Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila anak perempuan yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar isteri.

Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sehingga majlis pernikahan  terpaksa  ditunda sehingga dua kali dek  kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),namun tarikh 8 Ogos 2021 meninggalkan memori yang cukup indah buat keluarga ini.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!
Sentuhan jurumekap Ramzamode membuatkan Baby tampil manis di hari pernikahannya.

Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.

Mengukap kata-kata syukur dan gembira usia segalanya, Mas Anizan yang merupakan  pelakon era 1990-an itu berkata, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!

“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.

“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.  Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.

IKLAN

 

Tambah Mas Anizan lagi, tiada sebarang simbolik ataupun majlis besar-besaran. Sebaliknya hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!“Selepas majlis pernikahan,  pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.

“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!
Pasangan sama cantik sama padan di atas pelamin yang cukup indah hasil sentuhan Melur Putih

“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.

Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.

IKLAN

Sumber: Berita Harian Online


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!

   “Sedih, Bahagia & Gembira Bercampur Baur.” Anak Sulung Selamat Bernikah, Mas Anizan Luah Rasa Syukur!Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI