Bila badan terasa kebas-kebas memang buat kita rasa tak selesa. Bahkan hendak buat kerja pun terasa malas pula, kalau boleh hendak duduk diam berehat sepanjang waktu.
Apatah lagi bila terasa sengal-sengal satu badan dek kesan daripada kebas yang dirasai. Mahu sahaja diusahakan mencari ubat untuk segera melegakannya.
Selain perlu berjumpa doktor, boleh juga cuba amalkan petua ini bagi tujuan menghilangkan rasa kebas.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puteri Kasim, ayuh ketahui apakah ia.
“Petua Menghilangkan Rasa Kebas”
Bahan-bahan:
1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia
Ads
Cara-caranya:
Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.
Ads
Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.
Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.
Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.
Ads
Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.
Minum setiap malam
Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.
Ketuhar gelombang mikro atau microwave antara peralatan moden yang popular digunakan. Ianya begitu mudah digunakan dalam menyediakan makanan untuk keluarga.
Microwave ini amat popular digunakan kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan berkenaan penggunaannya dan kesan pada kesihatan.
Pelbagai tanggapan dan persepsi kita dengar, dan untuk lebih jelas adalah lebih baik kita dengar pandangan doktor bila menyentuh tentang kesihatan.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN ?
1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat.
2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi.
3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas.
4. Namun gelombang dari oven microwave hanya dapat menembusi bekas kaca, kertas, seramik, atau plastik dan tidak dapat menembusi bekas yang dibuat dari besi.
5. Anggapan bahawa oven microwave merosakkan makanan dengan sinaran radioaktif adalah tidak benar, kerana gelombang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tenaga panas.
6. Beberapa bahan makanan yang mengandung banyak air akan menjadi lebih cepat panas ketika dimasak atau dipanaskan dengan oven microwave.
7. Gelombang pada oven microwave juga tidak dapat memasak makanan dari dalam ke luar, dan makanan yang tebal atau padat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dipanaskan.
8. Selain itu, ia tidak mengurangkan kandungan nutrisi makanan, tetapi suhu terlalu panas pada oven ketika memasak dapat merosakkan vitamin, mineral dan antioksida yang terdapat pada makanan.
9. Oleh itu makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah yang seharusnya dipanaskan sebentar sahaja. Kerosakan nutrisi juga boleh terjadi ketika memasak dengan peralatan lain jika menggunakan suhu terlalu panas.
10. Oleh itu oven microwave selamat digunakan untuk memasak makanan jika digunakan dengan cara yang betul. Ini kerana radiasi gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oven microwave bersifat non-ionizing dan tidak menyebabkan perubahan DNA atau mutasi genetik, berbeza dengan radiasi nuklear dan radiasi yang digunakan di hospital (dalam mendiagnosa dan merawat pesakit) yang bersifat ionizing.
11. Beberapa peralatan dalam rumah juga memiliki sifat radiasi yang sama dengan oven microwave seperti alat pemanas, henfon, komputer dan TV.
12. Meskipun pendedahan kepada gelombang elektromagnetik tertentu boleh menyebabkan kanser, namun radiasi oven microwave belum terbukti dapat menyebabkan kanser. Ini kerana pendedahan radiasi bukan ioninzing yang relatif kecil dan penggunaan dalam masa yang singkat.
13. Bekas logam menyerap dan makanan dalam bentuk cairan seperti telur dan air menyerap haba dengan lebih banyak. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka pada tangan ketika memindahkan makanan dari oven mikrowave.
14. Antara petua menggunakan oven microwave dengan selamat adalah :
✅ Baca dan ikuti arahan penggunaan yang terdapat pada pamplet yang disertakan.
✅ Pastikan pintu oven tertutup rapat.
✅ Jangan berdiri berhadapan dengan oven mikrowave yang sedang beroperasi dalam waktu yang lama.
✅ Jangan menggunakan air berlebihan ketika memasak atau memanaskan menggunakan oven mikrowave.
✅ Tutupkan penutup bekas ketika memasak dengan oven mikrowave agar tidak cepat kotor.
✅ Elakkan menggunakan bekas plastik biasa dan besi.
Gunakan bekas dari gelas atau seramik.
15. Secara kesimpulannya penggunaan oven mikrowave tidaklah berbahaya jika digunakan dengan cara yang betul.
Dalam sesebuah rumahtangga pasangan suami isteri mestilah saling lengkap-melengkapi antaranya dengan memberi ketenangan dan kemesraan serta menggalakan melakukan ke arah positif. Begitulah yang dilakukan oleh puan Farihah Zulkifle yang nekad untuk membantu suaminya menurunkan berat badan. Hasil usahanya yang membantu dari segi moral dan menyediakan menu diet, berat badan suaminya telah turun sebanyak 28kg dalam tempoh 3 bulan.
Lebih mengkagumkan, tanpa mengambil sebarang ubat pil kurus, tetapi mengamalkan pemakanan sihat dengan menu diet ‘suku-suku separuh, senaman, minum air dan tidur secukupnya. Sweetnya cara isteri ini menunjukkan kasih sayangnya kepada suami. Ikuti perkongsian isteri ini.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh. Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka. Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami mana yang tidak risau dengan keadaan isterinya bila asyik batuk, tentu akan di bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu, baru-baru ini pelakon versatil Datuk Fizz Fairuz merasa hairan berkenaan rawatan yang diterima isterinya di mana Datin Almy Nadia perlu menjalani pemeriksaan X-ray di muka untuk merawat penyakit batuk yang dialaminya.
Persoalan ini dikongsikan oleh Fizz Fairuz dalam satu hantaran video di Instagramnya.
“Masuk hospital, sebab batuk tapi kena scan (X-tray) muka, hahaha” tulisnya meluahkan rasa pelik.
Di dalam hantaran video tersebut juga warganet dapat melihat keadaan Almy Nadia yang sedang batuk apabila cuba menjawab persoalan yang diajukan oleh suaminya itu. Hal ini sekali gus mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata risau dengan keadaan Almy Nadia.
Tidak dengan itu, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman berkenaan prosedur yang dijalankan ketika mendapat rawatan akibat batuk berpanjangan.
“Perlu kalau jumpa pakar ENT 😷😅 nanti akan ct scan lepas tu akan nampak punca lain pulak sinus or else,”terang salah seorang pengikutnya.
“Saya penah kena, batuk lebih sebulan.. G klinik, buat xray, g farmasi, klinik komuniti, no choice terpaksa g hospital terus.. Buat xray, doktor cakap ayooo kuman sudah banyak.. so kena admit wad 6 ari, buat test tu test Ini… Last dapat darah tinggi… 😂😂😂 Kekal sampai arini.. Moga dato dan isteri dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT selalu 😍😍😍,” tulis yang lain pula.
“Saya batuk teruk hari tu doc scan belakang badan,”komen yang lain pula.
“Saya pernah kena batuk camni dato datin…rupanya simtom nak getd gastric , anxiety bagai…macam-macam ubat dah cuba…gi kk barulah ok,” cerita yang lain pula.