramnya semalam berkongsi cebisan kisah ayahnya yang dahulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Kini, tiba pula giliran Dato Seri Aliff membalas jasa ayahnya itu.
“Saya akan cuba bahagiakan abah saya… dulu dia dah susah untuk saya.. skrg masanya saya balas jasa dia…
“Terpancar wajah penat jerih mencari duit sebagai bekas pengawal keselamatan kilang panasonic sek 15 shah alam selama 22 tahun.. untuk membesarkan saya..
Akui suami kesayangan Datin Seri Shahida lagi, beliau sejak dahulu lagi sudah menanam impian untuk memiliki rumah yang besar.
Malah, impian tersebut dikongsikan dengan ayahnya.
Ternyata impian tersebut sudah tercapai malah beliau juga mampu membelikan rumah dan menyediakan keperluan asas lain kepada bapanya.
“Impian sy dulu dan saya selalu cakap kat abah saya “Abah sy kri nak duduk rumah banglow mcm istana abah waktu tu saya dan abah sy duduk rumah flat sek 20 block 19 tingkat 2.. ni rumah 206 ..
“kalau sy cakap mcm tu kat abah saya abah saya akan cakap .. ko Gila kri.. dpt duduk umah kondo 3 bilik pun mcm mimpi.. sekrag ni sy belikan abah saya rumah terez coner lot dan kereta Honda ecode.
berdiri ditapak kaki sendiri ni lebih bermakna sbb kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ….bak kata abah saya..tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ketahap ini.. hanya Allah shja tahu betapa gembiranya kami…bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan….keseronokan ini sy kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.. ….abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani ..walaupun dia x membantu dr segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahgia sbb sia pun susah….dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya….kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1…begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama ..dah niaga lama baru nak merasa smua ni sbb tu saya jakun skit??…saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2bilik sek 20shah alam block 19 adik beradik 7org sebalah abah ..mak bapak saya bercerai….syukur segalanya berubah ..sekrang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik…dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal…..sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk..sy harap abah dan mak saya tahu aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit deleksia punya semangat yg besar… anton (nama manja saya masa kecik) syg mak abah sampai syurga❤️❤️❤️ sharekan kalau korang suka cerita saya??
Jika sebelum ini, anda suka minum kopi di luar sambil chit chat bersama kawan-kawan, tapi dengan situasi sekarang tak ada peluang berbuat demikian dalam tempoh PKP ini.
Tapi jangan kecewa, siapa kata anda tak boleh menikmati secawan kopi bersama kek di dalam rumah sendiri. Jom cuba buat sendiri Coffee bar di rumah. Selain mencantikkan dekor di dalam rumah, ini juga salah satu cara anda relaks dan melepaskan tekanan kerana terkurung di dalam rumah.
Dengan menggunakan barangan murah namun nampak menarik, perkongsian dari Raven Kw boleh anda jadikan rujukan.
Hi semua, ini adalah Coffee Bar saya 😊 Sebelum dan selepas 🛠 kebanyakan barang dekorasi beli kat Shopee, Mr Diy, Kaison dan Taobao. ☺️ Rak gambar, cawan, tanaman palsu dari Ikea.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular sebuah video masakan yang mengunakan suara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah menarik perhatian netizen.
Video berdurasi 2 minit itu membuatkan ramai terhibur dengan dengan sebutan yang pelat sambil menunjukkan cara-cara memasak nasi goreng.
Biarpun sebutan agak kurang difahami namun para netizen memuji kanak-kanak itu yakin menyebutkan setiap bahan-bahan masakan. Malah ada yang ingin mengenali suara comel itu.
Ibunya, Nur Hamizah Bakhtiar yang memuat naik video berkenaan menerusi grup Masak Apa Hari Ini hingga mendapat lebih 2K share, sebelum ini gemar berkongsi video memasak menggunakan background lagu, kali ini mencuba kelainan dengan menggunakan suara anaknya sebagai suara latar video.
Namun siapa sangka, video berkenaan telah tular! Ramai teruja mendengar suara pelat anaknya yang dikenali sebagai Naura.
“Asyik record video guna lagu je, kali ni try suara anak umur 5 tahun untuk voice over video masak-masak.”
Para netizen terhibur dengan suara latar Naura yang pelat!