Cuaca sekarang memang tak menentu dan pastinya mencabar nak mengharungi bulan puasa. Tapi jangan risau, agar-agar kelapa ni dapat melegakan tekak dan badan anda selepas seharian berpuasa.

Bukan setakat sedap je, menu ini juga boleh dibuat untuk makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan. Rugi kalau tak cuba resipi yang dikongsikan ini.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

Agar-Agar Kelapa 

Bahan-bahan:

  1. Loyang 10 inci
  2. Saya guna 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

Lapisan Pertama:

  1. 1 setengah cawan air
  2. 1 cawan air kelapa
  3. 70g gula
  4. 5 gram agar-agar serbuk
  5. 60 gram santan kotak
  6. 1 sudu kecil garam

Lapisan Kedua:

  1. 2 cawan air
  2. 3 cawan air kelapa
  3. 150g gula
  4. 5 gram agar-agar serbuk

Cara Penyediaan:

Lapisan Pertama:

– Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa + 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk.

Ads

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru hidupkan api. Perlahan saja dan acau dalam 2-3 minit.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Bila dah mendidih jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru matikan api.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

Ads

– Tuangkan dalam loyang.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je maksudnya letak dekat luar je. Pastikan persekitaran anda bersih.

Lapisan Kedua:

– Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

Ads

– Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.

– Tapiskan.

– Ambil agar-agar yang dah keras tadi. Cucuk sebanyak mungkin. Step ni penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.

Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!Lega Tekak Dapat Agar-Agar Kelapa Waktu Berbuka. Makan Sejuk-Sejuk Memang Ngam!

– Biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.

– Dah siap dan boleh makan.

Selamat mencuba.

Sumber: Muhammad Ali

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI