
Alang-alang menanam pelbagai jenis pokok seperti pokok bunga raya, inai, limau purut dan sebagainya untuk memenuhi hobi bercucuk tanam, ada baiknya ada manfaatkan tanaman tersebut selain untuk menuai hasilnya ia juga boleh digunakan untuk penjagaan kecantikan.
Ini sebagaimana petua yang dikongsikan di akaun facebook Sarifa Redzuan II yang cuba memberi alternatif kepada wanita di luar sana, andai mempunyai masalah rambut gugur dan kian menipis bolehlah dirawat dengan petua menggunakan bahan-bahan alami.
Ujarnya yang membahasakan dirinya cikgu berkata, “Cikgu tengok bunga raya dan pokok inai kat umah mak cikgu ni sakan. Terus petik nak buat resipi lebatkan rambut. Kebetulan semalam pi rumah mak teh sempat kidnap limau purut dia. Geram tengok! Montel montel buah limau tu.
“Seronok bila keluar belakang rumah, nampak pokok pokok lebat merimbun . Dari biar , baik cantikkan diri guna bahan alami kan? Untunglah siapa suka tanam pokok. Boleh cantik selalu!”
BAHAN BAHAN RESIPI RAHSIA LEBATKAN RAMBUT

Segenggam daun muda pokok bunga raya
9 helai daun pudina
Segenggam daun inai
Sekuntum bunga raya
1 biji limau purut
CARA BUAT
1. Tumbuk atau giling daun bunga raya, bunga raya, inai dan pudina

2. Masukkan bahan dalam bekas dan perahkan limau purut.

3. Kacau kasi sebati lawan jam

4. Masukkan 1/3 sudu garam bukit ( biasa pun boleh)
5. Biarkan sejuk dalam peti dan boleh lumur di kepala sambil mengurut. Pakai plastik atau shower cap dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air biasa . Amalkan seminggu 3- 4 kali.
Eh, bukan saja boleh lebatkan rambut malah kulit kepala gatal pun boleh hilang tau. Kepala yang panas bila letak bahan yang sejuk, perghhh nikmat nya. Ringan kepala yang dok serabut tu.
Lepas ni boleh la set rambut kepok kepok! Untuk abang tengok jer tau. Bila bertudung, kulit kepala pun tak gatal kalau berpeloh. Lembap dan bersinar rambut tu.
Rambut ni mahkota wanita. Kalau jaga rambut, seri muka pun naik. Tak caya? Buat dulu kasi rambut lebat, kemudian pergi salon set rambut buat swiss roll ker, ketak ketak ker, cer tengok muka tu nanti. Otomatik seri naik. Cuba dulu baru tau.
Sumber : Sarifa Redzuan II

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di











Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini memuat naik satu perkongsian ini membantu 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Kelantan undang perhatian masyarakat. Video yang dikongsi Eina Azman menziarahi 3 buah keluarga susah ini menyaksikan pelakon tersebut tidak langsung berasa kekok saat melayan dan beramah mesra dengan keluarga tersebut.
Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband
Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya..