Buang bunga tahi ayam atau ros, tukar dengan pohon serai atau rumpun pandan! Bunyinya memang macam kelakar, tetapi kalau dibuat sungguh-sungguh hasilnya akan menakjubkan seisi keluarga. Saya bercakap mengenai kegunaan laman depan rumah.
Terus terang saya mengakui, menjaga laman bukan tugas saya. Sebenarnya saya tidak berminat pun. Sejak mula pindah ke kediaman ini kira-kira 25 tahun lalu, saya tidak kisah pun tentang halaman depan yang sekangkang kera itu.
Orang perempuan memang lebih teliti dan berseni dalam bab menghias laman, sama seninya ketika menghias ruang dalam rumah. Maaf cakap, oleh sebab terlampau berseni, suami-suami yang buta seni seperti saya selalu pening, malah separuh sewel.
Ini contoh pening dalam rumah: Dia kerap sangat menukar kedudukan perabot, boleh kata dua tiga bulan sekali. Benda yang pada saya sudah elok dan ‘ngam’ di satu sudut, tiba-tiba esok atau lusa ditukar ke sudut lain.
Biasanya sebaik tiba di rumah selepas waktu pejabat, saya menanggalkan kasut dan terus meletakkannya di rak sebelah kanan pintu masuk. Tetapi, tiba-tiba kasut terjatuh di atas lantai, dan tangan saya tersenggol payung. Rupa-rupanya tempat rak kasut telah digantikan dengan tempayan bekas payung!
Satu lagi kejutan terjadi sebaik masuk ke bilik utama. Selepas mandi, seperti biasa saya menarik laci almari pakaian untuk mengambil seluar dalam. Saya terpegang coli! Rupa-rupanya laci yang sebelum ini tempat seluar dan pakaian dalam saya telah menjadi tempat pakaian dalam dia, adusss!
Dia tahu saya tidak suka dengan seni dan inovasinya yang kerap menukar kedudukan semua benda. Sebelum saya membebel dan mencampakkan semula coli, dia sudah berkata: “Bosan saya kalau benda hanya pada satu tempat, kenalah selalu tukar-tukar barulah terasa lain…” Dalam hati saya merungut: “Jangan engkau tukar aku pulak!”
Itu antara pertukaran posisi dalam rumah. Kalau hendak cerita semua betapa bingung saya tentang tukar-tukar barang dalam rumah, saya boleh tulis sebuah buku tebal. Mungkin judul yang paling sesuai ialah ‘Aku Tukar Kau Kang, Baru Kau Tau!’
Tetapi, seninya di laman rumah boleh saya puji. Mula-mula pindah suku abad dulu, laman itu ialah pasir gersang yang tidak ditumbuhi walau sehelai rumput. Almaklumlah tanah bekas lombong yang dijadikan kawasan perumahan dengan iklan ‘Resort Living Within the City’. Jangankan rumput, semut dan lipas pun tidak sudi memijak tapak kering kontang itu.
Entah berapa guni tanah hitam dan tanah merah saya beli dan taburkan di atas pasir kontang itu, semua atas arahan dan kreativiti dia. Setiap hujung minggu saya menjadi drebarnya ke Sungai Buluh untuk mencari benih bunga, baja dan entah apa-apa peralatan berkebun. Kata saya: “Beli saya boleh bayar, jadi drebar pun tak apa, tapi jangan suruh saya berkebun.” Memang saya tidak ambil kisah.
Ads
Terkejut saya dalam beberapa minggu laman kontang dan gersang itu mula ditumbuhi macam-macam. Dan, dalam masa kurang tiga bulan sudah ada rimbunan sana-sini. Malah sudah nampak bunga-bungaan beraneka warna.
Saya ingat selama ini dia hanya pandai menghias rak kasut dan laci bekas coli, rupanya dia ada kelebihan lain. Tidak disangka tangannya sejuk dan apa sahaja yang ditanam boleh tumbuh subur. Dia menyebut macam-macam nama bunga, yang saya ingat hanya bunga tahi ayam. Kelakar, bunga yang mekar secantik itu diberi nama tahi ayam!
Kini, laman sekangkang kera yang dulu bekas lombong, sudah menjadi hijau. Pohon cempaka sudah tinggi mencecah bumbung, bunganya putih bagai mutiara. Harumnya menusuk rongga hidung, terus ke jantung hati. Kenanga, ros dan pelbagai bunga lagi juga harum semerbak, terutama menjelang larut malam.
Ada orang kata haruman seperti itu boleh mengundang hantu. Saya tidak pasti. Tetapi sudah suku abad menetap di situ tidak pernah sekali saya nampak puntianak harum sundal malam atau lain-lain spesies hantu bergayut di dahan cempaka atau kenanga.
Lagi pun pada hemat dan logik saya yang suka lepak pada pokok cempaka adalah hantu kampung zaman dulu-dulu. Hantu di bandar lain caranya, kalau teringin bau haruman lebih baik menyelusup dan ronda-ronda kedai minyak wangi di pusat-pusat membeli-belah moden, tidak perlu mengendeng di laman saya.
Apa yang pasti taman mini itu menjadi semacam terapi minda buat isteri. Dia menghabiskan sejam pagi, sejam petang, setiap hari termasuk cuti umum. Katanya, setiap hari ada sahaja kerja di halaman. Menukar tanah dalam pasu, mengganti benih baharu, mencantas dahan dan daun, merumput, membaja, menyiram, mengalihkan pasu, bla, bla, bla.
Ads
Malah, dia mengakui masa lapangnya banyak dihabiskan memelihara laman. Sebelah pagi, pokok dan bunga dimandikan dulu, kemudian baru dia sendiri mandi. Sebelah petang, laman dimandikan sekali lagi. Hatta, sekiranya petang keluar rumah, balik tengah malam pun dia menyiram pokok dan bunga di laman. Demikianlah asyiknya si dia dengan bunga taik ayam.
Kadang-kadang naik cemburu saya sebab dia macam lebih sayangkan dan begitu mesra dengan cempaka dan bunga-bunga lain, macam buat ‘dhek’ apabila saya balik dari pejabat. Pelik lagi kelakar apabila dia memberitahu dia boleh bercakap berjam-jam dengan pokok dan bunga-bungaan itu. Kerap juga dia menembak: “Nak cakap dengan awak sepuluh minit pun susah!”
Selalu saya mendengar dia bercakap dengan pokok cempaka: “Dahan awak dah tinggi, petang esok saya cantas, bagi awak lagi cantik yerrr?” Tetapi, saya nampak daun dan ranting-ranting cempaka macam selamba dan buat ‘dhek’. Saya pula menyindirnya: “Agaknya pokok tu tak faham cakap Melayu, cer awak cakap orang putih, maklumlah itu pokok bandar…”
Selain cempaka, kenanga, tahi ayam, dan lain-lain bunga, laman yang sekangkang kera itu juga dihias dengan pelbagai tumbuhan keperluan dapur. Pasu-pasu dengan bunga beraneka warna itu diselang seli dengan pasu daun pandan, serai, kunyit, ulam raja, dan lain-lain tumbuhan keperluan belanga dan kuali.
Ditanam juga pokok tenggek burung untuk ulam, pokok limau purut yang daunnya dijadikan perencah pelbagai masakan, termasuk tomyam. Ada juga daun kari, rumpun selasih, daun bawang, rumpun kesum, kencur, pengaga.
Ads
Selama ini saya tidak ambil kisah pun tentang pohon dan daun-daun yang selalu menjadikan gulai dan masakan lebih sedap. Baru-baru ini saya menemani dia ke pasar raya, dan mengetahui benda-benda yang ada di laman itu rupanya ada harga.
Terkejut saya lima batang serai yang diikat kemas harganya RM1, daun kunyit sehelai 50 sen, dua tiga helai daun pandan, 50 sen. Daun kari, ulam raja, kesum, kencur, semua ada harga. Hatta daun limau purut pun lima enam helai harganya 50 sen. Fikir punya fikir banyak juga duit pasar dapat diselamatkan dengan tanaman tersebut.
Dia bercadang untuk menanam cili dan tomato dalam pasu, sambil menegaskan: “Awak tau tak, cili hidup sekilo RM15, kalau kita tanam tiga pasu berapa banyak duit pasar boleh selamat. Durian belanda sekilo RM12, labu manis yang awak suka tu sebiji paling tidak pun RM10. Kalau kita tanam semua tu, banyak kita boleh selamat…”
Setakat dua tiga pohon cili saya ingat okey untuk tanaman di halaman. Tetapi saya tidak berapa berkenan sekiranya dia berhasrat menanam durian belanda, labu manis, terung dan lain-lain. Susah juga sekiranya taman yang cantik itu ditukar menjadi kebun sayur.
Lagi pun ada bahayanya sekiranya labu manis merayap di halaman, takut-takut keluar dari kereta ketika pulang waktu malam saya tersungkur dan terantuk simen gara-gara tersepak buah labu atau durian belanda.
Dan, lebih penting lagi, saya lebih suka dia kekal sebagai suri rumah dan penjaga taman. Pengsan saya sekiranya setiap petang balik kerja melihat dia bertopi besar dan bersarung tangan, seperti nyonya atau apek kebun sayur di Cameron Highland.
Saya memberitahu dia biarlah taman tetap taman, cukup setakat serai, daun pandan dan kesum. Durian belanda, labu air, labu manis, terung dan lain-lain sayur kegemaran saya lebih baik beli di pasar. Tidak mengapa mahal sedikit, asalkan dia tidak menjadi nyonya kebun sayur.
Tetapi, dia berpendapat, lebih banyak sayur-sayuran ditanam di halaman, lebih banyak pula duit pasar boleh dijimatkan. Katanya: “Duit pasar yang dijimatkan itu boleh beli tudung bawal…” Ayat akhir itu saya buat-buat tidak dengar, aduss!
sumber : Abd Jalil Ali, Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas enam hari melahirkan, Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya semalam.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.
Biarpun awal-awal kelahiran, Farah enggan mendedahkan wajah bayi sulungnya itu, namun, dalam perkongsian tersebut dia berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.
“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.
Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
jasminhamidjh Syukur alhamdulillah.. Semoga menjadi anak yang Soleh dan berbakti kepada kedua Ibubapany. Anak yang berjaya di dunia dan akhirat, aamiin. Congrats to mummy and daddy 😘
Untuk menyuburkan tanaman bukan susah pun, guna je bahan-bahan buangan di rumah. Selain menjimatkan kos, kaedah ini juga bagus kerana tak perlu nak beli baja di luar sana yang pastinya mengandungi bahan kimia kan.
Hai Assalammualaikum. Hari ni kekya nak share 7 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 7 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa korang cuba petua 7 jenis baja ni. InsyaAllah sukses pokok korang. Selamat mencuba✌ https://lidyaizzati.com/7-jenis-baja-pokok-yang-berkesan/
1. Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.
Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi.
Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.
2. Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah😂
3. Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemokk👍
4. Kalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah.
5. amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.
Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu😂😂 Elok ja berbuah.
6. Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.
Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.
Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali
7. Ada juga tanam sayur guna baja tinja haiwan dan baja kopi. Kekya perasan sayur-sayur ni suka bila letak baja organik tinja haiwan process atau baja kopi. Baja kopi juga sesuai letak dekat pokok limau kasturi, limau nipis dan kedondong. Orang kita panggil Baja kopi tapi nama betulnya baja kopi ialah npk 888. Boleh beli dekat eco 2 ringgit atau nursery
. Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi.
Kekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.
Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali.
Extra Tips
Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya. Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.
“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”
Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.
“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah
Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
4. Sedia untuk di minum
**Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…
➡Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
* Melancarkan darah haid atau nifas
* Melawaskan pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2..biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada xde..
* Menaikkan seri wajah.
* Mencantikkn tubuh
* Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
* Awet muda jika di amalkan.
Juruterbang wanita rugi hampir RM200K, terpedaya pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.