Idea kreatif sang suami ini buat rak khas untuk kegunaan isterinya ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka. rak pinggan dan rak rempah yang asalnya jenis plastik ditukar menggunakan material besi Dan kayu yang lebih kukuh.
Konsep ala-ala klasik diterjemahkan oleh saudara Izat Akmal sangat disukai oleh isterinya. Patutlah senyum sampai ke telinga sang isteri dengan kejutan tersebut.
hye semua. kisah bertukang. Siap 2 benda yg minta isteri
RAK REMPAH
RAK PINGGAN
senyum sampai telinga dia..tukar semua rak plastik,sy buat baru rak besi+kayu..lebih kukuh. material besi hollow 1×1
hevea board
Ads
colour kayu: mahogany
ala² klasik gitu.. kdg² citarasa kita tak sama tp inilah kesukaan sy.. seminggu lebih jgk nk siapkan.
rangka rak pinggandah siap rangkacat undercoatrak steel dalam tu oder kat shoppeseronok dia dpt rak ni..
Ada antara kita menganggap ruang tangga tidak perlu diberi tumpuan dalam mencantikkan kediaman. Ini menjadikan ruangan tangga sering terlihat suram dan nampak biasa-biasa sahaja tanpa elemen wow.
Namun perkongsian daripada Hana Mkh ini berjaya memberi sisi berbeza pada gambaran ruang tangga. Nyata, nampak begitu ceria dan ada gaya dekorasi yang tersendiri.
Menariknya lagi, semua itu dihasilkan secara DIY dan bolehlah dijadikan inspirasi.
Nak tahu detail, baca perkongsian ini.
DIY transformasi tangga. So inilah hasilnya
Pasang vinyl, sticker dan cat sendiri.
Kami pasang vinyl 1 rumah tapi exclude tangga sebab mahal bebeno pula so decide DIY sendiri.
Selepas tranformasi
Bahan & kos
Vinyl Sticker RM209
L Profile RM117
Sticker RM79
Cat untuk tiles tak ingat huhu
Deco from ikea , ssf and some from shoppe
Melalui perkongsiannya juga ramai yang bertanya di mana untuk membeli sticker yang cantik dan ceria rekaannya itu.
Tanpa berahsia, Hana kongsikan kepada yang bertanya.
Begitu juga dengan pilihan lantai vinyl yang digunakan dibeli secara online.
Jadi buat anda yang ingin memberi gaya baru pada ruangan tangga bolehlah mencuba untuk lakukan transformasi seperti yang dikongsikan oleh Hana ini.
Sumber : Hana Mkh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan hanya dalam tempoh empat bulan semuanya berubah. Jika empat bulan lalu mereka sekeluarga masih boleh gembira melancong bersama, namun hari ini isterinya hanya terlantar tanpa boleh melakukan apa-apa. Segala urusan termasuk memandikan dan membersihkan isteri wanita ini dilakukan oleh suaminya.
Kaki dan tangannya mengering dan kehitaman. Ustaz Zaheer Zainal yang menziarahi wanita berkenaan berkata, asnaf ini menangis mengenangkan nasibnya.
“Dalam masa empat bulan kaki dan tangannya bertukar hitam. Lebih menyedihkan sebelah tangannya mereput dan terpaksa dipotong.
“Menurut cerita asnaf itu, sakitnya berpunca dari bakteria yang sangat aktif dan ganas. Dia ini mengidap kencing manis kronik. Sehingga kini, doktor masih mencari cara untuk merawat asnaf ini.
Kata Ustaz Zaheer lagi, melihat isterinya menangis, si suami turut menangis mengenang nasib isterinya yang amat mengejutkan ini. Suami inilah tempat bersandar si isteri yang tak mampu mengurus diri sendiri.
Penulis sebak mendengar cerita Ustaz Zaheer. Pastinya lebih sebak mereka yang menanggung ujian ini.
Allahuakhbar, bantulah mereka mendapat jalan kesembuhan. Bersamalah kita doakan keluarga ini tabah.
Alhamdulilah, asnaf miskin ini menerima bantuan dari Zakat Selangor sejak tahun 2018 iaitu menerima bantuan kewangan bulanan (RM400 sebulan) serta makanan bulanan
Melihat kepada penyakit kencing manis kronik dan juga jangkitan kuman pada kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya, bantuan perubatan akan dipertimbangkan untuk mereka. Alhamdulillah, syukur.
Bersamalah kita doakan semoga beliau terus tabah dengan ujian ini. ?
Inilah prihal rahsia Allah berkenaan rezeki, jodoh dan maut, semua itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Bila tiba masa dan ketikanya, kita terima sebagai qada dan qadar dengan hati yang reda.
Begitulah kisah yang dilaporkan di Harian Metro, siapa sangka dalam sehari Siti Azimah Tajudin, yang juga merupakan isteri dan ibu perlu reda menerima khabar duka suami meninggal dunia selang beberapa jam sebelum melahirkan anaknya yang ke tujuh.
Dilaporkan, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan meninggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lebih pilu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arwah dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.
“Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.
“Sebelum ini suami tidak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arwah sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.
“Pada jam 8 pagi, arwah bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,” kata ibu kepada tujuh anak ini.
Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi.
“Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kematian suami secara tiba-tiba.
“Selepas menghantar jenazah suami ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang,” katanya.
Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.
“Saya tak perasan sangat, cuma arwah suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada sakit-sakit (nak bersalin).
“Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi,” katanya yang juga seorang suri rumah.
Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.
“Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.
Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah.
“Jenazah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.
“Saya tidak sempat melihat jenazah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak,” katanya.
Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.
“Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.
“Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.