Susulan peningkatan kes covid-19 dari hari ke hari sekali gus menjadikan semua hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) bahkan hospital swasta sekali pun berada di dalam situasi yang kritikal. Kebanjiran jumlah pesakit menyebabkan hampir semua katil ICU sudah penuh dan menyebabkan pesakit-pesakit yang kritikal terpaksa menunggu untuk menerima rawatan.

Detik sukar itu juga telah dilalui oleh Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam apabila gagal untuk menempatkan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman di hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Dilihat Datin Rebecca Nur Al Islam gagal menahan air mata semasa sesi live di instagram tersebut, malah dilihat kerap terbatuk-batuk kesan daripada Covid-19. Didoakan semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

Memetik berita daripada Harian Metro, ujar Datin Rebecca apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suaminya  yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.

“Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.

“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.

“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta. Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19,” katanya.

Suami Menangis Mohon Teman

Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.

“Lebih 20 Hospital Call, Tiada Satu Pun Mahu Terima Suami”-Rebecca Kongsi Detik Paling Cemas & Mohon Doakan Kesihatan Suami.

“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.

“Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.

“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.

“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,” katanya.

Mohon Total Lockdown

Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah berbanding ke pusat kuarantin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarantin yang padat.

“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarantin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarantin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.

“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” katanya.

Sebelum ini, Rebecca berkongsi berita mengenai keluarganya termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19, pada 8 Julai lalu.

Sumber : Mymetro dan instagram rebeccanuralislamahmad

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“Lebih 20 Hospital Call, Tiada Satu Pun Mahu Terima Suami”-Rebecca Kongsi Detik Paling Cemas & Mohon Doakan Kesihatan Suami.

Jika berminat belajar online untuk Berkebun Cili Di Halaman Rumah, sila klik di sini atau whatsapp http://www.wasap.my/60169647520

“Lebih 20 Hospital Call, Tiada Satu Pun Mahu Terima Suami”-Rebecca Kongsi Detik Paling Cemas & Mohon Doakan Kesihatan Suami.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Lebih 20 Hospital Call, Tiada Satu Pun Mahu Terima Suami”-Rebecca Kongsi Detik Paling Cemas & Mohon Doakan Kesihatan Suami.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI