Menikmati enaknya pucuk ubi yang direbus bersama sambal belacan memang sukar untuk digambarkan kenikmatan rasanya, boleh buat makan bertambah! Pun begitu, tidak dinafikan ada juga yang alah dengan makan pucuk ubi.
Biasanya mereka akan merasa tidak sedap badan, badan berangin, kepala berat dan sakit dan pelbagai lagi kesan daripada makan pucuk ubi yang dikatakan kumpulan sayur yang berangin. Pun begitu, bila mengenangkan sedapnya makan ulam pucuk ubi ini, ada juga yang sanggup ‘curi-curi’ makan untuk melepaskan keinginan.
Sebenarnya tahukah anda, ada petua yang boleh dipraktikan. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Saleha Maarof berkenaan petua yang diamalkan oleh ibunya setiap kali merebus pucuk ubi. Kesannya, ibunya yang pada awalnya alah dengan makan pucuk ibu sudah boleh makan tanpa kesan sampingan.
Nak tahu bagaimana caranya, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA
Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak sal sendiri. Mak memang takboleh makan sebarangan memang mudah kene angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak. Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. Settle.
Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.
Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.
Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!
Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!
Resipi Ayam Gunting Pedas
Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika
Caranya:
1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.
2. Sudahkan kesemua isi ayam.
3. Golek isi ayam pada tepung.
4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.
5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di