Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Ads
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Ads
Serbuk bawang putih
Cara:
Ads
Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Andai kita berbicara tentang wanita-wanita cantik dari pelbagai negara, tentunya salah satunya adalah wanita Korea. Ini memandangkan wanita Korea mempunyai kulit wajah yang putih, halus, bersih dan berseri, bentuk badan yang kurus dan sekali gus menampakkan kecantikan yang diimpikan oleh ramai wanita lain.
Agaknya apakah rutin penjagaan harian mereka hingga menjadikan majoriti wanita Korea sedemikian. Mengetahui hal ini, perkongsian di akaun fb milik Sakinah Omar sungguh bermanfaat memandangkan Sakinah pernah tinggal lama di negara itu.
Jom ketahui 10 rahsia itu dan ternyata kita boleh amalkan. Cuma yang terakhir dalam senarai tersebut, mungkin kita boleh tolak ketepi.
Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan?
Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je ? So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.
7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.
8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi
10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu
So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British dan ikon yang dikenali berbilion-bilion orang di seluruh dunia, meninggal dunia pada hari Khamis.
Beliau berusia 96 tahun.
Istana Buckingham mengumumkan kemangkatannya dalam satu kenyataan ringkas, dan menetapkan 10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod.
“Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini,” kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada jam 6.30 petang.
“Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok.”
Anak sulung daripada empat anaknya, Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, menjadi raja serta-merta.
Pada Khamis, doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan Ratu Elizabeth II dan mengesyorkan beliau diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan.
Semua anaknya – Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, bergegas ke untuk berada di sisi Ratu Elizabeth II di Balmoral, Scotland.
Mereka turut disertai oleh anak lelaki Charles, Putera William dan Putera Harry.
Dua hari lalu, Ratu Elizabeth II melantik Liz Truss sebagai perdana menteri ke-15 dalam pemerintahannya dan dilihat tersenyum dalam gambar tetapi kelihatan lemah dan menggunakan tongkat.
Satu gambar pertemuan itu mencetuskan kebimbangan apabila terdapat kesan lebam ungu pekat di tangan kanan Ratu Elizabeth II.
Suaminya, Putera Philip, mangkat tahun lalu pada usia 99 tahun.